BLOG ENCIK SUAMI

Friday, October 7, 2011

Eh, Ustazah! : Amanah

Malam tu ada kelas tambahan, ustazah mengajar kelasnya macam biasa. Sampai la habis kelas, anak-anak murid ustazah semua da sedia nak balik. Ustazah mengucap salam untuk semua. Anak-anak murid pun jawab salam. Tinggal la beberapa orang anak murid yang macam nak tanya sesuatu.

Nasri: Ustazah, kitorang nak tanya sesuatu ni. Boleh ke?

Ustazah: Nak tanya apa tu, berkaitan dengan tokoh Islam tadi ke?

Nasri: Ermmm...ade la sikit-sikit.

Anum: Ha'ah ustazah. Nak tau sikitttt je~

Ustazah: Ape bendanya tu?

Nadzri: Camni ustazah, tadi ustazah cite pasal anak gadis penjual susu yang amanah masa zaman Khalifah Umar al-Khattab, ape pulak kisah lain yang menunjukkan amanahnya seorang pemimpin negara Islam ni?

Ustazah: Aha, soklan yang bagus sekali dari kamu. Sayangnya, kenapa tak tanya dalam kelas tadi? Bagi kawan-kawan lain dengar sekali...

Anum: Baru je terfikir ni, ustazah. Hehehe...

Ustazah: Owhhh... Hurm, ape yang kita semua sedia tahu, ada sorang lagi Khalifah Umar yang jadi pemimpin, iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz. Dah namanya pemimpin, tentulah kerjanya macam Perdana Menteri kita, duk kat ofis uruskan segala pentadbiran negara.

Nasri: Aha... Bajet 2012 pun dia uruskan kan?

Ustazah: Aha, tau jugak kamu benda tu ye. Bagus anak murid ustazah ni. Ada satu malam tu, masa Khalifah Umar tengah buat kerja, anak lelaki dia datang jenguk kat istana.

Nadzri: Eh, dia nak buat ape datang jumpa ayah dia?

Ustazah: Ha... Khalifah pun tanya benda yang sama jugak kat putera dia. Dia tanya, atas urusan ape anak dia datang ke istana. Anak dia cakap, nak bincang sikit urusan keluarga.

Nasri: Ooo... Lepas tu?

Ustazah: Sebaik saje anak dia duduk, Khalifah Umar menutup lampu mejanya.

Anum: Eh? Tutup lampu? Tak ke gelap tu??? Kenapa nak tutup?

Ustazah: Sama dengan soklan putera Khalifah Umar pada ayahnya. Khalifah pun gitau, lampu yang dia guna untuk bekerja jap tadi tu kepunyaan kerajaan, minyak yang dibeli untuk nyalakan lampu tu guna duit kerajaan gak, sedangkan benda yang dia dengan anak dia nak bincangkan tu pulak urusan keluarga.

Nadzri: Ehhhhh, jadi berbincang dalam gelap aje la?

Ustazah: Tak lah, Khalifah mintak pembantunya bawakkan lampu lain dari dalam bilik dia. Bila da nyalakan lampu tu, dia gitau anak dia, ha...yang ni lampu keluarga dia, dibeli dengan duit diorang sendiri, so da tak gelap dan boleh la start berbincang.

Nasri: Subhanallah! Sampai macam tu sekali ye amanahnye Khalifah Umar Abdul Aziz!

Ustazah: Yup, sebagai seorang pemimpin Islam, tentu saja Khalifah sangat takut dengan azab Allah kalau tak amanah.


Ustazah: Segala ape yang Allah bagi kat kita, kenalah manfaatkan betul-betul. Guna ikut peraturan dan hukum yang Allah dah tetapkan, barulah kita akan rasa ketenangan dan kedamaian dalam jiwa kita.

Anum: Takutnya jadi pemimpin, bila-bila masa je kaki kita masuk neraka sebab tak jaga amanah, kan ustazah?

Ustazah: Betul tu. Rasulullah s.a.w pun ada pesan...


Nasri: Allah... Bila bincang macam ni, baru nampak betapa beratnya amanah Allah kepada kita kat muka bumi ni. Tapi dalam macam ni pun masih ramai yang tak jaga amanah.

Ustazah: Hurmmm...sebab tu, kena la ingat selalu, semua benda yang kita ada kat muka bumi ni Allah bagi pinjam aje. Nanti kita kena bagi balik kat Dia dengan keadaan yang baik sebagaimana Dia bagi kita mula-mula dulu.

Anum: Insya'Allah kami nak jaga amanah baik-baik lepas ni.

Nadzri: Kalau saya lupa, tolong ingatkan ye?

Ustazah: Sama-sama la kita ingatkan satu sama lain, insya'Allah...


Amanah Allah untuk kita sebagai hamba bukan hanya dalam aspek kepimpinan, malah ruang lingkup amanah Allah sangat luas meliputi semua aspek dalam kehidupan kita. Segala apa yang ada di sekeliling kita adalah amanah yang wajib kita jaga seeloknya. Peliharalah amanah-amanah ini dengan sewajarnya, kita tidak tahu amanah yang mana satu akan ditanya kepada kita di akhirat kelak. Wallahu'alam.


15 comments:

JIJI YU said...

kita sendiri adalah amanah tuhan untuk kita

aimie amalina said...

=]
maceh ingatkan mimi kak
emm..mate makin rabun
x jage leklok amanah Allah..
=(

Si GaJus!!!= said...

begitu susahnya jadi pemimpin.. bukan semata-mata untuk bersuka ria... kalaulah amanah betul2 dijaga...ermmmm

zahidah seran said...

semoga kita dapat jaga amanah yang dipertanggungjawabkan...=)

fRaMe+LenSeS said...

Amanah. Terima kasih ingatkan nadh boss

IBU GEBU said...

sungguh menyedarkan & menginsafkan...

sesungguhnya hidup & matiku hanya kepada Allah

ieyza afieyna said...

bagus share entry mcm nie kn..
yg bole bagi kesedaran kepada manusia ;)

anamizu said...

subhanallah peringatan indah :)
terime kaseh kak sakura :)
semoga kita menjadi pemimpin yg amanah sejujurnya :)



luv,
cik ana

nuruashia ♥ said...

amanah adlah perkara plg berat nk dilaksanakan huhuhuh

Iffah Afeefah said...

Terase. Okbai

Atiqah Farhana Safian said...

sebegitu berat sekali amanah.. entah2, kita nie sendiri masih jahil dalam memegang amanah dalam apa jua keadaan.. Wallahualam.. Minta dijauhkan daripada segala keburukan..

ir prof dr alia rosli said...

belajar pon amanah

kalaw berkawan?

FasiHaH SupiaN said...

semuanya amanah dan kita akan dipersoalkan nanti....

Kalamhati said...

syukran ustazah..tiba2 rasa takut..huhu

maszull said...

salam sunah...semoga segala amanah yg telah diserahkn pada kita akan kita jaga dgn baik jgn khianati amanah itu...:)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.