BLOG ENCIK SUAMI

Monday, March 11, 2013

Mungkin Kerana Mata...

Entah kenapa ya?

Hari ini saya teringat-ingatkan dia. Segala tutur katanya terngiang-ngiang di telinga saya. Caranya memandang saya masih terbayang-bayang dalam fikiran hingga ke saat ini. Walaupun hanya seketika cuma kami berbicara tatkala bumi Johor menangis ditimpa hujan petang.

Dan sepasang matanya lah yang menyentuh halus ke sanubari saya kala ini.

Mungkin inilah kata orang, dari mata turun ke hati. Dari sepasang mata saja, boleh mengalirkan aura cinta dan sayang. Dari sepasang mata saja, hati kita boleh menilai kejujuran dan keikhlasan. Dari sepasang mata saja, hati boleh tertarik untuk mengenali. Dari sepasang mata itulah, Allah kurniakan nikmat yang tidak terhingga.

Allahu... Hanya dari sepasang matanya saja yang buat saya rindukan dia.

Dan saya kesal, tidak sempat untuk lebih mengenalinya.

Sedang dia ada begitu dekat dengan saya dalam tiga hari lepas.

Sungguh, saya rindukan dia.

Gadis berniqab.

Moga Allah merahmatimu.


P/S: Kerana kadang-kadang Rasulullah s.a.w kata, akhlak dan peribadi kita juga adalah dakwah.


7 comments:

AyueJean AJ said...

Insyaallah...
1 hari nanti dengan izin Allah swt pasti akan bertemu kembali....

Nurzakiah Hanum said...

amin

aDisH.sHidA said...

ooh..akak pun suka tengok gadis2 yang berniqab nie..ada tarikan pada mereka..walau hanya mata je mampu kita melihat dr wajah dorang

Sunah Sakura said...

@aDisH.sHidA

saya suka satu ayat ni...orang berniqab, ada dua senyuman...senyuman di bibir dan senyuman di mata.. :)

kiera'sakura said...

sama macam entry iffah tapi berbeza la :)

Mas Zull said...

assalamualaiakum sunah....aminnn...:)

D Yatie said...

InsyaAllah ada jodoh mesti kitak akn tjumpa dgn nya gik.. :)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.