Kali terakhir saya berjumpa arwah adalah 4 hari lepas.
Khamis malam, ada kuliah tafsir surah Yaasiin. Masa tu sempat bersalaman dengan arwah. Arwah tak cakap banyak. Diam dan senyum saja. Saya pun masih belum sihat masa tu. Batuk masih teruk. Lepas tu terus balik.
Hari ni, jam 4.43 petang tadi, dapat mesej dari salah seorang sahabat. Minta buatkan berita tentang kemalangan guru-guru PASTI Gelang Patah, salah seorang meninggal dunia. Masa tu, tak tertanya-tanya lagi siapa yang meninggal sebab masih penat baru balik dari membeli tiket.
Selepas Maghrib, nampak satu gambar kat wall FB. Nampak satu nama yang familiar. Dalam hati menyebut, "Takkanlah? Nama dia kan lain sikit..." Kemudian tengok kat wall group dan tengok lagi sekali pada sumber gambar.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.
Allahyarhamah Cikgu Zainon binti Ma'as, 44, (selalunya kami panggil Cikgu Ainon) dah meninggal dunia petang tadi dalam kemalangan jalan raya. Honda Wish yang diorang naiki berenam, dirempuh dari belakang. Arwah tercampak keluar dari bonet yang terbuka selepas dirempuh sebelum dilanggar pula kenderaan lain, lalu meninggal dunia di tempat kejadian.
Selepas berita dikemaskini, saya bersama sahabat ke rumah keluarga Allahyarhamah Cikgu Zainon di Felda Pasir Raja. Ramai sudah ahli keluarga menunggu jenazah dibawa pulang dari hospital. Adik arwah menangis hiba. Saya lihat ibunya tenang sahaja. Malah, ibunya yang menenangkan si adik.
4 hari lepas, kami bersama-sama menimba ilmu tentang surah Yaasiin. Malam ini, saya pula bacakan surah Yaasiin untuk arwah.
Ketika jenazah sampai, semua berduyun-duyun mahu melihat jenazah, tapi kain kapan tidak dibenarkan untuk dibuka. Semakin hiba adik arwah kerana tidak dapat menatap wajah jenazah buat kali terakhir. Jenazah disolatkan. Doa dibaca oleh imam, memohon keampunan daripada Allah buat jenazah. Ketika itulah air mata tidak dapat ditahan lagi.
Arwah seorang guru yang sangat berdedikasi. Arwah juga seorang yang lantang bersuara dalam hal-hal yang beliau rasa patut dibetulkan. Saya kagumi arwah untuk itu. Moga Allah tempatkan Allahyarhamah Cikgu Zainon binti Ma'as (1 Januari 1968 - 15 Januari 2012) bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa. Ameen.
Al-Fatihah.
Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~


27 317 Pautan Rasa:
gelang patah tu dah dekat area rumah yart dah,,
al fatihah semoga roh arwah di tempat kan dengan orang2 yang beriman amin.
al-fatihah..
innalillahiwainnailaihirojiun
innalillah!!!! sedih nye kak.... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....
Al-fatihah..
semoga roh beliau dicucuri rahmat dari-Nya
semoga Allah merahmati rohnya amin
Al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk waris2 arwah...huhu...
takziah..
semoga rohnya berada dikalangan orang2 beriman. amin..
al-fatihah
Innalillahiwainnailaihiwarojiun
Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.. amin..
al fatihah..
moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..
amin..
Al-Fatihah..
takziah utk keluarga arwah!
assalamualaikum sunah...al-fatihah buat arwah moga rohnya ditempatkn di dlm golongan org2 yg beriman...Amin..:(
baru pegi jln2 gelang patah.. sy pun pnah gak.. baru je jumpe arwah mlm tu dlm 10 pm then dengar dia meninggal dlm 4 pm akibat excident.. huhu.. mungkinkah sy org terakhir yang berbual dgn dia? sy pun xtau
Innalillahiwainnailaihiwarojiun
salam takziah
al-fatihah
al-fatihah~~
alfatihah...
Bergenang air mate
al fatihah,..moga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..
Al-Fatihah buat arwah.mesti akak terasa kehilangan dia kan.sabarlah kak.kita semua akan melalui saat itu
al-fatihah..
Innalillahiwainnailaihirojiun
Semoga dicucuri rahmat roh beliau dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman, Amin.
al fatihah..
moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..
amin..
al-fatihah..drp Allah kita datang,,kepadaNya jua kita kembali..
innalillahi wa inna ilaihi rooji'uun..hmm sedih
Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.
as salam..
innalillah..moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan, legasi hidupnya sebagai guru, diteruskan oleh anak-anak..
Post a Comment