BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, October 15, 2011

Antara Ilusi dan Realiti

thirsty cherry blossoms by ~4dam on deviantART

Hujan
Baunya hangat
Titisnya basah
Bunyinya menitik-nitik
Anginnya mencengkam

Bumikah yang menangis?
Atau sebenarnya...
Langit yang sedang merintih?

Kadang-kadang guruh menjerit marah!
Silau cahaya kilat terlebih dahulu menghasut dalam diam
Lalu awan terluka dan menyimpan dendam kelabu
Berat...berat hingga menujah-nujah rasa!
Hingga terlepas semuanya...

Namun...
Bayangan itu hanya ilusi!

Di luar sana
Realitinya...
Hujan rahmat sedang turun
Tenang membasahi bumi
Dan matahari pun menunggu
Untuk bertemu pelangi si penyeri
Dalam bila-bila masa yang begitu dekat...


17 comments:

Niena Pengembara Ilahi said...

Hujan...tpi ada yg tdak bersyukur dgn kehadiran hujan

IBU GEBU said...

pada setiap senja yang berlalu, suria pasti akan menjelma kembali...

Gen2Merah said...

fenomena alam.. begitulah juga kaitan dengan kehidupan manusia.. ada pasang dan ada surutnya...

APi said...

hujan..
terlalu banyak simboliknya..
kadang kadang duka..
kadang kadang suka..
terpulang pada emosi manusia tatkala hujan itu tiba..

namun itu hanyalah ilusi..
realitinya, ade yang tersirat untuk dierti.. =]

Selendang Merah said...

hujan membawa seribu rahmat kepada manusia..tiada hujan maka segalnya akan mati..kehausan.

shida said...

puitis
:)

Subhanallah semua itu Allah tentukan

sYafIk-wAy said...

saya suka mandi hujan yang lebat , sonok !!!

penulis senja said...

mak aiiiiiiiiiii ,... best nyer puisi

cik pulau said...

hari ni kat sini tak hujan..^^,

mas saari said...

suka hujan...sejuk je!

EYQASARA said...

walaupun sekecil zarah yg terjadi tu ada sebabnye.. sgt suka n3 nie~ :)

Mat Gebu said...

Hmmmm....

fRaMe+LenSeS said...

dalam tidak sebenarnya seribu satu makna sedang dititipkan bila tiap kalu turunnya hujan itu. moga kita bukan dari kalangan yang membelakangi ALLAH dari perjalanan hidup.

maszull said...

salam sunah...alhamdullilah syukur atas segala limpah kurnia dari Allah hujan satu rahmat dariNYA....:)

[sutera kasih] said...

Hujan itu rahmat :)

FasiHaH SupiaN said...

berprogram dgn hujan hari ini..tapi tetap berjalan lancar..Allah maha pemurah kan....

aimie amalina said...

sukeeeee je bce ni
hujan dan hujan... =]

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.