Malaikat Tak Masuk Rumah

his potrait by ~dep21 on deviantART

APAKAH jenis gambar atau objek yang dibolehkan untuk diletakkan di dalam rumah? Ini kerana saya difahamkan haram mempamerkan gambar atau patung di rumah selain malaikat rahmat juga tidak akan masuk ke dalam rumah. Mohon penjelasan lanjut daripada Dr.

HAFIS,
Selangor


ISLAM melarang meletakkan patung manusia, binatang atau objek lain di rumah. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tuan punya gambar ini akan diseksa pada hari kiamat lalu dikatakan kepadanya: ‘Hidupkan barang yang dijadikan dan sesungguhnya malaikat tidak akan masuk rumah seseorang selagi di dalamnya ada gambar (patung).’” (Hadis riwayat Bukhari)

Hanya dalam keadaan tertentu patung dibenarkan seperti yang diriwayatkan dalam hadis bahawa Jibril a.s. pernah meminta izin daripada Nabi s.a.w untuk masuk rumahnya, kemudian kata Nabi kepada Jibril: “Masuklah! Tetapi Jibril menjawab: ‘Bagaimana saya hendak masuk sedang di dalam rumahmu ada cadar dinding yang penuh gambar! Tetapi kalau kamu mahu terus menggunakannya, maka putuskanlah kepalanya atau potonglah untuk dibuat bantal atau buatlah tikar (tikar lantai). (Hadis riwayat Nasa’i dan Ibnu Hibban)

Ia hendaklah tidak sempurna sehingga tidak nampak dibesarkan dan dimuliakan. Begitu juga dengan patung mainan kanak-kanak, ia dibenarkan kerana bukan dibesar-besarkan.

Manakala lukisan benda hidup seperti manusia dan binatang tidak dibenarkan menurut hadis di atas tetapi lukisan pemandangan alam masih dibenarkan.

Gambar daripada kamera diharuskan apabila mematuhi ajaran agama dalam berpakaian dan menutup aurat. Ia juga dilihat berlainan dengan lukisan yang melakar ciptaan sendiri.

Mufti Mesir, Sheikh Muhammad Bakhit menyatakan fotografi adalah tangkapan imej kepada benda yang benar menerusi kamera. Cara itu sedikitpun tidak ada larangannya (Qardawi, 1995: 117).

Sumber: Harian Metro

23 comments:

  1. penat juak diingatkan ttg tk. dlk.. alhamdulilah rasanya sebab bapak x suka lah tepek gambar pelik2 kar dinding umuh.. cuma nya suka hias dalam rumah ya kdk taman jak! so konfius ni laman umah dan ni ruang tamu sebenarnya.. aduh, bapak!

    ReplyDelete
  2. Menarik :)
    klw gntung gmbar pmndgan,
    sjuk skit mata mmndang. he2~

    Visit back?
    Silakan; ahsfantasy24

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sunah....terimakasih nice n3 ni ye...:)

    ReplyDelete
  4. lamanya tak singgah sini dan baca entry.. banyak ketinggalan nampaknya.. huhu

    hurmm.. kalo macam tu beli bear n potong kaki sebelah atau korek mata sebelah.. hohoo...

    kat rumah aima memang mama xbagi langsung simpan benda2 macam tu.. :-)

    ReplyDelete
  5. hari tu pun ada cari sal benda ni... musykil sebab bila masuk bilik adik,, penuh dengan karikatur dia...

    ReplyDelete
  6. @Tea

    baca 2 perenggan last tu...

    "Gambar daripada kamera diharuskan apabila mematuhi ajaran agama dalam berpakaian dan menutup aurat. Ia juga dilihat berlainan dengan lukisan yang melakar ciptaan sendiri.

    Mufti Mesir, Sheikh Muhammad Bakhit menyatakan fotografi adalah tangkapan imej kepada benda yang benar menerusi kamera. Cara itu sedikitpun tidak ada larangannya (Qardawi, 1995: 117)."

    kalau gambar family, diambil dari kamera dan gambar tu tak melanggar syariat agama, maka tak ada larangan untuk letak dalam rumah..yang dilarang kat sini adalah macam lukisan potret...

    wallahua'alam

    ReplyDelete
  7. Baikla ustazah

    cube kurangkan ape y de

    ReplyDelete
  8. tapi style sekang..teddy tu lagi besar dari tuan

    ReplyDelete
  9. say cheese!! hehe..

    yg org leka, yg lupa, nak tutup aurat.. huhu..

    ReplyDelete
  10. zaman skg, segala binatang dibela..beruang, burung, itik, dalam rumah tu..

    ReplyDelete
  11. emmm3
    baiklah..akn menyemak keadaan rumah skrg =]

    maceh kak!

    ReplyDelete
  12. Dinding hall di rumah cuma ada white board.. sampai kawan datang kata 'rumah cam surau' ;-)

    ReplyDelete
  13. erm..sama jgak kalau kta gantung gambar dlm kereta/gantung patung kn?

    ReplyDelete
  14. haisyy kat umah banyak teddy anak2 buah punyaaa

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.