Jagalah Pandangan Matamu Yang Bernilai... - Sunah Suka Sakura dot com

Post Top Ad

Tuesday, October 4, 2011

Jagalah Pandangan Matamu Yang Bernilai...

Saya hanya perlukan 5.47 minit masa kamu untuk menonton video ini sehingga habis.



Sangat berbeza sekali pandangan seorang yang kufur terhadap seorang ahli ibadah dengan pandangan seorang ahli ibadah terhadap seorang yang kufur.

Kerana yang kufur itu apabila terpandang ahli ibadah, berpaling wajahnya kerana rasa malu pada Allah ta'ala, rasa rendah dan kerdil dirinya yang kurang amalan dan banyak dosa. Lalu terbit rasa bersalah pada Tuhannya atas kealpaan dan kelalaiannya selama ini.

Sedangkan ahli ibadah itu apabila terpandang yang kufur, berpaling wajahnya kerana rasa jijik dan hina sekali melihat pelaku maksiat di hadapannya, tidak semena-mena pandangan itu sebenarnya menghinakan pelaku maksiat itu lebih daripada maksiat yang telah dilakukan olehnya.

Berhati-hatilah dengan pandangan matamu. Kerana dari pandangan matamu itu Allah melihat hatimu. Jagalah sepasang matamu. Kerana matamu itu sangat bernilai (minit 4:15)... Sungguh, sesiapa yang tidak tersentuh di hatinya dengan nilai sepasang mata yang Allah kurniakan ini, mohonlah kepadaNya segala keampunan kerana mungkin saja hatimu sudah begitu lemah oleh maksiat dan dosa. Naudzubillah...

Gambar ehsan Google

"Ya Allah,
kami memohon wahai yang membolak-balikkan hati dan mata
tetapkanlah hati kami dalam agamaMu
wahai yang membolak-balikkan hati dan mata
tetapkanlah hati kami dalam agamaMu
ilhamkanlah kepada kami sedangkan Engkau adalah pemiliknya
dengan kelebihanMu dan kebaikanMu

Ya Allah, sucikanlah hati kami dari kesemua
yang tidak patut dan yang kurang sopan terhadapMu

Ya Allah, peliharalah pandangan kami
daripada pandangan yang Engkau tidak redhai
peliharalah ia dari pandangan yang haram
peliharalah ia dari memandang dunia dengan pandangan kebesaran
peliharalah ia dari memandang salah satu dari ciptaanMu
dengan pandangan kesombongan dan kehinaan

Ya Allah, jadikanlah pandangan kami di dunia
memandang ke arah ketaatan
sehingga dimuliakan kami
memandang wajahMu yang lagi mulia
sehingga dimuliakan kami
melihat Saidina Muhammad s.a.w
sehingga dimuliakan kami
melihat mereka yang benar
dan mereka yang mencintai di sisiMu
yang tergolong dari mereka yang diterimaMu

Ya Allah peliharalah hati kami
sepertimana Engkau memelihara hati-hati orang yang benar
dan jadikanlah kami berdiri di atas jalan-jalan mereka
wahai yang Maha Mulia
dengan kasih sayangMu yang Maha Mengasihani dari yang mengasihi
dan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad
serta ahli keluarga dan sahabatnya
dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Ameen...

25 comments:

  1. salam,,

    angah, along copy doanya neh,,
    ni mmg doa dr Imam habib tu kan?

    :)

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam along..

    aha, memang doa yang dia baca dalam tu... :)

    ReplyDelete
  3. angah2..nak donlot buleh tak..

    ReplyDelete
  4. @JIJI YU

    donlod je le nkoo ni..ko nak jadi ape ni? acik ke? hahaha

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah... trima ksih kak sunah.. best entry,, mengingtkan sesama muslim... :)

    ReplyDelete
  6. insyallah...moga kita terpelihara dari memandang dan menghina orang!

    ReplyDelete
  7. alamak cik ana xleh tgk :(



    luv,
    cik ana :)

    ReplyDelete
  8. angah.. tersentap dengan entry angah nie.. thanks berkongsi.. hehe

    ReplyDelete
  9. salam sunah...mama suka n3 ni lah...:)

    ReplyDelete
  10. terasa insaf menusuk ke hati..

    thx atas peringatan kak sunah

    ReplyDelete
  11. pandangan mata berkait dengan nafsu yang memang susah untuk dijaga..
    khilaf manusia

    ReplyDelete
  12. insyaALLAH.. ;) sama-samalah kita menjaga pndgan..

    thanx untuk entry..

    ReplyDelete
  13. Sunah ke kak Ngah y digembar- gemburkan ostad jiji tu ??

    ReplyDelete
  14. saling mengingati...terima kaseh..=]

    ReplyDelete
  15. Thats why i like to read you blog dear..full info ;) nak share k...

    ReplyDelete
  16. jom singgah ke blog saya ada pelbagai info2 terkini lagi menarik hati,..
    antara info hari ini di blog macamnilahkita.com
    ''apple lancar iphone 4s''
    ''india lancar komputer tablet murah''
    ''belanja rm2juta utk atasi bersih 2.0''
    ''gua kelam ditutup hingga tahun depan''
    jom ramai2 pakat terjah blog saya,..

    ReplyDelete
  17. amin ya rabbal alamin..

    pandang kehinaan pada maksiat tp bukan si pelaku maksiat

    pandang kehinaan pada kekufuran tp bkn pada si pelaku kekufuran..

    subhanallah...

    ReplyDelete
  18. amin...hmm mmg sush nk jga pndgn tnpa k'imnn y tguh.

    ReplyDelete
  19. nice entry sunah.. sama2 la kita renungkan.. :)

    ReplyDelete

Dah abis baca tadi? Terima kasih sebab tinggalkan komen~ ;)

Post Bottom Ad