BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, March 20, 2011

Tak Semua Orang Suka Kita


Kenapa saya cakap macam tu? Sebab manusia ni hati dia kan lain-lain. Kita rasa kita da cukup senangkan hati orang lain, buat orang lain gembira...tapi dalam diam kita tak tahu rupa-rupanya ada yang tak menyenangi diri kita. Dalam banyak-banyak yang suka kat kita, rupa-rupanya ada yang menchiiiiiiik kat kita.

Ha... Bila da jadi macam ni, nak buat macam mana?
  1. Gi mengadu kat Wall Facebook: "Kenapa dia tak suka saya...?"
  2. Gi wat entri kat blog: "Dia tak suka saya..."
  3. Gi carik crowd (selalunya kat group-group Facebook), hebahkan: "Dia tak suka saya, sape nak join geng tak disukai ramai?"
  4. Gi buat page kat Facebook: "Kami benci orang yang tak suka (nama)."
Okie, jangan buat seperti di atas. Kamu-kamu pulak yang jadi geng tak suka. Buat geng donat, takpe~ Hahaha~ Kool beb...bak kata sorang pakcik ni, buat dek je...biarlah depa tu. Yang suka kamu lagi ramai dari yang tak suka.

Tapi, kena cek balik jugak, kenapa depa tak suka sebenarnya...mungkin ada sesuatu di sebalik semuanya (fuhh..ayat skema!). Mungkin ada cara dan gaya kamu yang kurang menyenangkan hatinya. Cewah, ayat romantik tahap berapakah ini???

Kalau boleh bertanya, tanyalah depa yang tak suka tu, kenapa? Kalau tak boleh nak tanya, takpe lah...rasa-rasa ok je, tak mengganggu kehidupan seharian dan tak kaco tido malam, stay cool je la~ Teruskan kehidupan macam biasa sambil perbaiki mana yang patut. Tanya kawan-kawan rapat ke, ape yang tak ok tentang kita. Biasanye diorang ni boleh bagi pandangan setulusnya tentang kita...tapi tak semuanya berani membuka mulut tanpa diminta. :)

Okie~ sekian~


P/S: Sape lagi nak makan DONAT? Klik SINI. Ade yang berminat nak jadi pelakon??? Klik SINI pulak.


ENTRI CAMBEST ABANG PENDEKAR~



7 comments:

cik ciput said...

setuju ah..renung balik diri kita, kenapa ada org tak suka..tpi kalau sebab dia tu mmg jenis dengki, yg tu bab lain plak..hehe

suri solehah said...

salam sunah..betul pendapat sunah..muhasabah diri sendiri jugak perlu..namun..memang payah untuk mengembirakan hati semua org..yg penting kita cuba buat yg terbaik sekadar kemampuan kita...

Fiqas said...

betul tu Sunah, jgn mudah melatah bila ada org tak suka kita.. cari keburukan kita ,tgk mana yng kurang...

Sunah Mohammad said...

@cik ciput

hehe..betul tu...:)

Sunah Mohammad said...

@suri solehah

wa'alaikumussalam kak suri..

yup, betul tu kak..buat yang terbaik dan perbaiki diri selalu...

Sunah Mohammad said...

@Fiqas

yup..:)

... said...

as salam..
hoho..tu jiwa kacau.
bila emosi kurang stabil, dengan akal2 pun terlibat.
pendekatan yang baik untuke mngekangnya, mudah, tapi sukar untuk dilaksanakan. tanap niat yang utuh

ambil wudhuk. berzikir.

thanks for sharing

=)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.