Sekitar Bicara Buku Nisa' GP

Cantik kan banner tu? Sape nak tempah banner, contact saya. Nanti kita runding harga. Hahaha~ :p

Alhamdulillah.

Selesai sudah salah satu program besar Nisa' GP semalam. Ops, Nisa' GP tu ape? Bukan Grand Prix ye, tapi singkatan untuk cawangan Nisa' kat Johor ni, Gelang Patah. Kelab Nisa' ni salah satu NGO kat Malaysia khas untuk para wanita berumur 15-40 tahun, yang mana NGO pusat dia adalah Pertubuhan Nisa' Malaysia.

Peserta yang hadir, bapak-bapak pun hadooo...

Untuk program Bicara Buku yang semalam, Ustaz Fauwaz Fadzil datang bagi pencerahan tentang buku yang beliau terjemahkan, Fikh Kerahsiaan Wanita. Buku ni pasal ape? Ok saya copy paste sinopsis kat kulit depan buku ni ye untuk bagi nampak sikit talk semalam pasal ape. Eh, snap aje la gambarnye!

Kulit depan buku

Eh, nampak ke?

"Memahami secara jelas isu yang melibatkan rongga keintiman wanita (faraj) menurut syariat Islam. Persoalan "dalaman" yang wajar difahami oleh setiap wanita mukallaf dan para suami yang menjadi nakhoda rumahtangga. Bertanya tentangnya sering mengundang segan, kini dihidangkan secara jelas dan ringkas sebagai panduan hidup muslimah sejati."

Ok, tu yang tertulis kat kulit depan buku tu. Banyak juga yang ustaz terangkan bagi faham, memang bagus la buku ni sebenarnya.

Sesi otograf...

Kebanyakan peserta yang datang tentulah wanita kan? Hahaha~ Dan yang bagusnya, para suami pun adeeee~ Ade gak sesi soal jawab, keluar jugak isu beli susu ibu online tu... Last sekali sesi amek otograf ustaz dan amek gambo sikit-sikit. Kalo ade yang tak tau, Ustaz Fauwaz ni sebenarnya anak kepada Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Kat belakang buku tu pun, nama Ustaz Fadzil Noor adalah nama pertama dalam list guru-guru ustaz. :)

Saya pun nak otograf gak! :p Eh, bookmarks tu ade banyak lebih, sape nak???

So, kepada yang nak tau lebih pasal buku ni, boleh la cari kat kedai buku ye. Atau pun cuba cari kat kedai buku online, insya'Allah ade.

13 comments:

  1. Erm best tgk. Kalo ai nak yu nk bg ke? Haha

    ReplyDelete
  2. menariklah buku tu!
    nak belilah..

    ReplyDelete
  3. Membayangkan Moto GP di mana ada kematian....

    Nisa GP ada Ustaz rupawan..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sunah....alamak mama lupa la semalam yer kat masjid taman u....

    x apa la nanti cari buku tu kat kedai buku....:(

    ReplyDelete
  5. Siap ber-otograf bagai yerk.. Hehe

    Dah lama tak pergi program program cm gini :(

    ReplyDelete
  6. macam menarik..nak p usharlah..:0

    ReplyDelete
  7. waaaaaa
    menarik la buku ni kak
    emmm
    kalo dok sane
    dh bole pegi
    wee
    nak cri lah nnti =]

    ReplyDelete
  8. aku rasa aku kenal pak ustad tu

    ReplyDelete
  9. beruntung dapat menghadiri majlis ilmu seumpama ini...

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.