Salam Merdeka-61, Sayangi Malaysiaku!

August 31, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Merdeka.

Sudah 61 tahun Malaysia merdeka dari belenggu penjajah.

Moga-moga Malaysia terus aman, dan rakyatnya di bawah lindungan Allah selalu.


Orang kata, isu yang hangat lama-lama akan menyepi. Apa yang mengganggu ketenteraman akhirnya hilang ditelan arus berita perdana. Dengan macam-macam perkara berlaku sejak beberapa bulan ini, tipu lah kalau saya tak ada sedikit pun rasa bimbang. 

Dengan berbekalkan kekhuatiran yang sedikit itulah, usaha tetap diteruskan untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada orang ramai serta netizen di media sosial. Dan selemah-lemah iman adalah dengan mendoakan dari dalam hati agar Malaysia terus terpelihara daripada perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah.

Mudah-mudahan.

Moga-moga, kita juga terpelihara daripada fitnah Dajjal di akhir zaman ni.

Ameen.

Dah baca al-Kahfi hari ni?

You Might Also Like

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com