BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, October 25, 2011

Sangat Bosan Dengan Hidup!

Autumn and colors by *ferrohanc on deviantART

Bosan dalam hidup?

Kadang-kadang, kita rasa hari-hari kita begitu kosong, hati rasa tidak punya hala tuju, setiap detik yang berlalu dirasakan begitu lambat merangkak, tidak satu pun perkara yang kita lakukan dapat mengisi rasa kosong tu. Musim sejuk yang kita nantikan tak kunjung-kunjung tiba. Dan dedaunan terus meluruh satu persatu dengan warnanya yang semakin perang keemasan.

Kita masih juga rasa kosong...

Bila rasa bosan dan kosong, cuba tanya diri kita, kenapa kita rasa macam tu? Betul ke dah takde kerja lain nak buat sampai rasa sangat bosan melampau-lampau? Betul ke da takde ape yang boleh kita buat untuk isi masa yang dibiarkan kosong tu? Takde ke cara lain selain dari yang biasa-biasa kita buat, untuk penuhkan masa lapang tu? Dah cukup terisi ke masa-masa kita yang dah berlalu?


Kadang-kadang, rasa rendah diri sangat-sangat; sebab bila bosan, barulah ingat nak beramal dan buat perkara-perkara sunat yang lain. Bila bosan dengan dunia aje baru ingat nak isi masa tu untuk DIA. Bila bosan aje baru ingat nak baca al-Quran dan buku-buku ilmiah. Kenapa lah semua tu jadi pilihan terakhir lepas benda-benda lain?

Muhasabah bersama... Entri ni tidak lain tidak bukan untuk diri sendiri... Jika ada manfaat untuk kamu-kamu semua, ambillah sekali. Sama-sama renungkan amalan masing-masing.


P/S: Sangat risau kalau rasa bosan menjengah masuk ke dalam diri...

##tolong jangan komen kamu bosan kat entri ni...kurang senang hati ni membacanya...


28 comments:

Niena Pengembara Ilahi said...

kekadang pnah jgak rasa bosan dlm hidup.. tapi smpat 'kembali' .. erm, nyawa ni bukan percuma walau kebanyakan org rasakannya percuma...biasanya mcmtu lah, ramai yg memilih melakukan amal ibadah slps rasa bosan tatau nk wat apa.. selalu dgr camni.. "bosan sangat lah..xtau nk watpe..sbbtu baca buku ustaz nie" atau "bosan sgt la...xtau nk buat apa sbb tu baca quran"

mas saari said...

pernah gak rasa camtu! tapi tak naklah mengeluh sangat..

akak cuba buat sesuatu yang berfaedah agar tak rasa bosan..

Eera Shera said...

malu pada sang Pencipta..

JIJI YU said...

bosan sbb tak knal diri dan pencipta

Iffah Afeefah said...

Erm da mula rase bsn

Solihin Zubir said...

bila bosan baca Quran.. itu lebih baik drp bila bosan, tidur... bila bosan, ngadap laptop.. bila bosan, main game.. bila bosan, keluar berjimba..

maszull said...

assalamualikum sunah....menjerit salahsatu untuk menghilangkn bosan jerit sepenuh hati yer....byk juga cara2 yg lain utk menghilangkn bosan....:)

Tea said...

Ketika kita bosan dgn hibdup, mungkin mati sgt gembira mendengarnya..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tq adik...kadang2 mmg terasa camtu.tp bila ingat kembali tujuan kita ada kat bumi ni br dpt pujuk hati

aimie amalina said...

emmmmm
bosan juga...sebb x dpt keje lagi =(

syafiqakarim said...

kdg terfikir juga.bosan.tp bila tahu tujuan hidup,jadi mcm...yeay,teruskan juga

ieyza afieyna said...

x bosan ace entry ni..bosan kat KL ni.. hee

diana said...

kita sendiri yang buat diri kita bosan..hidup ini tak la membosankan kalau kita tahu cara nak mengisinya..

lieynanilaz said...

kita kena pandai untuk isi kekosongan itu...:)

Fathin Fazila Razali said...

hakikatnya.. hidup kita tak bosan.. tapi kita yang mebuatkan hidup kita ni jadi bosan.. kata2 hikmah dari ayah.. :")

fRaMe+LenSeS said...

moga dijauhkan ye boss.:) Amin

Gen2Merah said...

Bosan adalah jalan menuju kepada sifat malas... Hindari bosan dengan paksa diri utk membuat apa saja yang terlintas....

junko-el-hida said...

Hadirlah kesisi Allah dengan senyuman dan penuh kegembiraan. Pasti ibadah juga akan terlaksana dengan rasa penuh keseronokan dan keselesaan. Bosan?. Penting dalam hidup. Sebab tanpa rasa bosan yang diciptakan Allah pada hambanya pasti kita tidak akan tahu rasa erti menghargai waktu-waktu dan kenangan yang lalu..

cik pulau said...

ehmm.. sama2 muhasabah diri..
thanks tuk entri ni.
sekurang-kurangnya mampu ingatkan diri agar lebih dekatkan diri dngn DIA..^^,

Ujie said...

kdg2 mmg ada rasa bosan..bkn sbb takde apa nak dibuat. tp entahlah..

Woofer Storm said...

nice entry sis^^

bosan memang ada,bila asik buat benda yang sama..kalau bosan,buat benda lain pula..yang penting,Jangan pernah bosan,kerana allah sntisa menemani kita^^

FaKArePa!n said...

jgn bosan dgn hidup..

FasiHaH SupiaN said...

sem ni macam xsempat nak rasa bosan angah...full schedule, kejar dateline je...ish3....angah, daun mapple! hihi ade 1, dari kanada. hehe

muiz Kau said...

Bosanlah aku takda kawan..macam kera sumbang nie semua sebb penyakit sad...penyakit ini membuatkan hidup aku hancur dan tak berguna lagi....lebih baik aku tamatkan riwayatku...apa nak takut mati sekali jew...

muiz Kau said...

Bosan

muiz Kau said...

Bosan

muiz Kau said...

Bosan

FiNa Woo said...

Sekarang saya rasa bosan and sedih..mungkin saya selalu jauh daripada Allah...and saya ada masalah sebab saya suka pada seseorang...tapi saya tahu dia tiada apa-apa perasaan pada saya...dah la sekarang dia belajar di Rusia...saya tak tahu nak buat apa...

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.