Sunday, December 18, 2011

15 + 2 Jenis Blogger Kajian Sunah Sakura!

Got Cats?? by ~GOVENORPHATT on deviantART

Selama memerhati dunia blog ni, saya berjaya mengesan beberapa jenis blogger. Jom tengok jenis-jenis yang saya berjaya kategorikan. Ni ikut kategori saya la eks~ Kalo ada kategori lain yang korang nak tambah, silakan lah buat kajian lain. :p

1. Blogger popular

Blogger ni jenis yang kalau tak update pun orang still masuk baca blog dia. Tak kisah la da lama mana dia tak update, berbulan-bulan pun bolehhh. Bila dia tak update jugak, orang duk desak-desak dia update sebab rindu nak baca entri baru. Lepas tu orang-orang yang takde blog pun duk sebut nama dia jugak. Maksudnya segenap lapisan masyarakat la suka baca blog dia kan? Eh, macam Zack Zuhairi aje kan?

2. Blogger retis

Blogger ni jenis yang muka dia terpampang dalam majalah-majalah, lepas tu keluar TV dan keluar radio jugak. Kalau bukan muka dia keluar, blog dia keluar. Blog dia mesti la ramai orang baca sebab tu sampai boleh keluar majalah, keluar TV, keluar radio kan. Kalau up entri je terus beratus-ratus online dan beratus-ratus komen. Perghhh! Macam Hanis Zalikha kan?

3. Blogger mesra peminat

Blogger ni jenis yang layan semua peminat-peminat dia sama rata. Sangat peramah di blog, Facebook dan Twitter. Walaupun kadang-kadang tak update, dia akan pastikan Facebook dia berupdate dengan status. Bila dia up status je, terus berpuluh-puluh orang Like. Semua komen dia berusaha untuk balas. So semua peminat dia senang hati dengan dia. Bagus kan? Eh, macam Ady Budika ajeee...

4. Blogger jiwang

Blogger ni entri-entri dia semua jiwang aje. Puitis semacam. Puisi pun banyak. Lepas tu kalau update status kat Facebook atau Twitter, semua cintan cintun aje. Macam dah ada banyak pengalaman bercinta. Nak nak yang dah kahwin, lagi la banyak dia boleh kongsi kan? Macam Angah Jiwa-jiwa tu~

5. Blogger tau semua

Blogger ni entri-entri dia isu semasa. Semua fakta dari seluruh pelosok dunia ada dalam blog dia. Online visitors beratus-ratus jugak sebab ramai duk cari berita. Da macam berita online pun ade jugak. Macam Borak Kosong tu lerr~

6. Blogger suka memasak

Blogger ni entri-entri dia pasal masakan aje. Ala Mat Gebu. Dah. Malas nak taip panjang-panjang.

7. Blogger da'ie

Da'ie tu maksud dia pendakwah. Blogger yang entri-entri dia berunsur Islamik, banyak menyeru pembaca untuk berbuat amalan baik dan meninggalkan benda-benda tak baik. Nak tengok contoh, pi google Dr. Cinta~

8. Blogger cecerpen-nenovel

Blogger ni entri dia banyak cerpen-cerpen, cerita-cerita, ada novelog jugak kadang-kadang. Kalau yang rajin lebih sikit tu, dah ada novel sendiri dah. Tapi kadang-kadang selit jugak lah dengan entri-entri lain. Takde la cecerpen memanjang~ Kalo gi blog diorang ni, kat sidebar tu boleh nampak dah koleksi-koleksi cerpen dan novelog dia. Eh, macam Iffah Afeefah kan?

9. Blogger politik

Blogger ni entri-entri dia semua bab politik. BN, UMNO, MIC, MCA, PAS, PKR, DAP, BEBAS semua masuk. Kadang-kadang ada yang belah BN, kadang-kadang belah PR. Masing-masing kutuk masing-masing. Kita baca pun rasa bahang-bahang nak PRU 13 aje. Macam Milo Suam kot~

10. Blogger vlog

Blogger ni entri-entri dia banyak video aje. Dia malas taip. Tapi rajin rakam video. Macam-macam isu dia bawak dalam video tu. Macam Anwar Hadi. Mat Luthfi tu kira blogger ke? Kalau kira, maka saya pindahkan nama dia untuk gantikan nama Anwar Hadi. #Eh!

11. Blogger kartunis

Blogger ni entri-entri dia banyak lukis-lukis kartun. Banyak doodle. Banyak lukisan kanak-kanak darjah 1. #Eh! Hahaha~ Pendek kata, dia bawak isi dan point melalui kartun-kartun dia. Macam wordless wednesday lak kannnn? Kalau nak tengok yang blogger kartunis ni cer taip Zunar Kartunis. Pen'doodle' lak, banyak tu kat luar sana~~~

12. Blogger Dr.

Blogger ni entri-entri dia nampak berkarisma, nampak ilmiah, nampak professional. Nak nak kalau dia memang ada pangkat Dr. Lagi lahhh ilmiah entri dia. Kalau tengok About Me punya kotak tu, nampak lah diorang ni penuntut-penuntut atau pensyarah universiti. Entri pun kadang-kadang cite pasal penyelidikan diorang. Ha!! Macam Eqbal Zack kannn!

13. Blogger dah terpesong

Alamak, blogger ni jenis yang da mula bosan dengan blog. Da mula kering idea. Mula-mula dulu je dia aktif berblog, update entri berpuluh-puluh. Lama-lama dia jadi malas nak update, duk borak-borak kat Facebook aje memanjang. Duk monolog-monolog kat Twitter sambil retweet-twit-twit-twit-twit. Mungkin ke'syok'an berborak dan bertwit telah menyebabkan dia lupa yang dia ada blog. #Eh! Tengokkkk~ Tu da terpengaruh dengan Twitter la tu, duk main #hashtag kat entri blog pulak dah! >_<

14. Blogger kanak-kanak Ribena

Blogger ni entri-entri dia macam kanak-kanak, comel gituuu. Bahasa pun kiut semacam. Yang konon-konon kiut pun ade gak. Entah, kalau masuk blog dia, automatik intonasi bacaan tu bertukarrrrr macam bunyi kanak-kanak. Eh, Puteri Katek jangan terasa tau!!!

15. Blogger $$$

Blogger ni dia berblog sebab nak duit. Berusaha dengan macam-macam cara nak dapatkan duit melalui blog. Tak kira lah dari Nuffnang ke, Innity ke, Advertlets ke mahupun iklan persendirian. Dia berusaha untuk maintain trafik blog dia sebab ada iklan yang begitu berharga kat blog dia. Kalau dia tak update kang, tak amanah pulak kan! Macam... (sila isi tempat kosong)

16. Blogger suka hentam

Blogger ni ade jugak??? Adeeee... Entri dia asyik mengutuk orang aje kerjanya. Semua benda dia tak puas hati. Ini tak kena, itu tak kena. Asyik kritik memanjang. Alternatif takde lak dia bagi. Lepas tu kalau ade yang sekepala dengan dia, komen-komen kat entri dia, semua duk join mengutuk sekali. Hurmmm...macam, macam, macam...

17. Blogger tak kisah

Blogger jenis yang biaq pi la depa~ Malas nak masuk campur. Kau jaga kain kau, aku jaga kain aku. Jaga baik-baik keyhhh, takut ada orang selak nanti! Whooopppssss!


Hahaha~ Sebenarnya banyak lagi jenis yang lain. Tapi tak larat da nak fikir. Ni pun sekitar blogger yang saya kenal la, yang kurang kenal sangat tu, kot-kot ade yang leh masuk dalam mana-mana list kat atas, masukkan la sendiri eks~ Saya letak satu nama je yang nampak dominan. Ada banyak lagi nama-nama lain sebenarnya yang boleh masuk list kat atas ni. Mana-mana yang tersenarai tu, jangan kecik hati kalo gurau lebih-lebih kat atas ni. Amponnn maaf dipinta~ Ekeke~

Apepun matlamat kamu berblog, pandai-pandai la bawak diri ye~ Ape yang kita tulis kat sini, kat akhirat kelak akan dinilai oleh Allah... Semua... SEMUANYA, tak akan terlepas dari nilaian Allah. :)

51 comments:
Write Comments
  1. Sunah..Aku masuk dalam blogger tak kisah kot..hahaha..Malas ambik port hal orang lain..Lantak korang la nak hentam ker apa ker..hihihi

    ReplyDelete
  2. akak blogger suam-suam kuku je... tulis ikut hati sendiri! heheheeee

    ReplyDelete
  3. i blogger tak kisah hahaha.... kot

    ReplyDelete
  4. hehe...terbaek lah kak sunah.. wah detail buat kajian..blog sm masuk dalam mana yew?? kanak rebina ka?? ahahak

    ReplyDelete
  5. errr...blogger jenis ape ek? Huhuhu

    ReplyDelete
  6. @liyana

    nkoo kesah gak bila aku dah tak bubuh shoutmix dengan set new tab kalo klik link!!! hahaha~

    ReplyDelete
  7. yeay! sama dengan Kak Mas..suam suam kuku je. Tulis ikut suka hati...

    ReplyDelete
  8. oh oh aah la...sentence yg last tu setuju...akan dinilai Allah...ohhh

    ReplyDelete
  9. bagus2 kajian nie...huhu...blogger tau semua.?susah gak nak jadi camtu..

    ReplyDelete
  10. hehehhe last sekali blogger retis macam kak kan..:P

    ReplyDelete
  11. kak sunah, sy blogger x kesah, hehehe, :P, asalkan update blog sy sudah, :),

    ReplyDelete
  12. belog suka sakura xde ke kak? miahahahhaa :p

    ReplyDelete
  13. aku takkan tau aku blogger ape.. org nilai kita.. kita kompom nak nilai best2 jer utk diri sendiri..

    aku blogger cantik gilerr... yg gilerrr tu aku tekankan sket

    ReplyDelete
  14. saya bukan blogger ,,..
    saya seorang blogwalker ..
    hehe ..

    ReplyDelete
  15. kak sunah masuk cney??hehe

    ReplyDelete
  16. blog sy no.13 la kak sun....bukan 14....

    dh kering idea...

    ReplyDelete
  17. baru tau status blog bila cik sunah buat kategori gini...hehe.

    ReplyDelete
  18. pergh! macam2 genre gak blogger ni.. hahaha!

    ReplyDelete
  19. Hahahaha.... saya ni pun jenis x kisah rasanya. hahahaha

    ReplyDelete
  20. salam...

    sambil2 jejalan rapatkan ukhwah.., jom singgah sini jap..hehe

    http://bloggeralif.blogspot.com/2011/12/tanya-pendapat-sweet-couple.html

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum sunah....mama pun rasanya x ada dlm kategori ni kot sbb mama ikut suka n rasanya jer....bukan blogger femeskan....hehehhee:)

    ReplyDelete
  22. Salam Sunah, dah abis tu awk blogger no brape ni?hihi.

    ReplyDelete
  23. akakk jenis yg nak mencuba tapi semua cubaan akak tersasar je,... ntah apa yg x kona.. agaknya blog SS koot

    ReplyDelete
  24. sy tak tau nak celah kat mana..tulis je ape yg terlintas haha

    ReplyDelete
  25. heeheheh
    sy x taw sy blogger ape kak
    hehehhe

    ReplyDelete
  26. kak sunnah,sy blogger bubur chacha kut..sume pakat campur except politik,hentam mnghentam,kutuk mngutuk..:p

    ReplyDelete
  27. kena wat kajian ni nak pilih yg mana satu sesuai tuk cf..hhehehe

    ReplyDelete
  28. adakah saya jenis blogger yang syok sendiri?? alahai.. anyway thanks for this entry.. kembali bercermin blogger seperti apakah saya ini?? hehehe :)

    ReplyDelete
  29. aku dapat rasakan aku dah tergolong di dalam blogger sesat dan menyesatkan. KAHKAH

    dah hilang arah dalam mencari kematangan.

    ReplyDelete
  30. dah r engko..aku takde pon..haha

    ReplyDelete
  31. Ahahahaa...ada satu lg yg terlupa...blogger copy paste, xnak letak ke...hahaha, selalu yg ni buat blogger masak2 hangin satu badan la Sunah ooiii...hahahhahaha. Oppss, blogger manja ala2 rebit xda eks? ^___^

    ReplyDelete
  32. Ada jugak kategori macam saya kat atas tu... (=.='')

    ReplyDelete
  33. sy kategori mana lah agaknya.. blogger poyo perasan bagus mungkin.. kah3..

    ReplyDelete
  34. hahhahaha, sempat je akq nak buad kajian kan?

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com