TERBAIK DARI ENCIK SUAMI

Tuesday, February 12, 2013

Jadi Burung Pun Belum Tentu Bebas

paper cranes AGAIN by Liis Klammer

Orang selalu kata.

Nak bebas macam burung. Boleh terbang ke mana pun kamu suka. Tidak ada apa yang menghalang. Bila musim sejuk bakal menjelma, segera berterbangan ke kawasan panas. Bila musim bunga Sakura, boleh bertenggek di dahan-dahan pokok Sakura. Boleh makan di mana sahaja. Indah hidup sang burung.

Itu kata mereka. Itu pandang pertama mereka.

Padahal, hakikatnya jadi burung pun belum tentu bebas. Bila-bila masa saja burung yang terbang di langit biru bisa jatuh ke bumi. Andai sayapnya patah, andai terlanggar objek lain, dari sebesar-besar pesawat (mungkin perkataan terbaik adalah dilanggar) hingga sekecil-kecil biji batu (mungkin perkataan terbaik adalah dilastik), sampai situ sahajalah riwayat burung.

Ya, hidup di muka bumi Tuhan ada sempadan. Hidup beragama juga ada sempadan. Sedangkan burung pun tahu apa sempadannya bila musuh berada di hadapan. Dan sedangkan burung pun terikat dengan peraturan alam, yang lemah akan kalah kepada yang kuat, yang pemangsa akan menawan mangsanya, yang hidup pasti akan mati.

Peraturan alam yang dicipta oleh Tuhan.

Tuhan kita dan Tuhan burung.

Tuhan yang sama.

3 comments:

mohd hafiz dato' osman said...

Betul tu , semua kita terikat dengan peraturan Sang Maha Pencipta..

edNA tinynasweet said...

Bersyukur sebab dilahirkan di bumi ini.. :-D

http://tinynasweet.blogspot.com/2013/02/ena-u-pakai-ape-ye-muka-u-nampak-bersih.html

Hafizin Jamil said...

ada pula nak jadi burung..jadi manusia la best..haish..sape la fikir macam tu..haha

Blogger Rajin Komen

Get this widget
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari Jeneral Sunah Suka Sakura dot com.