Bila Tengah Nazak Pun Sibuk Nak Berkenalan... - Sunah Suka Sakura dot com

Post Top Ad

Tuesday, March 22, 2011

Bila Tengah Nazak Pun Sibuk Nak Berkenalan...


Atas saranan doktor, Naz dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sampainya di Hospital New York, Naz dibawa ke bilik pembedahan dan dipasangkan tiub getah kanan dan kiri.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatan lebih parah dibawa masuk dan diletakkan bersebelahan dengan katil Naz. Walaupun Mat Saleh ini kelihatan lemah, tetapi dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Naz. Dengan susah payahnya, beliau mengangkat tangan dan berkata, "United Kingdom..."

Naz yang juga masih lemah menjawab, "Malaysian..."

Setelah itu kedua-duanya pengsan kerana keletihan. Beberapa jam kemudian, mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Mat Saleh berkata dengan lemah, "John..." dijawab dengan susah payah oleh Naz, "Naz..."

Selepas itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapan, "Birmingham..." kata John.

Naz menjawab, "Kelantan..." pengsan lagi.

Tidak lama kemudian, mereka sedar dan cuba berbual lagi. John yang sudah kehabisan nafas berkata, "Cancer..."

Dengan sisa-sisa nafas yang ada Naz menyahut, "Capricorn...!"










P/S: Artikel ini ditaip semula dari RAPI dan diubah suai~
Nama-nama di atas hanya pelakon semata-mata.
Sekian~


ENTRI CAMBEST DA LAMA MENYEPI, MEH JENGUK NI!

28 comments:

  1. @y u y u Z u l a i k h a

    erk! laju je....hahaha~ tu la yuyu...sebab rindu la buat entri ni...huhuhu

    ReplyDelete
  2. hahahaha....eh pakcik mat tatau lah bintang apa, capricorn juga agaknya..

    ReplyDelete
  3. Si John tu nak bagitau dia ada kanser or dia nk bagitau dia punya horoskop??

    Haha saya slowwwwwww. Huk huk. T___T

    ReplyDelete
  4. hahahah!!! john ckp jenis penyakit..
    si naz sengal..huk3

    nad libra..kah3

    ReplyDelete
  5. hihihi buley plak camtu..kwang3 saye virgo..=p

    ReplyDelete
  6. haha...takkan sakit pon smpat nk bertukar zodiak pulak...

    ReplyDelete
  7. lawok2.. takda sembungan ka.. nak tau apa jadi lepas tu.. hehe.. ;)

    ReplyDelete
  8. cik pulau datang tiba-tiba..
    leo...
    lalala~ ^^,

    ReplyDelete
  9. @Mat Gebu

    hahaha~ takpe pakcik mat...asalkan bukan cancer...hahaha~ ops!

    ReplyDelete
  10. @al_hakim

    hahahaha~ ni bukan segmen sengal zone ye nad...:p

    ReplyDelete
  11. @HATYCIKNUURUL

    tu la pasal! saya baca pun gelak tadi, tu yang nak kongsikan...hahaha~

    ReplyDelete
  12. @udin

    takde sambungan..sampai situ saje..hahaha~

    ReplyDelete
  13. wakakakakakakak!!!

    along Aquarius!!!... =p

    ReplyDelete
  14. Huhu...rindu naz.mana dia?dah kawen ke.sis sagitarius...jgn jeles sama ngan blogger tutt

    ReplyDelete
  15. hahhahahah senyum2 akak baca...
    nak gak gtau GEMINI

    ReplyDelete
  16. as salam..
    haha. entri lepas tension ;)

    mana la si naz ni. sejak mula sibuk, jarang dah dalam ni.haha

    kalau tidak, lagi selalu la jadi 'bahan' ujang

    =p

    ReplyDelete
  17. Eh! I Aries!

    Buwahahaha!

    Sorry Cik Sunah... I missed out on this one... :-p

    Terima kasih banyak-banyak! Nanti kalau berpeluang I balas budi Cik Sunah ye? :-)

    ReplyDelete

Dah abis baca tadi? Terima kasih sebab tinggalkan komen~ ;)

Post Bottom Ad