BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, November 22, 2011

Rahsia Lelaki Mengikut 4 Unsur... Kamu Yang Mana?

The Four Elements by ~RedundantButterfly on deviantART

Uiks!

Tetiba kan pepagi nak kongsi rahsia lelaki. Awww~ Bukan pengaruh Malaysia menang lawan Indonesia malam tadi ye. Walaupun ada banyak lelaki dengan pelbagai ragamnye malam tadi tu kannnnn Puteri Katek~~~ Erk! Apepun, tahniah ye pasukan Malaysia sebab da berjaya mendapatkan pingat emas buat negara dalam sukan bola sepak Sea Games ke-26 semalam. Alhamdulillah...berkat usaha dan doa semua rakyat Malaysia walaupun menang tipis dari penalti. Pssst, suka la tengok semua orang bersatu menyokong Malaysia! Kan bagus gitu~~~

Ok ok... Pagi ni sebenarnya tertengok satu post kat FB dari blogger Pojiekyra. Tentang rahsia lelaki ikut 4 unsur. Wahhh~ Nak kongsi ngan kamu-kamu lak lah! Meh baca meh!

(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sabar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah

Sumber : Blogger


P/S: Awak, awak... Awak air kan? Macam ade banyak yang betul aje, terutama ayat last tu. Ops~

32 comments:

zaMir said...

huhuhu...kalau ikutkan warna yg saya paling suka...warna coklat..kat unsur tanah...tapi kalau ikut sifat laaaa kan....errmm...entah...=P

Pojiekyra said...

cun la akak hehehehe

Zulfikar Hazri said...

aku lemah lembut... awwww tak kuasa mak nok.. hahaha

Fendy San Satay said...

wow....info best ni.. :D

kembatolo™ said...

aku angin. ntah2 aku the last airbender kot? hahaha

cik ika said...

tanah2..ade yg kena jugak..

Ummi said...

Sunah, akak anak ke2, Air la kan, mula2 baca yg bahagian atas tu suka laa..tp bila baca part yg bawah tu kurang suka laks, hahahhaha..ada ke kata kita tambun, lemah, kuat tdo segala...adeeeii, x masuk akal laa, lemah akal kita baca..wakakakaka

sesegar said...

ahahh,bestnya sharing ni. :)

Anum said...

oooooooo api rupanya dia

FasiHaH SupiaN said...

errrrrrr teori jee hehe

Sunah Sakura said...

perhatian, ni untuk LELAKI ye...LELAKI... so yang gegel2 tu jangan la kata korang TANAH lak..ahaha

JIJI YU said...

waahahhaa..tidak sabar jima..hurm2...

Ardini Humaira said...

hehe... cik abg dni anak ke 5 :D

Mat Gebu said...

Mat gebu no 4 = Angin!...jaga2 lah kalau aku hangin nanti...puting beliung semua datang...

SoLy SoLicious said...

erk..pmpuan lak? heee

mas saari said...

husband akak angin!

kiera'sakura said...

pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus

tak sama langsung.. hahahahaha :p

Iffah Afeefah said...

jiji tanah le tewww

hahaha yu kejam betol..ayt last tak tahn

Solihin Zubir said...

sy anak sulung.. tanah..

err.. tdk sabar jima'? =_='

Paradise Gal said...

hai.. melawat blog cik sunnah suka sakura. info yg bergune anyway

nuruashia ♥ said...

perghhhhh..kak limah kirenyee API laa ni???
ptotlaa

EYQASARA said...

wah wah.. tak than ayat last.. hekhekhek.. :P

sergeant keroro said...

alamak, sama dengan SZ dan jiji. wakaka :P

putERi-kAtEk said...

awin api :(

Eera Shera said...

hampir sama la

;)

Syafiq Ahadin said...

air.... perasa??? hadoih!

Nuur mutiara said...

Erkkk..huhu nak tergelak baca yg TANAH tu :DD

junko-el-hida said...

Ahaks!. Aku angin kak Sunah!. hihihi. Terima kasih. Walau kadangkala benda nie sukar tuk kita percaya tetapi 80% dari sifat angin diatas sememangnya mewakili diri aku. huhuhu. Ya betul!. 10 Markah!

Niena Pengembara Ilahi said...

xsama ngan pompuan ke? klo ikutkan akak nie ank keempat tpi akak nie bnyak daging

MerLe said...

sy ngn hubby dua2 sulung...sama2 tanah~

Cik Pulau said...

angin....
huhuhuhu

Подтверждаю said...

as salam..
oh.. yang p/s tu..en. ady anak ke-2 la kiranya ya? artistik bab makanan. hehe.

pakcik anak ke-2.unsur air..
huhu.. kepala angin?memaksa?penakut?lemah lembut terhadap siksaan atau teguran..

=_="

hm..ni dah macam ilmu tilikan kaum bani israel..lebih baik tak diambil satu point yang ada untuk mengenali seseorang itu sebagai rujukan..dikhuatiri menjadi syirik tanpa sedar..mencegah lebih baik.

cubalah mengenali seseorang itu berkat dari niat, usaha dan tawakkal..insya'Allah zahirnya adalah baik disisi-Nya..

:)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.