BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, March 22, 2011

SAYA BENCI ROKOK


Nak join? Klik banner ABANG Ben~~~

Saya tak suka rokok!!! Saya tak suka bau asap rokok, saya tak suka, tak suka, tak suka!!! Sebab paru-paru saya sangat sensitif dengan asap rokok, sangat mudah batuk kalo hidu asap rokok. Dah la saya ni memang tengah batuk-batuk nehhhhh...makin teruk kalo asap yang bertoksin tu masuk rongga hidung, kemudian menyerap ke bronkiol-bronkiol kat peparu ni...ish ish ish... Ayah saya merokok, ok? Mak mesti tak bagi ayah merokok depan kami adik-beradik, terutamanya saya...hahaha~ dia kena merokok luar rumah! Kalo dalam rumah, kami semua pakat sound dia. Hahaha~ Adoiii...saya tak suka rokok  jugak sebab ayah pernah sakit sebab rokok...masa dia demam teruk tu, dia langsung tak sentuh rokok!!! Syabas!!! Lama jugak dia tak merokok lepas tu... Tapi sekarang dia da merokok balik, dengan kadar yang lebih kurang dari dulu...huhuhu. Err...kalo nak jadi menantu mak saya, takleh merokok tau, kalo tak, kene reject terus...hahahaha~

Pesanan untuk mereka yang merokok dan yang ada hati nak merokok, janganlah merokok weh, tak baik untuk kesihatan...nak jadi macam ni paru-paru kamu tu???


Ingatlah orang yang tersayang di sekeliling kamu jugak, diorang semua dapat efek dari ketaksuban kamu terhadap rokok tu...nanti jadi cam gambo kat bawah ni pulak...


Bagi saya, mereka yang merokok ni...hurmmm...tak sedar lagi tentang bahaya rokok. Yeke? Tipu lah...mereka sedar, tapi tak ambil peduli. Merokok ni memang susah nak henti kalau tak bersungguh-sungguh...dan mereka ni jugak tak sedar yang bila mereka merokok, mereka sedang membakar duit...mahal wooooo rokok sekarang, kamu ingat kerajaan saja wat mahal-mahal gitu? Huhuhu...

Fikir-fikirkan lah ye~ maaf kalo terkasar bahasa...

Erm, kalo terbuka hati nak berhenti merokok, try klik SINI. Pssst, kalo kamu merokok dan kurang berat badan, tapi bercadang nak berisi sikit, cuba benti merokok...ni tips classmate isu global bagi...hehehe.



22 comments:

AdyBudika said...

ngeri pic tu

bun said...

tak suke gak

dulu abah rokok, akhirnye benti sebab kami tak suke

hahhahahha,kami beri mase seminggu je sebab die time tue ade outstation kat uk

balik je, salam, dah tak bau

yeay, sayang abah

mcjust.lol said...

aku tak sanggup jadi perokok pasif.. bila ramai laki perokok kt sekeliling.. free2 je dpt penyakit.. =_=

Miss Ran said...

erk geli la tgkk..sunah niiii

sme..kami benci rokok dan baunye..tp ske kpd org y beniat utk benti rkok

solo molo said...

d0rang rasa d0rang sangat c0ol bile mer0kok...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

laling sis x merokok!sis benci perokok

nur ikhyar dee said...

memang tak suka rokok!

FariehanIbrahim [LBC] said...

seram lar tgk pic jantung tuu..>.<

xsuka bau asap rokok, lemas! wuwuwuu

Sunah Mohammad said...

@AdyBudika

memang mengerikan...

Sunah Mohammad said...

@mcjust.lol

takmo jugak..huhuhu..

Sunah Mohammad said...

@Miss Ran

hahaha~ tau pun geli!

Sunah Mohammad said...

@solo molo

cool kah? uhuk uhuk~

Sunah Mohammad said...

@bun

wahhh...bagus, bagus!! jeles pulak..hahaha~

Sunah Mohammad said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)

wah~ untunglah gitu~ alhamdulillah~ :)

Solihin Zubir said...

sy pon benci gila-gila kat rokok.. :D

Nur Hanani said...

saya tak suka bau rokok..lemas dibuatnya.. :) gambar yang ngeri tu tetap takkan berjaya halang si perokok tegar diluar sana.. Susah kalo nak benti gitu-gitu aje..nak kena ada pendorong. :)

Entri Terkini: Keasyikan drama Korea, Segalanya indah..

TiKa LEh said...

tak suka org rokok kat kedai mkn..suka hati je xhrmat org laen mkn..huhu

Arpiiz said...

menurut kata member yang merokok dulu, dorang kata yang merokok ni boleh membuatkan diri dorang tenang..

tak tau lah kesahihannya..^^

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Takutnya tgk gmbr tuu. =_=

Lulu caldina said...

Kalau kat kotak rokok tu mcm-mcm gambar ngeri mengenai kesan rokok keatas badan..tapi perokok masih tak sedar..Huh! Say NO to ROKOK

... said...

@Arpiiz

as salam..tenang macam mana pun, kalau dah haram, ia tetap haram. macam orang yang cari jodoh guna bomoh.alasanya, senang nak didekati orang lain. memang 'nampak' kesan positif sebab nak bina baitulmuslim. tapi ditegah dalam ajaran Islam sebab syirik.macam mana sekalipun, ianya berkaitan dengan akidah. syirik tetap syirik.hukumnya tak berubah..tapi jika ia melibatkan perkara selain perihal akidah, melainkan pada masa akan datang, mungkin rokok(bahan yang tertentu) tu dapat menyelamatkan nyawa. pada masa tu, dah kira darurat jika tiada sumber yang boleh menyembuhkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah maka ia dibolehkan. bab2 penyembuhan,sekali lagi nak ingatkan, unsur yang berkaitan dengan akidah diutamakan dulu.berbalik kepada nas utama,pada masa ni memang haram.sebab memudaratkan.tiada kajian yang mengesahkan bahan2 tersebut, hatta satu pun unsurnya mendatangkan kebaikan dalam/kepada tubuh. kajian juga seiring dengan teknologi..ia boleh berubah pada masa akan datang berdasarkan kajian.wallahu'alam.kita berusaha. walau apa2 pun, kena ingat sempadannya.

... said...

adn..selain faktor kesihatan..saya benci rokok, sebab bahan2 dalam rokok tu menaikkan harga barang sebenarnya. haha~

boleh baca dalam entri daya =p

senyum kambing:
perokok lah yang support kenaikan harga barang.
'
hoho~

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.