BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, December 7, 2011

Lelaki... Dan Perempuan Juga...

Gambar dari SINI

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.""

[an-Nur: 30]

muslimah v02 by ~yip87 on deviantART

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

[an-Nur: 31]

Lelaki dan perempuan YANG BERIMAN...

Ada batas auratnya masing-masing. Sudah sedia disebut dalam al-Quran agar aurat itu dipelihara dengan sebaik-baiknya dan tidak didedahkan sesuka hati. Dan diperingatkan kepada lelaki dan perempuan YANG BERIMAN agar menjaga pandangannya daripada melihat perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.

Namun, dunia akhir zaman menyaksikan begitu banyak lelaki dan perempuan yang kurang menjaga auratnya hingga sukar sekali untuk perempuan dan lelaki menjaga pandangan mereka di mana-mana. Bak kata Solihin, takkan lah nak pejam mata setiap masa?

Kenapa tidak kita membantu antara satu sama lain, agar tidaklah kita berdosa kerana mendedahkan aurat sendiri, malah tidaklah kita juga jadi resah rasa berdosa kerana menambahkan dosa kepada orang lain...


P/S: Beruntungnya jadi manusia YANG BERIMAN, asyik disebut-sebut dalam al-Quran...


18 comments:

reenapple said...

terima kasih dia tas peringatan itu..=)

Iffah Afeefah said...

erm terime kasih atas igtan yu
takley pejam mata sokmo

kang tersalah kate buta pulak

fRaMe+LenSeS said...

moga kita adalah golongan yang menjaga aurat. n memperingatkan orang untuk menjaga aurat mereka.

tapi betoi. bila keluar tu, asyik tertengok yang bukan2 ja. T.T

mas saari said...

peringatan yang bagus!
moga kita terus perbaiki cara kita menutup aurat..

kiera'sakura said...

hurm, mmg payah tp x mustahil kalau berusaha... :)

Anum said...

terima kasih atas perkongsian

H.J said...

saling bantu membantu

kura said...

mmg untung... moga moga beriman :0

Selendang Merah said...

terima kasih kak atas peringatan tu..sama2 kita semua terus membaiki diri untuk jd lebih baek..insyaAllah

Munnafendy said...

suka sangat entry sunah yg ini..terima kasih.sama2 kita jaga aurat kita =)

Noraim said...

Salam akak.
Artikel yg baik. terima kasih sbb mengingatkan :)

FasiHaH SupiaN said...

kena klik untuk sebarkan!

Syafiq Ahadin said...

Bak kata Solihin Zubir, mohon share! :)

Mutiara Bernilai said...

nak senyum pilu dekat sini..

jauhnye along dgn org beriman..

Yasmin ♥ said...

Nakk share jugakkk :'D

Gen2Merah said...

baik lelaki mahupun pempuan, masing2 ada kelebihan dan kekurangan yang dianugerahkan utk kita sama2 pergunakan dengan sebaiknya

eiela said...

masing-masing kena jaga aurat masing-masing kan. kena saling mengingatkan sesama kita jugak.

maszull said...

assalamualaikum sunah...n3 yg menarik dan sama2lah kita ingat mengingatinya selalu...:)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.