BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, October 13, 2011

Sedarkah Kamu Sudah Menjadi Tunangan Orang?

Nak kongsikan gak entri yang blogger Amal kongsikan kat blog dia, ditambah dengan video sesi soal jawab dengan Ustaz Azhar Idrus. Moga bermanfaat.




Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'

Sumber: ILuvIslam


21 comments:

aDisH.sHidA said...

kena ingat balik nie....ada x yang pernah suarakan begini dengan akak

Niena Pengembara Ilahi said...

hmmm... bertunang tanpa sedar, ramai yg masih tak faham erti pertunangan yg sebenarnya...pertunangan tu bukan diatas menghantar rombongan semata-mata

JIJI YU said...

pelangi aku baru je tanya sal hal ni..

BeloG MTT said...

Ohhhh ada gak pernah terbaca sebelum nie :)

Tentang Kita said...

itu pun dikira bertunang ek...klu lelaki tu memain pun kira bertunang gak la kan...buat mereka yg sedang berpacaran sila berhati2

Iffah Afeefah said...

Yu da tunang kn errr

Citarasa Rinduan said...

zaman skrang tak ada cincin tak sah kan?
tapi sebagai tanda mmg betul

junko-el-hida said...

Wah..rupanya aku dah jadi tunang orang lagi awal dari tarikh aku bertunang!. rupanya saat aku melamar kt cafe tue dah jd tunang..huhuhu

Niena Pengembara Ilahi said...

hehe..saje2 sbb sukaaaaa ^.^

K O R I E said...

hoho. klu mcm tu ramai sgt dh kawan korie yg bertunang dri segi syarak

CikTomyam said...

ni yg nak tunang nie..hee~~~

ariana said...

elok baca info ni.terutama yang masih muda,tapi yag mcm akak pun lagi kena faham. untuk anak cucu.. sebab tu,kata-kata tak boleh buat main2 ye..

Areliff said...

bende ni memang pon..penah dengar ustaz cakap dulu..yg pinang mak ayah pegi rumah si perempuan tu satu adat kita je...cukup sekdar melafaz ak nak jadikan kau isteri.. dah kire tunang dah walaupon takde kenduri2 ke ape ke :)

Ana Farhana said...

bertunang tanpa sedar..

Isteri Encek Bard said...

akak pernah dengar juga pasal ni sunah, tapi zaman sekarang ni untuk mengesahkan pertunangan mesti ada perjumpa ahli keluarga juga menyrung cincin mengikut adat

nuruashia ♥ said...

now ske2 je nk wt engaged ngn bf kan..pdhal tak tau bnde tu serius hihihi

ieyza afieyna said...

oo mkne nya dah penah bertunang tnpa sedar ni.. tapi dah putus , so dah putus tunang la kan.. huhu..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ramai yg tak tau dan tak sedar.akak pun tau masa ustaz bg tau masa mula2 masuk uitm dulu.klu tak...mmg tak tau.huhu

Oh Oeya said...

As salam Sunah :)

FasiHaH SupiaN said...

cecepat lah angah..

maszull said...

salam sunah....pada semua anak2 perempuan mama yg dah baca n3 ni bersedialah yer mana tahu esok lusa anda pula yg akan dilamar...:)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.