Nasi Goreng Kampung Sis Lin

January 11, 2019

Nasi Goreng Kampung Sis Lin | Hari Selasa yang lepas, saya, Ain dan Farah bermalam 3H2M di rumah mummy katak, Sis Lin. Sehari sebelum tu, saya ternampak entri Nasi Goreng Petai kat blog Sis Lin. Walaupun saya tak makan petai, tapi nasi goreng Sis Lin tu nampak sangat menggoda dan menyelerakan. Saya tinggalkan komen kat entri tu, saja bergurau.

Tapi tak sangka, hari kedua kat rumah Sis Lin, mummy bangun pagi-pagi gorengkan nasi untuk sarapan 😭. Da la lunch hari pertama tu mummy masakkan kari ayam. Seorang Sunah memang sukakan kari ayam sejak dari kecik. Perkataan diet dah hilang dalam ingatan masa tu. Diet tu ape ek? Entah lerr. Pagi Rabu tu, kami sarapan Nasi Goreng Kampung, sambal sardin, kari ayam baki semalam, roti sapu kaya durian dengan kuih peneram dari food truck Taman Dahlia yang kami pergi malam sebelumya.


Haaa, uols tengok lerr Nasi Goreng Kampung Sis Lin tu. Nampak sedap kan? Ye, memang sedap sampai kita tambah 3 kali. Nyum nyum. Maaf, tak pedas ya, sebab seorang Sunah request tak nak pedas. Hahaha. Makan dengan kari ayam pulak. Haishhh, entah berapa gram naik berat selama 3 hari kat rumah Sis Lin. Tak timbang lagi sebab takut nak tengok angkanya. Hahaha.

Nak resepi Nasi Goreng Kampung ni? Korang pi komen kat bawah. Kalau Sis Lin terbuka hati nak share, nanti dia up lerr entri tu. Kalau tak, uols google je lah! Nasi Goreng Kampung kottt! 

Berlambak resepi! 😜

You Might Also Like

12 Comments

  1. Assalamualaikum sunah..mmg nampak sedap jer nasi goreng tu...seronok la anak2 katak mkn masakan mak katak kn....hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...iye mama...sampai kena paksa habiskan makanan..hahahahhaha

      Delete
  2. Wow.. Nanti nak mintak mak katak buatkan nasi goreng kampung pedas letak kerang... Yummrhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyee..order sajokkk..jangan lupa bayar...hahahaha

      Delete
  3. Skrg ni susah nak jumpa nasi goreng kampung yg pior, kebanyaknnya mcm nasi goreng kicap. Tapi mak katak ni masak nmpk sedap semacam

    ReplyDelete
  4. ngancam betul nasi goreng mak katak ni.

    ReplyDelete
  5. Huhuhu siap entri ko..
    Nasi goreng tu sama je dengan nasi goreng petai tu, cumanya tak letak petai dan juga sayur kangkung, bahan sama je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu sedap...tengok entri nasi goreng petai ri tu pun da terliurrr

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com