Meriahnya Terengganu

March 25, 2013


Meriah!

Sungguh!

Rasa bersemangat pulak datang Terengganu bila tengok sepanjang jalan penuh dengan bendera-bendera parti politik. Terkejut pun ada juga. Dah macam musim berkempen pulak.


Kalau driving hampir tengah malam pun, tak rasa risau sangat. Sebab ada pemuda-pemuda dari kedua-dua belah parti ni duk berjaga kat pondok masing-masing. Diorang of course lah nak jaga bendera kan, tapi kita pun rasa selamat jugak bila meredah kampung, tak ada lah gelap gelita dan sunyi sepi sangat.

Yang paling best, kat Pantai Kemasik masa nak balik ke Johor.

"Tengok tu, bendera BN atas batu besar tu!!"

"Batu besar kat sebelah tu pun ada bendera PAS..."

Rasa macam masing-masing berusaha nak tarik pengundi dengan cara masing-masing. Tak ada kes kau-letak-bendera-aku-cabut, tapi semua jenis kau-letak-bendera-aku-letak-bendera-juga. Dari mata orang luar yang datang dari jauh ni lah.

Kalau masa belum berkempen pun dah meriah macam ni, agak-agaknye lah kan, musim kempen nanti mesti lagi penuh jalan raya!


P/S: Banyak lagi nak kongsi sepanjang permusafiran ke Terengganu selama dua hari blog ni sunyi sepi. Nanti kita cerita lagi ye!

You Might Also Like

8 Comments

  1. last week gi pontian..anak2 teruja tgk meriahnya bendera kempen sepanjang jalan

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sunah....betul tu mana2 pi byk bendera parti2 yg bertanding...

    ReplyDelete
  3. Amboih..
    Bukan main meriah lagi bendera tu haaa... =D

    ReplyDelete
  4. kalau dedua berkempen secara sihat takpe la. jangan org nie cabut bendera, org tue pulak bakar bendera :p

    ReplyDelete
  5. parlimen pun belum bubur dah berkempen dah depa nih..semangat betul..eheheh

    ReplyDelete
  6. parlimen pun belum bubur dah berkempen dah depa nih..semangat betul..eheheh

    ReplyDelete
  7. Bendera dan macam ada petunjuk,
    hehe selamat mengundi buat yang layak :)

    ReplyDelete
  8. bangga kejap jadi anak tganu.. btw, kite singgah sini jap ye

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com