Saturday, December 3, 2011

Jangan Kata Orang Lain Bodoh

Morning Lemon... by ~Timo-San on deviantART

Entahlah.

Mungkin kerana terlalu ikutkan perasaan sangat, maka keluar segala perkataan yang kurang sedap didengar dan kurang enak dibaca. Beruntunglah dia kerana mata ini yang nampak. Kalau mata lain yang nampak, mungkin sudah di'printscreen' dan menjadi entri meletup di kalangan blogger buat masa ini.

Ya, memilih pemimpin itu tugas kita sebagai rakyat. Rakyat yang terbuka mata dan fikirannya akan memilih pemimpin yang padanya layak untuk diangkat sebagai ketua. Yang kurang nampak, mungkin akan terpengaruh dengan berita semasa kerana hanya itu medium yang dia ada.

Namun kurang eloklah untuk melabelkan satu-satu kawasan itu sesedap mulut dan jemari menaip hanya kerana mereka memilih pemimpin yang tidak kamu sukai. Ada assobiyah kenegerian di situ. Bayangkan kalau anak-anak negeri tersebut membacanya, pasti terluka hati-hati mereka dengan kata-kata kamu.

Ya, stesyen-stesyen televisyen memang kebanyakannya memaparkan berita itu sekarang ini. Tak kiralah stesyen anak emas atau anak pungut. Kadang-kadang mereka hanya membuat kerja mereka, mengikut kata-kata orang yang lebih atas. Yang membuat kerja-kerja itu belum tentu lagi setuju dengan berita yang dimuntahkan di kaca televisyen.

Beruntung juga kamu adalah antara yang terbuka matanya. Maka kamu ada tugas di situ untuk menyampaikan kepada yang lain. Tak perlu melabelkan orang lain dengan gelaran yang kurang enak, tapi betulkanlah pemikiran mereka agar kembali kepada fitrah. Ya...kerana mereka itu jauhnya di bawah tempurung di dalam kotak yang letaknya di atas meja di hulu kampung.

Maafkan mereka. Tak perlu kamu bertemu, cukuplah mereka tahu.


P/S: Hari ini ada misi, doakan saya...

17 comments:
Write Comments
  1. Misi apa? wooo~~ Doa agar dipermudahkan segalanya. :)

    ReplyDelete
  2. hati2 ngan kata2 sebab kata2 tu melambangkan siapa diri kita yg sebenar

    ReplyDelete
  3. Sunah..sangat2 setuju..kadang2 (kebanyakkan) berita yg kita nampak dan dengar bukanlah 100% betul...sebab itu kena buka mata dengan hati ketika menerima..ngam? hehehe btw..semoga dipermudahkan ;)

    ReplyDelete
  4. wah misi..moge berjalan dgn lancar..
    kata2 daripada mulut mmg pedih dan sakit jadi guna mata hati dalam menilai..bukan berlandaskn nafsu..akal fkiran dn hati dikawal

    ReplyDelete
  5. as salam..

    hm..sebahagian dari tanda2 umat akhir zaman. igin tegakankan kebenaran tapi dahulukan dengan kemungkaran. dari lidah pula tu..

    buta dan terus dibutakan dengan fitnah si syaitan dan iblis laknatullah..sedar tak sedar je kan walaupun niat murni disisi-Nya.wallahua'lam..


    misi?insya'Allah..mudah-mudahan sunah dipermudahkan urusan oleh-Nya.ameen..

    ReplyDelete
  6. seakan memahami... hmm, jaga pertuturan kte,semakin kte dikenali semakin berhati2.

    ReplyDelete
  7. kerana terlalu mengkiut perasaan, maka terkeluar lah segala kata2 yang carut mencarut oleh pemimpin2 ni...

    hati22 salam berkata2.

    ReplyDelete
  8. Pemimpin itu kita yg pilih... Mengundilah..

    ReplyDelete
  9. kata2 melambangkan keperibadian anda..

    p/s: misi apa kak sunah? semoga succes eh.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  10. betul! jgn sesuka nk melabel org...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum sunah...semoga misi itu berjln dgn jayanya yer...:)

    ReplyDelete
  12. kita manusia tidak layak menyatakan bodoh kepada manusia lain.kerana ilmu yg kita ada sgtlah sedikit

    ReplyDelete
  13. aku anak negeri tersebut. hampeh!!

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com