BLOG ENCIK SUAMI

Monday, March 14, 2011

Kenapa Kita Kena Peduli???


Bila heboh tentang reaktor nuklear Jepun yang meletup tu, teringat pulak sesi berbalah pendapat masa kelas Isu Global tempoh hari. Camne leh teringat? Sebab kumpulan kami buat tajuk "Senjata Nuklear: Pro dan Kontra." Haa...de kaitan sikit kan?

Sesi hentam-menghentam tu bermula bila ada yang bertanya, "Kenapa kita, rakyat negara Malaysia ni, kena sibuk-sibuk fikirkan tentang senjata nuklear? Padahal kita takde buat senjata nuklear pun kat sini. Yang patut sibuk adalah Amerika tu. Bayangkan kalo Amerika takde, takkan jadi isu kan? Kita ni negara kecik je, ade ke kesannya kalo kita nak menyibuk dengan isu ni???"

Fuhhhhhh~ Halamak aiii...memang kita ni kecik, kalo kena bom pun terus hilang dari peta dunia kot, naudzubillah. Tapi suara kita ni tak kecik. Sebab tu Pak Cik Najib pergi Nuclear Security Summit tahun lepas, at least Obama nak dengar jugak pendapat negara kecik macam kita ni tentang senjata nuklear. Jangan ingat kita ni kecik, kita takyah sibuk-sibuk dengan negara yang memang keje dia main benda-benda nuklear ni.

Kita hidup dalam satu dunia yang sama, pentingnya kita amik tau dan sibuk-sibuk ni untuk keamanan sejagat jugak. Cuba kalo Malaysia dilanda tsunami (naudzubillah), takde sape peduli kang baru tau...hish! Jangan, jangan...

P/S: Nak tengok 'VLOG' senjata nuklear tuan direktor klik SINI.



BUN ADE BUAT CONTEST KAT SINI



23 comments:

Miss Ran said...

ERK tula kene amik peduli

Fiqas said...

sebab sikap tak amik peduli la ramai jadi sampah masyarakat... err, menyimpang tajuk lak...

kita kecil tak semestinya kita tak ada power.. :D

Aretikz said...

Jangan jaga tepi kain orang!

itulah peribahasa yg xpatut2 kalau demi kebaikan sejagat.. hehe..

anies anessa said...

takot woo bila dgr berita nie...dgr kata tak bole kna hujan...takot berlaku radiasi...

forever love said...

huhuhu..mintak dijauhkan lah tsunami tue

cikmimmie said...

sunah..
kat msia aa reaktor tenaga nuklear...walaupun tidak secanggih negara luar..tp rektor kita yg ada di Agensi Nuklear Malaysia pun dh mampu untuk kita banggakan..sy staff Agensi Nuklear Malaysia. .. ;)

cikmimmie said...

di jepun sekarang..bila reaktor mereka meletop..yg membinmbangkan adalah radiasi yang berterbangan bebas ke udara akan menjadikan hujan asid sekiranya bercampur dengar hujan...nauzubillah..radiation ni sgt bahaya untuk manusia..sama-sama doakan semoga dipermudahkan segala urusan dibumiNya..

Sunah Mohammad said...

@Miss Ran

hurm..tu la...

cikmimmie said...

para pegawai penyelidik di ANM tak pernah membincangkan soal bom dari nuklear kat msia ni..jadi..kat msia ni Nuklear bukan buat bom ye anak-anak..jangan salah anggap..carilah sumber yang betul untuk mengkaji fakta mengenai nuklear di malaysia... ;)

Sunah Mohammad said...

@Fiqas

hehe...boleh saje tu...:D

Sunah Mohammad said...

@Aretikz

yup! memang tak patut...!

Sunah Mohammad said...

@anies anessa

jangan risau tentang tu...:)

Sunah Mohammad said...

@forever love

ameen...

Sunah Mohammad said...

@cikmimmie

ops! tersilap! thanks, sat saya betulkan soklan dia...:)

cikmimmie said...

http://www.nuclearmalaysia.gov.my/

sama-sama kita amik peduli.. ;)

shahjiehan said...

laaa igtkan ade org yg nk ckp2... rupa2 nya just a video.. but nice !!

Sunah Mohammad said...

@cikmimmie

yup, takde buat senjata..just tenaga nuklear..

sebab tu dia persoalkan, kenapa kita nak bincangkan isu senjata nuklear ni, sedangkan malaysia takde buat benda tu..tak efek katanya...

apa pendapat akak?

Sunah Mohammad said...

@shahjiehan

takde cakap2..hehehe...

iniialahaku said...

ambil tau tpi jgn gelojoh...haha..

qasehraihan said...

jadi...kenala amik peduli...hoho

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/03/apa-bestnya-bila-dah-keje-dan-ada-duit.html

Farhana Sahri said...

ntuk mase dpn..

... said...

as salam..
ya~
kita kena ambil peduli.sebab bila dah sebut je kemalangan atau apa saja yang berkaitan dengan nuklear,ia menimbulkan ancaman kepada kehidupan sejagat.

quote(kesilapan fakta):

"yg membinmbangkan adalah radiasi yang berterbangan bebas ke udara akan menjadikan hujan asid sekiranya bercampur dengar hujan"

kesilapan fakta disini. yang membimbangkan sebenarnya adalah apabila sumber bahan bakar radiaktif(nuclear fuel) terbakar bersama-sama rod pengawal(rod neutron). walaupaun hanya bahan api nuklear sahaja yang terbakar, ia boleh menghasilkan debu-debu radioaktif. debu-debu ini yang berterbangan diudara sebenarnya bukan menghasilkan hujan asid.tiada istilah hujan asid jika ia diresap oleh sumber bahan radioaktif.huja asid itu sendiri sebenarnya terhasil dari pembakaran arang atau sebagainya yang menghasilkan sulfur dioksida. ianya gabungan antara wap air dan bahan tercemar seperti nitrogen dioksida dan sulfur dioksida. secara umumnya, hujan adlah sedikit berasid.tetapi hujan acid adalah berlainan maksud.berbalik kepada hujan radioaktif,sebaliknya ia meng-ionkan wap2 dalam udara lembap yang berada diatas bumi(meresap bersama lembapan) dan seterusnya turun ke bumi sebagai hujan radioaktif. hujan radiaktif ini sebenarnya adalah sebahagian dari partikel-partikel.dan..radiasi ini bukan 'berterbangan' bebas diudara.yang 'berterbangan' sebenarnya debu-debu.dan ia bergerak pada satu arah sahaja jika tiada halangan pada sebahagian struktur atom dalam debu itu.bagaimanapun, arah sinaran bagi debu-debu ini boleh diaruhkan ke arah lain dalam keadaan tertentu.

kesilapan fakta, boleh menyebabkan pembaca menerima bulat2.

... said...

jika nak dijelaskan mengenai fizik nuklear, kena minta penjelasan pakar di MINT dan UKM(FST sains nuklear). saya bukan dari bidang ini. sekadar memperbetulkan fakta yang kurang tepat.

terima kasih sebab sudi berkongsi fakta dan kesannya terhadap kehidupan

cikmimmie
=)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.