Sekejapnya Masa Berlalu

January 01, 2019

Sekejapnya Masa Berlalu | Dah 1 Januari 2019 oi. Sekejap bebenau rasanya setahun 2018 dah habis. Dari semalam, penuh juga wall FB saya dengan ucapan-ucapan selamat tahun baru dan azam-azam baru tahun 2019. Tak ketinggalan post-post throwback tentang tahun 2018 yang sudah pun berlalu pergi ditinggalkan.

Apa pulak throwback seorang Sunah?


Erm, takde ape sangat. Nak cerita banyak-banyak kang boring pulak orang baca. Hahaha. Yang penting, tahun 2018 merupakan tahun yang penuh dengan suka duka dan memori bernilai yang insya'Allah tak akan dilupakan sampai bila-bila.

Tahun 2018 lah seorang Sunah mula sedar, dirinya perlu siapkan thesis dengan segera sebab kalau dibiarkan bertambah lagi satu semester, membawa makna bahawa bertambah lagi lah yuran semester yang perlu dibayar. Bermaksud bertambah jugaklah beban kerja bukan PhD yang kena dibuat. Nak ke seorang Sunah terus menerus berada dalam kemelut krisis kewangan? Kesedaran ni lah menyebabkan seorang Sunah selalu kemurungan mengenangkan nasib. Haha. Iye, iye. Tak lama lagi kita hantar draft thesis. Jangan kacau selagi belum hantar.

Pertengahan tahun 2018, saya kembali aktif sebagai seorang blogger dengan menyertai kelab JDT Blogger atas jemputan Sis Lin. Tak sangka, kuat betul aura JDT Blogger ni sampai saya berusaha semampu boleh untuk terus aktif berblog, walaupun kekadang ada jugak harinya saya tak update apa-apa. Melalui JDT Blogger lah saya mula berjinak-jinak turun padang untuk memenuhi job review dan undangan media. Di sini jugaklah saya kenal lebih ramai blogger dan kawan-kawan yang baru (serta kerenah mereka..hahaha) termasuklah Ainenoneno. Tak sangka, boleh jadi teman bergelak-ketawa, malah menangis bersama.

Penghujung tahun 2018, hadiah paling bermakna sebagai seorang blogger, saya berpeluang untuk mengenali Pulau Belitung di bawah tajaan sepenuhnya oleh MTN Getaways. Alhamdulillah. Saya sangat-sangat menghargainya sebab dari awal tahun 2018, saya tak keluar negara langsung untuk travel seperti tahun-tahun sebelumnya atas kesedaran seorang Sunah kena bayar duit yuran semester seperti dalam perenggan keempat. Hahaha. Terima kasih MTN Getaways atas peluang yang diberikan.

Nah, sekarang dah masuk tahun 2019. Apa azam baru?

Tak banyak, yang penting tahun ni berazam nak konvo dan kerja elok-elok untuk bantu ringankan beban keluarga kat kampung, insya'Allah. Doakan seorang Sunah berjaya mencapai impiannya. Ameen!

Selamat Tahun Baru 2019 uols.

You Might Also Like

12 Comments

  1. Selamat Tahun Baru sunah.. moga hasrat nk absbelajar akan tercapai juga..amin!!!

    Hahaha chaiyok...ahkak dah x lalu nak pegang buku..ghase nya br seminit dah menguap hehhehe

    Gud luck!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru kak ret..ameen ameen untuk doa kak ret...

      Delete
  2. Selamat Tahun Baru 2019 Sun..

    Weii sedihlah baca yang menangis bersama tu, teringat kita bertiga menangis sesama di Aroi Thai huwaaaaa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann....huhuhu...mekasih mummyyyy dan ain...

      Delete
    2. uishhhh... yang tuhhh.. hmmm...🤗🤗🤗🤗

      Delete
  3. salam tahun baru 2019.
    ceria2 selalu ya =)

    ReplyDelete
  4. Semoga tidak terus kemurungan nak menyiapkan thesis tu ya Sunah. Akk doakan seorang Sunah dapat mencapai cita2nya, Amiinnn

    ReplyDelete
  5. semoga impian jadi kenyataan :)

    ReplyDelete
  6. Moga tahun 2019 ni membuka lembaran baru, yang baik² sahaja untuk sunah

    ReplyDelete
  7. tak sabar nakkk tengok kak sun konvo.. nantii kitee datanggg ehkkk.. hhaahahahhaah 😂😂😂😂😂

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com