BLOG ENCIK SUAMI

Monday, October 10, 2011

Antara Uniform dan Nyawa Manusia...

Baywatch by ~davila on deviantART

Ada soalan yang menyebabkan entri ini keluar hari ini.

Kerana saya teringat akan perbincangan yang isinya hampir serupa dengan soalan yang diutarakan. Saya olah semula apa yang dibincangkan, biar lebih mudah untuk difahami semua.

Petang itu, seperti biasa kami ke kuliah tafaqquh di masjid kampus, ustaz yang akan memberi kuliah petang itu nyata amat disenangi semua. Setiap kali turn dia untuk berkongsi ilmu, bilik kuliah mesti penuh hingga ke belakang.

Sewaktu kami sampai, kuliah telah berjalan selama lebih 15 minit. Ketika itu, bilik kuliah sepertinya lebih hangat dari biasa dengan isu yang dibawa. Oh, ustaz berbicara tentang isu tabarruj dan penampilan muslimah masa kini rupanya.

"Ustaz, salah ke bermekap?" antara soalan yang keluar dari mulut sahabat.

Ustaz menjawab, tak salah untuk bermekap. Wahhh! Gembira semua gadis di luar sana! Tunggu dulu...bermekap katanya tidak salah, asalkan tidak berlebih-lebihan. Bermekap atau touch up lah sedikit wajah kamu sekadar bagi nampak kemas dan bersih dari 'jelaga'. Muslimah pun kena jaga ketrampilan. Satu perkara yang menarik hati saya, bila ustaz memberitahu pada zaman macam ni, perlu mekap sedikit, kalau tak nanti lambat dapat jodoh. Erk! Faham-fahamkan sendiri lah ye.

"Ustaz, apa hukumnya kalau bekerja dengan pakaian ketat?" lagi soalan menarik dari sahabat.

"Ustaz nak kongsi satu kisah. Ustaz ada seorang kenalan perempuan yang kerjanya seperti baywatch. Tahu kan baywatch kerjanya macam mana? Duduk tepi pantai jaga orang ramai. Dia pun pernah menyuarakan pandangan rakan-rakan tentang cara kerjanya. Tidak sedikit yang mengutuk dan mengeji. Kerana melihat uniformnya yang ketat dan menampakkan susuh tubuh.

Ustaz bertanya dia kembali, tentang pandangannya pula. Memang dia pernah berfikir tentang itu sedalam-dalamnya. Namun dia tidak berganjak, tetap di situ kerana kalau bukan dia yang berada di situ untuk menjadi penjaga pantai, siapa yang akan menyelamatkan golongan wanita jika berlaku apa-apa. Hanya dia seorang dari kaum Hawa yang datang mengisi pekerjaan itu kerana hanya dia yang punya kemahiran lebih dari orang lain."

Kerana itu, ambil aspek ikut kepentingan di sini. Nyawa itu daruriyyat, dan pakaian yang dipakainya pula adalah untuk memudahkan dia membuat kerjanya. Dari segi kelebihan pula, sekarang ini ada banyak pakaian renang muslimah yang lebih menutup.

Jika kamu berupaya untuk memilih yang lebih baik dari itu, maka putuskanlah...




34 comments:

aimie amalina said...

ooooo
byknye input niii =]
makanye...utamakan nyawa la ye..
tap betol..pakaian reng muslimah dah ade kan..so..bole memudahkan keje nye..

Niena Pengembara Ilahi said...

:)

Sunah Sakura said...

@aimie amalina

kalau betul hanya dia seorang saja yang boleh buat kerja tu dan dah takde orang lain yang boleh gantikan tempatnya...

bukak bab fardhu kifayah pula...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

alhamdulillah.....kena fhm sedalam2nya.

Diana @ bilakukatacinta said...

itu kalau keje baywatch lah ye? kalau keje opis..ape lak keperluan nak melaram habis-habisan cam nak catwalk?....

fikirkan dan selamat beramal....hehe

aimaniman said...

akak suka blog ni, banyak info dan islamik.. akak suka baca sampai abis...

Kalamhati said...

alhamdulillah..jelas dan terang..syukran!=)

Iffah Afeefah said...

Mcm nursela

ai br tfkir ble tgk dorg

Sunah Sakura said...

@Diana @ bilakukatacinta

aha...saya suka pembaca berfikir sampai macam ni... :)

H.J said...

saya pom nak jadi baywatch la kak sunah..haha

ciK LyndaWawa said...

betul2...sekarang memang banyak pakaian untuk renang para muslimah...nak tak nak je.....

Adzrien Shoppe said...

setuju..takkan lelaki yg nak selamatkan. mungkin pakaian kena adjust sikit kot.

Eika Arysha said...

input yang bernas.....islam itu agama yang indah...

fRaMe+LenSeS said...

Atas diri sndri kn boss. Macehn ilmu y sgt bguna

ShafiqIzwan said...

tak pernah plak nampak baywatch pompuan kat malaysia. haha.

maszull said...

salam sunah...menarik yer...uniform itu utk kegunaannya dlm menyelamatkn kaum wanita yg perlukn bantuan...bykkn baju renang muslimah skg...:)

sYafIk-wAy said...

ouhh secara perlahan-lahan memahami sal islam bile baca blog ni . heee

Wena Tupperware's said...

camner kalau kerja tu mcm polis,kastam,tentera.kerja tu kan memerlukan lelaki?kalau kaum wanita dah tentu kita dapat lihat pakaian depa perlu ikut bentuk tubuh bdn dan agak "seksi".sedangkan kerja tu tak sesuai utk pompuan?

Sunah Sakura said...

kita kena renung balik sirah Rasulullah s.a.w, ada di kalangan muslimah yang turut membantu dalam peperangan, contohnya Nusaybah binti Ka'ab...jadi tak menjadi masalah di sini untuk perempuan turut bersama-sama menjaga keselamatan negara...masa menulis ni pun saya turut mengambil kira kalangan polis dan tentera seperti yang Wena utarakan...

Cuma saya letakkan di hujung perkongsian, "Jika kamu berupaya untuk memilih yang lebih baik dari itu, maka putuskanlah..." :)

Solihin Zubir said...

pakai jubah yg senag tanggal mcm jubah tido tu, dalam tu pkai baju renang muslimah..

bila ada kecemasan, baru londeh.. :D

Ana Farhana said...

nice nice...

:))

tamlegend said...

betoi2...tapi part mekap tu cik tam lg suka pompuan tak mekap...bio cantik semulajadi...hehehe.

Woofer Storm said...

memilih yang terbaik kan lagi bagus...

APi said...

kena berfikir sedalam dalamnya ni..
tapi saya bukan apa, risau perkara macam ni akan dijadikan alasan untuk orang lain pula nanti..

Muslimah Optimis said...

rukhsah dalam islam kan.. Islam itu memudahkan

Qaseh dalia adelia said...

hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

hyazz said...

pilihan di tangan kita sendiri..pandai pandai lah dalam menjaga aurat

mas saari said...

jadi ikutlah keperluan tuntutan kerja kan? kalau tak perlu tu, janganlah nak seksi2 dan ketat sangat!

wan zuliyana is apel said...

kalau perempuan islam bertudung dan menutup aurat nak involve dalam dunia hiburan, contohnya nyanyian, macam mana pulak?

salah ke kalau perempuan yang menyanyi tu anggap apa yang dia buat tu satu kebaikan? Em. .nak buktikan yang walaupun cari rezeki dalam dunia hiburan, kita masih boleh menjaga aurat? huu

Sunah Sakura said...

@wan zuliyana is apel

kene tengok balik, aurat wanita tu dari mana ke mana...suara wanita yang dilunak-merdukan juga aurat... :)

LadyBird said...

perkongsian yang menarik.. ulasan pun simple.. mudah tuk d fahami.. tq yer atas nasihat dan nukilan yang berguna ini..

sergeant keroro said...

nice!

efa nur said...

nice entry..^^

kak,thanx kongsi ilmu :)

jejaka J said...

klo sebut sal uniform aq suka tgk pompuan beruniform.kebanyakan pompuan beruniform ni nampak tegas cth cam polis n' askar.tambah lg kalo pegawai muda,tampak kemas segak bergaya.kalo ada awek2 polis@askar yg single mingle blh ejas kt aku.lagipun gaji dorg besar hohohohoho.

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.