BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, October 6, 2011

Salah Siapa Bila Mereka...

Sad by ~JunairWiare on deviantART

Ya Allah...
Salah siapa bila mereka tersilap dalam bicara
Salah siapa bila mereka tersalah dalam mentafsir
Salah siapa bila mereka terkhilaf dalam menghukum
Salah siapa bila mereka terpesong dari yang benar
Salah siapa ya Allah...?
Salah siapa...?

Benarlah kata ahli fikir...
Melentingnya kita apabila mereka tersilap bicara
Marahnya kita apabila mereka tersalah tafsir
Melatahnya kita apabila mereka terkhilaf menghukum
Mencelanya kita apabila mereka terpesong dari kebenaran

Tapi...
Salah siapa?
Jika kita yang benar-benar faham...
Salah siapa?
Jika kita yang benar-benar arif...
Salah siapa?
Jika kita yang benar-benar 'ilmu...
Salah siapa?
Jika kita yang benar-benar tahu...

Hanya diam membisu
Dalam selimut tebal kita masih berteleku
Merasa lebih enaknya rehat dan nikmatnya beradu
Daripada keluar dan memberitahu!


30 comments:

aimie amalina said...

hakikatnye ramai mampu melihat
tidak mampu bicara kerana Dia ~

Solihin Zubir said...

salah siapa... takkan nk salahkan ibu mengandung... =(

qasehraihan said...

huhuhu...menyentyh perasaan..hehe

Syafiyah Muda said...

salah mereka yang tak pernah berfikir sebelum berkata-kata....
Salah mereka yang hanya menggunakan kata hati bukan kata 'Tuhan'...
Salah mereka yang tidak pernah mahu belajar tentang hukum 'Tuhan'...
Moga hidayah dipinjamkan buat kita semua...

Cik Bambam said...

salahkan diri sndiri dulu baru leh slhkan org lain.. :)

ieyza afieyna said...

salah diri sendiri..

::Miss Hearty:: said...

yg khilaf tu datang dari diri kita sendiri :)

FasiHaH SupiaN said...

salah siapa.......

anamizu said...

ramai yg bisa menuding jari merata..
hakikatnya kenapa tidak sama2 berusaha membantunya :)





luv,
cik ana :)

Подтверждаю said...

as salam..
salah diri sendiri.. tak perlu salahkan nafsu, salahkan ilmu, apatah lagi salahkan makhluk laknatullah. Panduan dan peringatan sudah diberi. tak mahu mengubah seperti mana yang digambarkan dalam al-Quran, jadilah sebahagian dari kalangan orang yang munafik. wallahua'lam..

apa2 pun, jangan kita menilai secara luaran. sipa tahu dia mengubahnya selemah-lemah iman. itulah doa dan hati..

jangan dikhuatiri akan siapa yang bertindak.khuatirikan dulu apa persiapan yang telah dibuat untuk bertindak.

insya'Allah perkara hudud ni akan lebih ramai yang faham.

=)

Eera Shera said...

kadang2 tak sedar dah terlanjur bicara

EYQASARA said...

salah kita ke kak sunah? -.-" *jahilnye aku bab ni.. huh~!

zahidah seran said...

Kalau cari salah sampai ke sudah tak habis kot..

MerLe said...

kata2 terkesan di hati...

APi said...

salah siapa bila dikata mereka tolak..
salah siapa bila ditetapkan mereka menafikan..
salah siapa bila ditegah mereka tetap lakukan..
salah siapa?

JIJI YU said...

salah kita je la

ciK LyndaWawa said...

bestla ayat di atas..=]

Niena Pengembara Ilahi said...

erm..
setuju dgn aimie...
lihat saje apa yg berlaku skrg nie..pemerintahan

Niena Pengembara Ilahi said...

erm..
setuju dgn aimie...
lihat saje apa yg berlaku skrg nie..pemerintahan

nuruashia ♥ said...

kak limah suke~

mynameismy said...

hurm... membisu jugak...T_T

kiera'sakura said...

sebelum salahkan sesiapa, tengok diri dan salahkan diri sendiri dulu... =)

mas saari said...

susah kalau kita asyik nak cari salah orang... lebih baik kita muhasabah diri sendiri, adakah kita tidak pernah buat salah..

risa said...

salam adik sunah:) semoga sentiasa dalam lindungaNYA..
sangat2 terkesan kata2 itu...manusia mudah lupa kan dear

fRaMe+LenSeS said...

moga kita bukan hanya si pendengar tanpa menegur tu.

Oh Oeya said...

;)

hyazz said...

hrmm...entah la..cuma Allah jer yang tahu..

ariana said...

Tak salah menegur sesama insan, jika melihat kesilapan yg mereka lakukan, asal berhemah..jgn sampai menyinggung seseorang kan..Wallahualam.

maszull said...

salam sunah...salah kita la kalau mmg benar itu adalah kesalahan kita sendiri....tapi pada yg x mengaku akan kesillapan sendiri susah lah jawabnya...tepuk dada tanya selera...:)

CikTomyam said...

salahkah aku? huhu~~~

jemput mai belog CT lak..

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.