Say You're Sorry... - Sunah Suka Sakura dot com

Post Top Ad

Friday, October 7, 2011

Say You're Sorry...

I'm sorry by ~Gothicbarbie13 on deviantART

"Say you're sorry
That face of an angel comes out
Just when you need it to
As I pace back and forth all this time
'Cause I honestly believed in you..."

Meminta maaf dan memaafkan. Bila dua pihak berselisih faham dan ada hati yang terluka, tak sekejap, lama-lama akan ada yang meminta maaf dan memaafkan. Kadang-kadang bukan juga kerana selisih faham, tetapi bila ada sesuatu yang silap dilakukan (sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja) hingga mengguriskan hati salah satu pihak, kata maaf juga akan terkeluar.

Meminta maaf dan memaafkan. Satu proses untuk mencapai kedamaian. Mesti semua perasan kan, bila berlaku perselisihan faham, hati tidak tenang dan resah gelisah sentiasa. Tambahan pula, apabila kita bercanggah pendapat dengan teman baik sendiri, tentu la susah hati berhari-hari selagi tak ada kata maaf terkeluar dari mana-mana pihak.

Meminta maaf dan memaafkan. Dua kata kerja yang sangat sukar untuk dilakukan. 

Meminta maaf dan memaafkan. Jika dibiarkan begitu sahaja pergaduhan dan perkelahian tanpa penghujung, putuslah hubungan sesama manusia, berpecah-belahlah umat Muhammad s.a.w dan bergelak ketawalah syaitan angkara kesombongan dan kebodohan manusia. Semuanya kerana manusia terlalu ego dan tinggi diri, terlupa bahawa ada yang Lebih Tinggi dan Lebih Besar darinya.

Meminta maaf...tidak semestinya bermaksud kamu silap dan pihak yang satu lagi itu betul, tetapi kamu meminta maaf dan memaafkan kerana sayangkan hubungan yang terbina itu hingga meletakkan ego kamu serendah-rendahnya...

Betul?

Fikir-fikirkan....


P/S: Manusia selalu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

20 comments:

  1. kadang2 kita xmampu nk memaafkan org..tpi sbnrnya memaafkan org itu terlalu indah...untunglah sesiapa yg mempunyai sikap itu, pemaaf

    ReplyDelete
  2. slalu berada di pihak yg meminta maap walaupun tak salah..

    huhu

    ReplyDelete
  3. kalau orang buat salah ngan akak memang susah akak nak maafkan, kena ambil masa sikit! huhuhuhuuu

    ReplyDelete
  4. maaf adalah perkataan paling simple dan paling bermakna..

    ReplyDelete
  5. kalo cam aku ni..takkesah la apa org wat..ehehe..camne tu kak

    ReplyDelete
  6. Ni bace gne mate

    jd masuk mate dedue kua celah ne sunah haha

    ReplyDelete
  7. terima kasih kak sunah...memang manusia selalu lupa..macam kita juga..dan kene selalu ingatkan bersama kita-kita..

    ReplyDelete
  8. kak limah pon xkesah org nk bt ape kt kak limah asalkan xjejaskan hidup hohoho..tapi kalo tang nak maapkan org tu susah gk ah ahhahah~

    ReplyDelete
  9. ya.. kadang2 kita meminta maaf sebab kita sayangkan hubungan tu walaupun kita tak buat salah.. sebab sayang sanggup kita turunkan ego

    ReplyDelete
  10. aku stuju dgan ayat ni "Meminta maaf...tidak semestinya bermaksud kamu silap dan pihak yang satu lagi itu betul, tetapi kamu meminta maaf dan memaafkan kerana sayangkan hubungan yang terbina itu hingga meletakkan ego kamu serendah-rendahnya..."

    haha.. aku slalu mintak maaf jika aku tersakitkan hati kawan2.. i'm sorry

    ReplyDelete
  11. maaf
    minta maaf
    dan memaafkan
    due2 memerlukan pengorbanan yang paling besar lahir dr hati...

    ReplyDelete
  12. seperti yang pernah dikatakan, maafkan orang lain sebelum tidur adalah amalan yang baik..
    kita tidur dalam hati yang bersih..

    ReplyDelete
  13. blaja memaafkan insyaAllah hati jg tenang.. =)

    ReplyDelete
  14. ya ALLAH, thanks kak. nie la yang alia dok cari

    tappi macam mana nak mula?

    ReplyDelete
  15. memang..bukan mudah............

    p/s: angah, ape keyword2 angah??hehe

    ReplyDelete
  16. salam sunah...memaafkn adalah salah satu perkara yg baik....

    meminta maaf x beerti kita berbuat salah atau sebaliknya tapi kerana keberanian kita...:)

    ReplyDelete
  17. moga saya dikurniakan sifat2 tu,..
    kadang2 senang nak maafkan, tapi payah nak lupakan..

    rasanya sy kena belajar lagi apa erti ikhlas yang sebenarnya...^^,

    ReplyDelete

Dah abis baca tadi? Terima kasih sebab tinggalkan komen~ ;)

Post Bottom Ad