Sunday, May 1, 2011

Kenapa Pakai Cincin?


Cincin emas ke cincin perak?

Tak kisah. Gadis kebanyakannya pakai cincin. Walaupun belum kawen, belum tunang, belum ape-ape. Di kalangan kawan-kawan saya pun ramai yang macam tu. Saya pun dulu macam tu jugak. Sekarang kadang-kadang pakai kadang-kadang tak.

Nape gadis suka pakai cincin yang macam tu? Dari penelitian dan pengalaman la kann...gadis yang pakai cincin ni sebab...

  • Saya single, tapi tak available~
  • Saya single, tapi tak mo dikaco!
  • Saya sudah berpunya, so...faham-fahamlah...
  • Saya punya mak bagi, jadi saya pakailah...
  • Saya ikot orang pakai~
  • Saya punya hobi tuuu...

Haa...macam-macam lagi lerr...tak kisah lah sebab ape eks. Tapi tau tak, memakai cincin ni sunnah Rasulullah, dan pakai cincin kat jari mana pun ade sunnahnya...

Ikuti kisah di sebalik cincin di SINI~

JARI YANG SUNNAH DILETAKKAN CINCIN

1. Bagi wanita tiada tempat yang khusus diletakkan. Terpulang kepada mereka untuk memakai cincin dimana sahaja anggota. Samada di kesemua jari tangan atau jari kaki sekalipun. Ini kerana itu adalah perhiasan bagi mereka.

2. Para ulama berbeza pandangan tentang kedudukan jari yang sunnah dipakaikan cincin bagi lelaki. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa disunnahkan bagi lelaki untuk memakai cincin di jari kelingking sebelah kiri dan bukan pada jari lain walaupun kanan. Sebahagian daripada ulama Hanafiyah mengatakan bahawa diharuskan untuk memakai cincin pada jari kelingking kanan.

3. Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu, guru kepada al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu mengatakan bahawa disunnahkan memakai cincin di jari kelingking kiri dan beliau sendiri memakai cincin di jari kelingking kiri. Al-Imam Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan bahawa sunnah memakai cincin pada jari kelingking kiri dan makruh memakainya pada kelingking kanan.

4. Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyidina Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.

5. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa afdhal memakai cincin pada jari kelingking kiri. Mereka juga berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai cincin pada jari manis dan ibu jari. Manakala jari telunjuk dan jari tengah adalah dilarang untuk meletakkan cincin padanya kerana terdapat larangan yang jelas daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Oleh kerana kita ini duduk di Malaysia, dan mazhab yang kita pegang adalah mazhab Syafie, maka ikutlah mazhab Syafie yang no 4 tu. :)

Rujuk SINI untuk huraian lebih panjang tentang cincin yang bagaimana, berat yang banyak mana, bahan yang macam mana bagi cincin yang dipakai...

Pakai cincin ikut sunnah, dapat pahala~ :)

P/S: Selamat bercincin, jom undi SINI.

33 comments:
Write Comments
  1. @y u y u Z u l a i k h a

    haha! yuyu! kadang-kadang akak lemas pakai gelang niii...mak suh pakai..erk..hurmm..kadang2 cam nak bukak letak tepi...

    ReplyDelete
  2. waaaa suke3~ cincin ina mak ina bagi so ina pakai la..hahahaha =p

    ReplyDelete
  3. akak pakai cincin perak dan emas putih hahaha....jari tengah dan jari manis ke apa erk....yg 2last tu.....

    try bg pasangan kita beli cincin ikut jari kelingking dia....muat tak dengan jari kita...kalau muat...alhmdlah..ada la tu

    ReplyDelete
  4. as salam..
    alhamdulilah..

    oh..adik2 saya dah pakai.
    haha

    ._.

    ReplyDelete
  5. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari tak blh eh...ok good info.

    Baru ku tahu :)

    ReplyDelete
  6. terbaik tp trex x suka pki cincin T___T"

    ReplyDelete
  7. tak ske pakai cincin rimas gak,.

    ReplyDelete
  8. yeah!! sy ske pki cincin!! emas dan silver..:)

    ReplyDelete
  9. owh..jari kelingking ye?so jika akak gemuks...cincin msh leh pki lagi la..haha.

    dulu msk uitm akak pki cincin dgn berharap tiada org kacau kononnya saya dah berpunya...hak3

    ReplyDelete
  10. cik pulau pun pakai cincin..
    cincin emas ayah bagi.. cincin silver suka2..lalala~

    ReplyDelete
  11. cincin norfa beli sendiri... 5 hinggit jew... janji ada.. arituh pakai cincin perak, semua ingt orang dah bertunang.. last skali hilang.. beli yang 5 hinggit jew.. hahaah. jnji ada..

    ReplyDelete
  12. wah.. br My tahu sunnah rupenya pakai cincin ni huhu..

    dulu my suke pakai silver.. tp kejap2 pakai kejap2 tak.. sbb rimas ade bnda kat jari hehe..

    lepas tunang dah biase pakai cincin dah... tp takut je klu hlg sbb my ni careless sket tp stkt ni dah 4 bulan tunang belum la hlg lg dkt2 nk hlg ade lah... tertinggal kat surau la.. opis la...-.-'

    ReplyDelete
  13. kadang2 kena pakai cincin sebab nak jaga hati pasangan. sbb dia bagi. =.=

    ReplyDelete
  14. saya takde orang nak bagi cincimn...camne nak pakai

    ReplyDelete
  15. pasnie nak beli cincin la....ekeke....

    ReplyDelete
  16. huh, semua tak nak pakai

    cincin ke, gelang ke, rantai ke

    berbelit-belit, rimas, tak selesa

    jam pakai! hhehheeheh

    ReplyDelete
  17. mak kc syieda 1 cincin..sampai skrg still pakai..

    but org laki xbrani dkt ngn syieda sbb diorg pk syieda dah btunang..hahah

    ReplyDelete
  18. erm cincin longgr

    jd tpakse pakai kat tgh

    tapi still ade cincin kat jr mnis..

    oke ke?

    cincin bff ni hurmmm

    ReplyDelete
  19. hmm mcm tu ke.. Apsal mazhab lain2 ah akak sunnah? Tak berdosa ke sebab mcm2 fahaman ada kat situ?

    ReplyDelete
  20. sy pki di jari manis bahagian kanan, hehehe, kak sunah nmpk kan???

    ReplyDelete
  21. ehem..ehem..
    sunnah dah ada cincin lum??hikhik

    http://qasehraihan.blogspot.com/2011/05/gores-dan-menang.html

    ReplyDelete
  22. Nad tak suka..tp kalau suami bagi nnt nad suka..hak3

    ReplyDelete
  23. baru taw,, hihi
    fie pakai jrg sekali,,sbb takdek cincin pon,, hihi
    lg pon tak berapa selesa sbb jrg pakai kan :)

    ReplyDelete
  24. As salam...saje2 nak tau..apa larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam yg ttg pakai cicin pada jari lain tu???..:)

    ReplyDelete
  25. he3..
    baru smlm jew pkai cincin..
    selalu nk beli xmuat jari..

    ReplyDelete
  26. ouh ps pon ade buat puisi pasal cincin

    akak manis .. jom join segmen ps .. khusus untuk belog pink macam akak manis

    http://www.penulissenja.com/2011/05/jom-join-segmen-penulis-senja-cari-blog.html

    ReplyDelete
  27. @akid

    tentang perbandingan mazhab ni, keempat-empat imam ni tak mintak kita taksub dengan mana-mana mazhab, mana yang bercanggah dengan hadith, maka lepaskanlah, mana yang hampir, maka ambiklah..imam Syafie sendiri kata, "jika sebuah hadith itu sahih, maka itulah mazhabku..."

    kid, kita punya negara, guna mazhab Syafie..dan mazhab Syafie antara mazhab yang paling hampir dengan sunnah...tapi ada keadaan yang membolehkan kita gunakan mazhab lain, contohnya kat Makkah al-Mukarramah...dan mana2 keadaan darurat..TAPIII, perbandingan mazhab perlukan ilmu dan kefahaman tentang keempat-empat mazhab tu...yang tu kena dalami dulu...

    boleh baca kat Imam Empat Mazhab: Tinggalkan Pendapat Kami bila Bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah! « Ulama Sunnah

    yang penting ikut al-Quran dan sunnah...

    sahabat2 lain yang turut membaca dan ada pengetahuan lebih mendalam, bolehlah berkongsi sekali...

    ReplyDelete
  28. @Bobo

    baginda melarang sebab pemakaian cincin pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah ni meniru cara berhias kaum yang dilaknat Allah pada zaman Nabi Lut a.s..

    "Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka..." [HR Ibn Hibban]

    ReplyDelete
  29. nice info btw!

    tapi CB x pakai cincin..hehehhe..sbb xde cincin..hua hua hua..

    ReplyDelete
  30. Perempuan pkai cincin jari mna pun xpa, even jari kaki... Sbbnya, perhiasan ni utk kaum hawa.. Lelaki ja yg bnyk khilaf...

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com