BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, January 25, 2012

Bila Terlalu Banyak Untuk Dipilih

Hidup adalah ujian untuk membuat pilihan.

Ya, itu kata seorang teman seperjuangan. Saya setuju dengan kata-kata tu. Mana-mana yang bijak memilih dalam hidupnya, adalah antara yang terhebat selepas matinya kelak. Lebih kurang macam tu la bunyinya.

Bila diuji dengan begitu banyak pilihan, sampai tak nampak jalan untuk dipilih, memang rasa sangat membingungkan. Dalam dilema untuk membuat keputusan. Risau kalau tersilap kata putus, tersalah pula tindakan yang akan diambil. Malah mungkin akan tercicir sesuatu yang lebih penting dari semuanya.

Istikharah dan musyawwarah adalah antara proses yang dituntut dalam Islam bila nak buat pilihan dan keputusan. Mohon petunjuk daripada Allah agar diberi kekuatan dan kecenderungan ke arah sesuatu antara semuanya, moga-moga ada keberkatan dalam apa yang dipilih. Sambil-sambil tu tanya pandangan pada yang berpengalaman dan kita boleh percaya, mungkin mereka ada pendapat yang boleh membantu kita memilih.

Dan sekarang saya punya begitu banyak perkara untuk diputuskan seberapa segera yang boleh. Terlalu...

Moga Allah berikan petunjuk...


P/S: Kadang-kadang kita kena korbankan sebahagian untuk dapatkan sebahagian...


21 comments:

yad'z said...

choose the right one, ur live will be happily ever after.. =)

fRaMe+LenSeS said...

Nadh doakan boss dapat wat pilihan terbaik. amin2.

FasiHaH SupiaN said...

teringat g 1 talk tu...kalau tak silap dia ckp macam ni...istikharah itu penting dlm membuat pilihan untuk tahu keputusan yg kita ambil tu betul atau x.. keputusan itu kita yg buat, ikut kata hati, kalau dah beristikharah dan bila kita dah memilih untuk pilihan tu, tapi terlampau banyak halangan untuk pilihan itu, itu maksudnya itu bukn yg ptut kita plih..

wallahua'lamm

Iffah Afeefah said...

hidup ialah pilihan

dan pilihan ialah ujian

ujian adalah jalan

jalan ialah menuju yang benar

#eh

#okbai

ijA said...

kita pun susah nak buat pilihan....nk pergi wedding kawan kakak dia atau family...bahaya2..so..kita kene utamakan yang mana penting..

Mutiara Bernilai said...

no pain,
no gain,


fiufiuifiu~

~..Lesung Batu..~ said...

ina doakan akak mucuk dapat buat pilihan yang terbaik! :) *lama tak komen kat sini* heeee #rindu

Unspeakablechunks said...

Setiap sesuatu itu pasti ada habuannya! peace..

maszull said...

assalamualaikum sunah...moga akan berjaya membuat pilihan yg tepat akhirnya...:)

msredcheesecake said...

Kadang2 pilihan yang kita buat tu kesannya seumur hidup... Tu yg buat kita resah kalau kena memilih. Tanyalah DIA kalau kita tak pasti....

ayen =D said...

utk dapat sesuatu, bukan korbankan sesuatu.. kita cuma pilih sesuatu yang kita dapat.. tu je... yang dikatakan terkorban tu, cuma tak dipilih je.. hahaha.. paham tak? hahaha..

bunyi 'korban' mcm sedih lak. kalau kita cakap, "aku korbankan lunch 7 hari untuk baju baru" dengan "aku tak pilih lunch 7 hari, aku pilih baju baru", mana yang lagi macam sedih? hahaha

Syafiq Ahadin said...

amin..... #tetibe

Sunah Sakura said...

@ayen =D

sebab memang menyedihkan bila yang 'terkorban' tu tak dipilih... :'(

Tea said...

terkadang.. kita tiada pilihan...
hanya mampu memilih sama ada untuk meneruskan atau tidak.. tapi tetap masih satu pilihan...

AbbotCottage said...

Banyak benda yang tersirat mempunyai sejuta kemuliaan Disisi-Nya. Mungkin yang terkorban itu adalah tidak baik untuk diri kita, tapi baik untuk masa depan kita. Redha dan teruskan apa yang telah disuratkan, Insya'allah. Allah Maha Mengetahui dan Esa.

Anonymous said...

pilihlah yang terbaik, gudluck and all the best.

-dia-

mas saari said...

susah ke, payah ke, kita tetap kena buat pilihan!

melepaskan sesuatu itu tak bermakna kita tiada peluang untuk memilihnya kemudian nanti..

ieyza afieyna said...

semoga pilihan yg dibuat adalah pilihan yg terbaik.. ;)

Niena Pengembara Ilahi said...

sgt2 setuju dgn entry nie ... :)

shahjiehan said...

untung la byk pilihan.. wiwiwitttt

Подтверждаю (fadzli) said...

as salam..
hm..dugaan memilih jalan kehidupan ni..ada dua..

1)keperluan
2)kehendak

mana-mana jalan yang dipilih antara kedua-Nya, masing2 ada hikmah-Nya.

semakin mencari jalan yang baik, semakin kuat halangan dari makhluk laknatullah dan semakin tinggi nilai kehidupan kita.

pilihlah mana-mana jalan yang telah ditentukan-Nya. jika sukar, pilihnya mana yang memudahkan. jika mudah, pilihlah jalan yang lebih mencabar. dipenghujung yang mencabar itu lebih bererti kan?

(^^,)

buatlah pilihan yang terbaik. insya'Allah dipermudahkan-Nya. jika sukar, Dia menguji kamu ;)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.