BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, March 22, 2011

Engineering Susah?


Ada yang tanya saya lepas saya publish Entri Pilihan 1.50 Pagi... semalam. Engineering susah kan? Gulp!

Soalan cepu emas ni. Ada yang menjawab, susah kalau malas. Erk! Ada betulnya tu... Ekceli, tak ada benda yang senang dalam hidup ni. Kalau senang sangat, mungkin manusia tak berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan apa yang diorang impikan dalam hidup. Mungkin itu yang dimaksudkan susah kalau malas. Jadi kena rajin ye~

Kita selalu mencita-citakan macam-macam profession, merancang macam-macam untuk masa depan. Semua tu nampak mudah, tapi perjalanan ke arah profession yang dicita-citakan tu tak semudah yang kita rancang. Setiap yang dirancang tak semuanya menjadi, kan? Orang kata, kita merancang, Allah yang menentukan... Sebenarnya, kita merancang, DIA juga merancang, namun sesungguhnya rancangan DIA lah yang terbaik...

Tak kira engineering ke, medic ke, mathematics ke, broadcasting ke (nak jugak masukkan), akauntan ke, semua tu susah... Jadi rancanglah betul-betul perjalanan hidup kamu-kamu semua ya... Jangan nanti terjatuh di tengah jalan, tak jumpa jalan pulang... Tapi kalau tersadung sikit, kaki berdarah, jangan menangis... Tu ujian nak test kamu-kamu ni betul-betul ke nak sampai hentian terakhir...:)

P/S: Jom tengok VLOG ABANG Ben dengan Cikgu Siti Hajar kat SINI.



38 comments:

norfadillah said...

engineering memang sangat susah !!!

saya civil engineering,
argghhh !!! macam nak pengsan dah !!
sangat sakit jiwa dan raga !!!

Sunah Mohammad said...

@norfadillah

aiyokkk!! sabar no...jangan pengsan dulu...hahaha~

peace289 said...

bukan senang hendak senang

lagenda pejuang islam said...

Mechanical Engineering Sangat senang!!!.
yeah!

syairahmohdanuar said...

memula je kot yang susah.t dah lama ok agaknya. :)

Adzriel AB said...

engineering best! i like!

b a m b a m ' s said...

1st time belajar semua susah.. dulu mula belajar membaca pon susah gak kannn..kkekekekek..

ilmu dah ade..insyaAllah semua jai senang kedian ari.. =)

Rozita said...

belajar semua susah...bila dah keja lak mesti fikir lebih baik belajar kan dik?

inahornaw said...

engineering masa belajar teori mudah(bagi aku la)..tp masa nak apply teori, (kalu yang masa balajr lagi tu if masa makmal la...kalu engineering mmg makmal tak blh lari la!masa makmal tu seksa la nak buat eksperimen tu!).lps belajar pulak...nak mintak keja yg betul2 kena ngan bidang kita tu bagi aku mmg susah la...aku komputer and telekomunikasi...tp first job aku kat department it...nasibn baik blh buat hardware...kalu kena programming tak susah? nak keja maxis macm payah je nak mintak..mintak kilang stkt panggil interview tp tak panggil keja..last2 aku resign keja it tu dan masuk kpli!ngajar rupanya seronok sbb dpt main2 ngan budak2....heheheheheh

HAZWAN17 said...

memang terasa susah chemical engineering ni..tp akan kugagahkan jua hehehe

qasehraihan said...

apa pun susah...yg penting usaha dan tawakkal..kan?

hai sunah...lama xnmpk..hehe

z a k w a n said...

Thanks kak. LEpas ni saya rajin-rajin dah. Tak main-main dah . Ok boss

mohd zhafri said...

Ye ke susah?
hoho

Isteri Yang Comel said...

wah entry yang sangat berilmiah...

bunga said...

susah payah semua atas kita..

bun said...

suke engineering
yang len kane banyak hafal,mencik

Qaseh dalia adelia said...

semua kalau fikir susah ..mmg susah lah ~

rosmina samin said...

tak ada benda yang senang dlm hidup... kalau nak senang, usaha sungguh2... ye tak Sunah? ~^^~

shahjiehan said...

susah2 dahulu, senang2.....(sila sambung)




doakan SJ menjadi engineer Aircraft

(next year!!) aminnn

Sunah Mohammad said...

@peace289

bukan susah nak susah jugak~ :)

Sunah Mohammad said...

@lagenda pejuang islam

tu diaaa...

Sunah Mohammad said...

@syairahmohdanuar

kalo makin lama makin susah? ekeke

Sunah Mohammad said...

@Adzriel AB

yeahhhh! :D

Sunah Mohammad said...

@b a m b a m ' s

yup, analogi yang baik bambam!!!

Sunah Mohammad said...

@Rozita

betul tu kak! aiyeee...hargai masa sekarang...:)

Sunah Mohammad said...

@inahornaw

hoho~ panjang sungguh rentetan perjalanan hidup inahornaw..saya pun amek telekomunikasi ni...:)

Sunah Mohammad said...

@HAZWAN17

hehehe...teruskan usaha!

Sunah Mohammad said...

@qasehraihan

yup, usaha, doa, tawakkal~

Sunah Mohammad said...

@z a k w a n

hehehe...bagus2..

Sunah Mohammad said...

@mohd zhafri

rajin ang buat entry balas ye~

Sunah Mohammad said...

@Isteri Yang Comel

thanks kakak datang baca~

Sunah Mohammad said...

@bunga

yup..betul tu!

Sunah Mohammad said...

@bun

erk! hafal rumus dan fomula tak mencik? hahaha~

Sunah Mohammad said...

@Qaseh dalia adelia

jadi kita kene fikir senang ye~

Sunah Mohammad said...

@rosmina samin

ye sayang~~~

Sunah Mohammad said...

@shahjiehan

ameen...insya'Allah...

... said...

as salam..
engineering..susah?
ya. sangat susah! sebab, tanpa ilmu la jika kita tak mampu memahami baik buruk engineering tu sendiri, kita boleh terpengaruh untuk melakukan sesuatu yang tak baik..macam satu bentuk senjata baru..salah guna tu~
manipulasi bidang kejuruteraan sekadar untuk memuaskan hawa nafsu.
hm..
dunia, dunia..

eh? takde kena mengena dengan entri

=_="

Muslimah Optimis said...

Tak kira engineering ke, medic ke, mathematics ke, broadcasting ke (nak jugak masukkan), akauntan ke, semua tu susah... Jadi rancanglah betul-betul perjalanan hidup kamu-kamu semua ya... Jangan nanti terjatuh di tengah jalan, tak jumpa jalan pulang... Tapi kalau tersadung sikit, kaki berdarah, jangan menangis... Tu ujian nak test kamu-kamu ni betul-betul ke nak sampai hentian terakhir...:)

sangat setuju

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.