Bila Padi Dah Berbuah... - Sunah Suka Sakura dot com

Post Top Ad

Sunday, October 9, 2011

Bila Padi Dah Berbuah...

Paddy by ~ahmadsaiful on deviantART

Bila padi dah berbuah...
Lalang tidak berguna lagi...
[AB]

Cari bila perlu...
Buang bila tak nak...
[MG]

Bagai kacang lupakan kulit...
[BA]

Bila kita pandang sekeliling, bukan sedikit yang macam ni. Ramai yang bila sudah menggapai bintang tinggi, seolah-olah lupa di mana bumi yang dulu dipijak. Bila sudah berjaya berada di atas, lupa asal usulnya ketika di bawah satu ketika dulu.

Kalau dengan manusia, mungkin mereka tak rasa apa-apa. Ego dan sombong menggunung tinggi sama tingginya dengan bintang yang berjaya digapai. Bahkan lebih teruk lagi, kerana diri sudah di atas, yang berada di bawah dipandang rendah serendah-rendahnya.

Mungkin kerana memikirkan bahawa kejayaan itu miliknya saja, dan dia bangun sendiri tanpa bantuan sesiapa (terlupa mungkin!), maka dia sering terlupa untuk memandang ke bawah. Malah dia juga terlupa satu perkara yang lebih penting dari semua yang di bawah dan bintang di atas.

Bahawa dia berjaya juga kerana Yang Lebih Atas dari bintang-bintang itu menjadikan dia berjaya...

Sesungguhnya kejayaan itu juga satu ujian!

13 comments:

  1. mendalam maksudnya..
    penuh pengertian ...

    ReplyDelete
  2. bila brada tinggi di atas awan, jgn lupa rumput di bumi..
    bila2 msa saja kita boleh jatuh..

    ReplyDelete
  3. Ujian ksngn n kejayaan ni lbh mnakutk. Dr ujian ssh. Sbb bsama dia wjd rs bgga y mgkn bakal berubah riak y akhrnya btukar kufur. Takuttt

    ReplyDelete
  4. jgn lupa diri..jgn jgn mendongak ke langit nnt penuh hidung dek air hujan..hehehe.

    ReplyDelete
  5. salam sunah...betul tu kekadang mereka lupa dr mana dtgnya rezeki itu...

    manusia mcm ni mudah lupa akan keadaan mereka dulu bila dah senang mulailah menyombong dan tidak mengingati siapa yg menolong mereka selama ini...

    Allah sentiasa ada hanya DIA yg akan tahu apa yg akan berlaku seterusnya oleh itu sedarlah pada yg dah lupa diri tu ingat akan balasan yg akan kau terima bila Allah mengambil balik apa yg telah diberikn pada mu...

    ReplyDelete
  6. yg kat ats tak semestinye kekal di atas.tu hakikatnye tretttt~

    ReplyDelete
  7. Waaaaaaaaaaa...terkurang satu pautan laaa...UZ mana? hehehhehe

    ReplyDelete
  8. =]
    suke!
    sungguh jatuh itu penting dlm hidup
    jatuh menjadikan kita ingat
    kerana apa kita jatuh
    kerana apa juga kita berjaya bangon

    ReplyDelete
  9. mendalam maksudnya..
    cuba untuk memahami sepenuhnya maksud yg tersirat ;)...


    Thanx Kak SSS ;)

    ReplyDelete
  10. setuju sangat.. kejayaan itu satu ujian

    ReplyDelete

Dah abis baca tadi? Terima kasih sebab tinggalkan komen~ ;)

Post Bottom Ad