BLOG ENCIK SUAMI

Monday, March 14, 2011

Jangan! Nanti Kempunan...


"Kul berapa bertolak petang ni?" tanya saya sambil tangan ligat membasuh pinggan.

"Kul 6..." jawabnya.

"O...tak sempat nak makan la ni..." saya mengambil sayur dan ayam dari dalam peti ais.

"Ha'ah...alaaaaaa...tak dapat nak makan yang sunsun masak..." katanya, kecewa.

"Ehhhhh...mana boleh cakap macam tu, kan nak pergi jauh," Kak La menegur.

"Oh, yeke? Nape tak boleh??? Takut kempunan ke?" tanya dia.

"Keberangkalian untuk kempunan tu ade...orang tua-tua cakap..." jawab Kak La sambil makan roti.

"Ish, ye ke? Takde lah...tak kot...kepercayaan je tu..."

***

Kamu-kamu mesti biasa kan mengalami situasi macam ni? Bila nak keluar rumah, rasa macam nak makan sesuatu tapi bendanya belum siap atau tak ada. Bukan kata nak keluar rumah je, masa dalam rumah pun mengidam macam-macam benda yang tak ada. Dan orang di sekeliling akan menegah, katanya nanti kempunan...

Bila da kata gitu, mesti mau sentuh sikit makanan atau ape-ape yang berkaitan dengan makanan tu. Orang tua-tua kata macam tu lah...adat dan kepercayaan kan, kalau tak ikut nanti jadi lain pulak... Perang periuk belanga kang, hambikkkk! Cumanya, mungkin boleh saja kita ikut kepercayaan tu sekadar untuk ambil hati, tapi jangan lupa kita ada Allah yang menentukan setiap kejadian yang akan datang. Jangan sampai kita percaya benda lain lebih dari DIA, lagipun DIA kan Maha Tahu dan Maha Memelihara...:)


P/S: Ibu berpantang da balik kampung, doktor bagi cuti seminggu. Haa...sape suh tak cukup hari lagi nak gi kuliah jugak!

ENTRI CAMBEST YANG BUAT SAYA TERKEDU...



17 comments:

bun said...

alamak selalu cam tue
men kuar aje

akaq,pless
http://blueberrybun185.blogspot.com/2011/03/contest-jom-teke-bintang.html

♥NuR SyAFiQah♥ said...

kempunan nk jumpe kak sunah..hehehe
boleh x cmtu??

aDisH.sHidA said...

SUNAH AKAK PERNAH ALAMI...MAK DAH PESAN SURUH BAWAK MAKANAN UTK BEKAL DALAM BAS MASA KE KL...SIANG ARI..AKAK KATA XPE LA NANTI BELI KAT TERMINAL..SEKALI BAS DAH SAMPAI..AKAK XSMPT BELI APA2 UTK BEKAL..SKALI BAS ROSAK KAT TOL JELAPANG..TGHRI TIME TU..AKAK DAH KENA GASTRIK SEBAB X MAKAN APA2..DENGAN MUKA X MALU AKAK G KAT OPIS DORG TANYA ADA CAFE X...DIA KATA XDE...DIA TGOK AKAK DAH PUCAT GAMAK NYER..DIA TANYA KENAPA..AKAK GTAU LA..AKAK MINTAK DENGAN DIA AIR SEGELAS HABUAN MAKAN UBAT AJE..LPS TU CERITA NGAN MAK..MAK KATA TU LA LAIN KALI BANTAH G ORG SURUH BAWAK X MAU...

LEPAS KEJADIAN TU..APA PUN KE MANA MESTI BEKAL KURANG2 NYER AIR OR GULA2

Citarasa Rinduan said...

sunnah.kak teringat sangat masa dikampung..suka guna ayat kempunan...tu yang lemah..kena tunaikan gak...
alahai............

rosmina samin said...

alahai... bab ni payah nak komen sebab benda tu dah menjadi tabiat, bila kita tk dpt makan atau tak sempat nak makan.. then ada bad happen yang jadi, org selalu ckp "kempunan tuuuu" :)

Sunah Mohammad said...

@bun

hehe..kalo tak merasa nak jamah takpe..

Sunah Mohammad said...

@♥NuR SyAFiQah♥

ops! hehehe..meh2 jumpe...:)

Sunah Mohammad said...

@aDisH.sHidA

huhuhu..akak memang kena bawak makanan...akak de gastrik tu..jaga kesihatan ye..

(hamboiii..capslock habis! tengah wat keje latewwww :p)

Sunah Mohammad said...

@Citarasa Rinduan

betul2! kena ikot, nak jaga hati orang tua2...uhuk uhuk~

Sunah Mohammad said...

@rosmina samin

haa..tu da komen dengan panjang lebar da...:D

aDisH.sHidA said...

SUNAH HAHAHAHA...TD KENA GAK PERLI NGAN SITI PEARL JADE KAT CHAT BOX SB LM

FasiHaH SupiaN said...

situasi ini memang sering saya alami....-____-'' lagi2 bila habis cuti, perlu pulang ke kampus semula.....

Fiqas said...

selalu gak guna ayat ni..dah hasilnya, badanku naik tak turun turun...:(

Sunah Mohammad said...

@aDisH.sHidA

hahaha~ tu la! takpe la..kami faham...:D

Sunah Mohammad said...

@FasiHaH SupiaN

jadi pandai2 la..hehe~

Sunah Mohammad said...

@Fiqas

ahahaha! kak fiqas! adoiiiii...

... said...

as salam..
ha'ah la!
wah!
tak pernah terfikir pun!
betul. rasa kalau tak 'buat', jadi perkara yang tak best.
adoi.
kebetulan je tu. tapi bila fikir lagi, rasa kelakar

=D

ya.Allah menentukan segalanya. kita berusaha ;)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.