Thursday, October 13, 2011

Saya Tak Minat Politik!

I Hate Politics by ~Gallade100 on deviantART

Makan lewat malam...

Tak baik untuk kesihatan, tapi sebiji burger dah selamat masuk dalam perut. Alhamdulillah.

Ops, bukan nak cakap pasal burger yang sedap tu, tapi terfikir sesuatu. Beberapa hari lepas berborak dengan housemate pasal satu page kat FB ni. Bagus orang yang buat page ni. Itu pun saya tau daripada entri blogger Solihin Zubir.

Page 50 Ahli Politik Malaysia Paling Berpengaruh. Kat dalam tu, kamu-kamu boleh Like ahli politik mana yang kamu-kamu rasa paling berpengaruh kat Malaysia. Ada ramai ahli politik dalam tu termasuklah Najib, Mahathir, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Pak Lah, Karpal Singh, Nurul Izzah, dan ramai lagiiii. Yang lama-lama pun ade. Kalo nak tau lebih lanjut pasal kajian ni boleh baca entri Solihin ye.

Ok, ok...ape yang jadi bualan kami masa tu adalah betapa ramainya orang menge'Like' gambar-gambar kat page tu. Dari gaya komen dan pandangan yang diberikan kat mana-mana pemimpin 'yang bertanding' kat dalam tu, bolehlah dilihat bahawa diorang ni adalah dari golongan-golongan muda dan para belia. Amat mengagumkan sekali bila ramai golongan muda yang da mula berfikir tentang politik. Maksudnya diorang tak melepaskan salah satu cabang yang memang perlu difikirkan sebagai salah seorang rakyat Malaysia. Yesss, saya salute!

Cumanya...kalau golongan muda ni, maksudnya da boleh mengundi la kan bila umur da cukup. Masalahnya, dari kalangan yang begitu kencang sekali bercakap ni, bila ditanya, "da daftar ke?" Dengan selambanya menjawab, "belum...nanti-nantilah..." Mungkin kerana mereka memikirkan satu undi dari mereka tidak akan membawa apa-apa makna kepada masa depan negara. Dan kadang-kadang alasan yang diberikan adalah, "saya tak minat politik!"

Part ni yang agak mengecewakan saya.

Come on lah, tak minat politik tak bermakna kamu boleh sambil lewa melepaskan amanah untuk memilih pemimpin!


P/S: Saya cakap sal politik kali ni, ade yang marah tak?

19 comments:
Write Comments
  1. terasa daku..sbb x mendaftarkan diri lg sbg pengundi..hehe

    ReplyDelete
  2. awak tak cakap pasal politik sunah... awak cuma menegur belia yg tidak mejalankan kewajipan mereka... dan itu adalah perbuatan yg murni...

    ReplyDelete
  3. kita nak mengundi tp xcukup umur lagi!
    xsabar rasa

    ReplyDelete
  4. shida tak minat politik...hahaha...
    tp still kene amik tahu pasal politik...:)

    penah gak jmpe page tu...tp x like lagi..heeee

    ReplyDelete
  5. klau sy layak mendaftar awal sy daftar dh...^_^

    ReplyDelete
  6. sudah daftar, parlimen ampang,...

    ReplyDelete
  7. tak cukup umo hu3 tunggu setahun gi..

    ReplyDelete
  8. kan, walaupun kita tak minat politik..tapi tu tanggungjawab kita utk mengundi.

    salah undi, rosak masa depan :D

    ReplyDelete
  9. akak tak pernah mendaftar tapi didaftarkan secara automatik..kalau nk mengundi pun, tetap mengundi yg satu tu biarpun bukan kita yg mengundi. sebab tu kawasan yg penduduknya majoriti ramai warga atm kita dpt lihat sape pemimpinnya.tpi betul,kalaupun kta xminat berpolitik, tapi memilih pemimpin tu tanggungjwb kte.

    ReplyDelete
  10. Tak minat politik tak semestinya kita tak perlu mengundi untuk memilih siapa yang layak memimpin kankankan :')

    ReplyDelete
  11. salam sunah....kita sebagai rakyat Malaysia ni haruslah menunaikan tanggungjawab kita pada negara...

    oleh itu pergilah mendaftar sebagai pengundi kalau dah cukup umur tu...kalau x minat politik pun kena juga pi mengundi tau...

    jgn ditanya apa sumbangan negara pada kita tapi tanyalah apa sumbangan kita pada negara yg kita cintai ini...:)

    ReplyDelete
  12. walaupun tak suka politik tapi sebagai rakyat kita ada hak dan tanggungjawab untuk menentukan pemimpin mana yang sesuai memerintah Kerajaan Malaysia...

    akak pun tak suka sangat baca bab2 politik ni tapi bila akak tetap mendaftar sebagai pengundi!

    seronok bila mengundi ni, kita akan rasa puas hati dah jalankan tanggungjawab kita..

    ReplyDelete
  13. uhuk..akak pn tgh terharu gak nie...




    tq ... :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com