Mohon Halal

February 22, 2013

Sepatutnya malam ini, saat ini, saya sedang dalam perjalanan ke KL.

Tapi di saat-saat akhir, macam-macam plan asal telah berubah kepada plan yang lebih terbaru.

Esok pagi saya akan ke KL. Mulanya nak gerak sebelum Subuh, tapi tak jadi. Lepas Subuh lah saya gerak. Boleh berlama-lamaan dengan anak-anak kucing comel dulu. Nanti seminggu saya tak berjumpa dengan diorang, mesti rindu sangat-sangat dan tak sabar nak balik. Dalam seminggu tu, mesti Kookie, Dora dengan Jamie da bukak mata dah. Huhuhu. Sedih tak dapat tengok diorang bukak mata. Harap-harap Mulan boleh jaga diorang elok-elok sepanjang saya tak ada nanti.

Bila da berubah plan, boleh lah saya berehat lebih sikit sebab nak drive seorang diri jauh-jauh lagi untuk kesekian kalinya. Semalam, sempat saya buat 3 biji kek karamel tempahan pelanggan. Buat sekaligus sebab ingatkan nak gerak malam ni. Adehhh. Rupanya tak jadi plan tu. Dan, kalau saya nak teruskan jugak gerak ikut plan asal, memang tak boleh lah. Terlalu penat untuk driving.

Jadinya, malam ni saya buat sebiji lagi kek. Bahahahahaha. Kalau mak saya tahu, mesti dia bising. Erk, tapi jangan gitau dia kayyy. :p

Apepun, doakan perjalanan saya balik ke kampung halaman dalam lindungan Allah. Mohon ampun dan maaf kalau ada salah silap saya pada semua, terguris hati tanpa saya sedari.

Halalkan makan minum okay?

:)

You Might Also Like

8 Comments

  1. sunah....akak bila tengok tajuk entry tu egtkan susulan drpd entry jiji..mohon dihalalkan..ehem ehem..

    sekali mohon halal makan minum..jangan la begitu sebak sebek je tadi bila baca


    apa pun akak doakan selamat perjalanan sunah esok...jgn drive laju2...hati2 ye

    ReplyDelete
  2. opps terlupa..akak halalkan makan minum kamu...

    ReplyDelete
  3. safe journey ye. nnti kita contact awak bile sy nk tempah kek. ok^^

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak sunah :)

    ingat efa lg tak?hehe
    lame xtglkan jejak kt blog akak nie..huhu

    semoga selamat perjalanan dan sentiasa di lindungi Allah.. :)

    ReplyDelete
  5. setuju ngan adish shida..sumpah ingat susulan entry jiji..hahaha

    ReplyDelete
  6. tak terfikir pulak pasal entry jiji tue dengan akak hikhikhik :p

    xpe la akak xdpt tgk diorang bukak mata tapi boleh tgk diorang lahir kan ;)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com