Ticker

6/recent/ticker-posts

Hari Terakhir di Medan, Indonesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari keempat, hari terakhir di Medan sebelum pulang ke Malaysia petang tu.

Bangun pagi tu, lepas solat, sambung tido balik. Hahaha. Then dengar ketukan kat pintu. Mesti staff hotel datang hantar breakfast ni. Saya pun masuk ke dalam selimut sepenuhnya. Encik suami je yang sambut sarapan pagi. Bila diorang da pergi, saya keluar dari selimut. Wah, bihun goreng! Teh o panas! Alhamdulillah. Terus bersemangat nak bangun. Hihi.

Bihun goreng - Menu sarapan pagi di Cherry Garden Hotel, Medan, Indonesia

Lepas breakfast, bersiap-siap untuk keluar. Joe akan sampai bila-bila masa aje. Packing barang semua, mandi, then tengok TV dalam bilik sambil tunggu Joe. Pukul 9 lebih, Joe sampai. Kami bawak semua beg keluar. Check out dan bertolak ke destinasi pertama hari ni. Hari last pun ada lagi tau destinasi! Hihi. Joe bawak ke kedai kuih Bingka Ambon Zulaikha kat kota Medan. Kawan saya yang pernah pergi Medan, suggest untuk beli sebab sedap katanya. Bingka Ambon ni macam kek sarang semut/kek gula hangus tu. Dalam dia berlubang-lubang. Cuma bingka ambon ni kaler dia tak hitam. Yang original warnanya kuning, then ada pelbagai perisa selain yang original tu, iaitu Keju, Mocha, Pandan, Pandan Keju dan Coklat. Dalam semua perisa ni, rasa serai dia tetap kuat. Saya dan encik suami pilih perisa keju dan mocha. Then beli Kek Lapis Legit juga, yang mana kita panggil Kek Lapis Rempah kat Malaysia. Kek lapis dia tak basah, lebih kurang macam kek span, tapi lapisan dia tetap nipis-nipis macam Kek Lapis Sarawak yang original.

Kek Lapis Legit dan Bika Ambon Zulaikha

Dari kedai kuih tu, Joe bawak pulak kitorang ke Pasar Ikan. Haaa? Memula tu saya pelik jugak, kenapa nak pergi pasar ikan, bukan boleh nak bawak balik pun ikan basah naik flight! Ooo..rupa-rupanya pasar ikan tu nama je, tapi yang dijualnye tshirt-tshirt, kain, serta macam-macam lagi barang cenderahati dan kraftangan Medan. Kat sini pun Joe tak boleh ikut, nanti kena marah katanya. Tapi Karta ikut je. Cuma dia tak boleh terlibat dalam tawar-menawar. Penjual kat sini akan ikut korang sampai dia putus asa. Once uols stop kat sorang penjual, penjual-penjual lain pun akan berkerumun kat situ nak offer barang-barang diorang. Haaa..bayangkan uols tengah nak pilih baju tshirt, ade pulak penjual fridge magnet dan penjual hanger tudung merayu-rayu kat tepi. Sampai naik rimas pulak dibuatanya. Dari nak beli, jadi tak beli sudahnya. Harga pun sangat mahal kalau kat sini tau. Jadi, pandai-pandai lah buat keputusan. Last-last saya dan encik suami beli sehelai je kain batik untuk mak mertua. Lepas tu terus balik ke kereta.

Sekitar kota Medan, boleh nampak benda macam ni. Diorang guna ni ganti banner kain, macam pakai kertas tisu/bunga plastik - kreatif kan??

Dari pasar ikan tu, Joe bawak kami ke Istana Maimun. Istana raja Melayu yang dah jadi muzium dan tempat pelancongan. Joe ada tunjuk jugak Merdeka Walk dan Masjid Raya, tapi tak sempat nak pergi dah. Kami spend banyak masa kat Istana Maimun tu, ada pakej bergambar dengan persalinan raja-raja kat situ. Ade dua kedai sewa baju. Kami tak perasan ade dua tu, so terus amek yang dalam kedai kecik. Tak banyak pilihan warna kat situ. Yang kat luar kedai tu lebih banyak pilihan warna. Tapi harganya sama. Pakejnya pun murah, sewa baju sepasang lelaki dan wanita Rp.20.000 je, then kalau nak cetak gambar tambah lagi Rp.10.000. Haaa..amek la gambar sepuas-puasnya guna handphone atau kamera sendiri. Selebihnya yang nak cetak, amek la satu je cukup. Nak tunggu gambar tu siap makan masa lebih sejam jugak walaupun mulanya dia cakap 40 minit je. Sebab hari Ahad kan, ramai pelancong dan pelawat datang. Bersabar je leee.

Memori di Istana Maimun, Medan, Indonesia

Da dapat gambar tu pukul 12 lebih dah masa tu. Kami singgah beli cenderahati lagi kat barisan kedai luar istana yang dekat dengan parking kereta. Kat sini, Joe dan Karta ikut. Joe termasuk campur pulak, haa..kan da kena marah dengan penggerai sebelah. Sebabnya, Joe ajak kami ke kedai lain bila kami tengah nego harga. Hahaha. Kesian Joe kena marah, mulut akak tu pun adohai...laser betul. Kenangan tau! Ok kat sini tshirt memang sangat murah, boleh dapat harga daripada semurah Rp.20.000 je tau. Kualiti tetap ok! Boleh la beli beberapa helai untuk adik-beradik kami. Alhamdulillah.

Lepas dah siap semua, kami gerak untuk lunch sebelum ke airport. Lunch nasi padang je. Tapi lupa amek gambar kedai. Adohai. Takpe lah. Masa ni, diorang hidang semua lauk atas meja, then kita pilih lauk yang kita nak aje. Kami pilih kari kepala ikan, sambal tempe ikan bilis dengan ikan bakar air asam. Aduhai, semua tu sedap tau! Dan total harga hanya Rp.55.000 sahaja! Sangat berbaloi ye! Sebelum kami gerak ke airport tu, Joe pun buat ucapan penutup. Dia minta maaf atas segala kekurangan, dan bila tak dapat join sama-sama sebab kesihatan tak mengizinkan, kami pun sama-sama minta maaf kalau menyusahkan dia dan Karta.

Muka dalam dilema tak tahu nak pilih makanan apa...hahaha

Berpisah kami di airport, solat jamak takdim dekat surau Bandara Kuala Namu.

Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.

Terima kasih Joe Dermawan, terima kasih Karta, atas segala-galanya sepanjang kami di sana ya. Insya'Allah andai panjang umur, kita ketemu lagi di lain waktu dan mungkin di lain tempat. Semoga bisnes kalian semakin maju dan sukses. Ameen.

Entri sebelum ini:
Percutian di Medan Hari Ketiga
Hari Kedua di Medan - Berkunjung ke Pulau Samosir
Percutian di Medan Hari Pertama
Pakej Tour Guide di Medan, Indonesia

Post a Comment

3 Comments

  1. assalamualaikum sunah...bestnya dpt gi jenjalan...jauh berjln luas pandangan...:)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum sunah...bestnya dpt gi jenjalan...jauh berjln luas pandangan...:)

    ReplyDelete
  3. i'm really enjoying this article and layout of your blog. It's a very easy on the eyes which makes it much more pleasant for me to come here and visit more often. by author ide bisnis camilan unik dan murah dari tahu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com