BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, April 19, 2011

Bagai Menukul Paku Ke Kepala


Gambar mantop ini dicopet dari SINI

Gambar tu je menukul paku ke kepala, yang sebenarnya nak kongsi tentang migrain ni haaa...jom kita skemakan diri sat!

Migrain adalah gegaran dan selalunya terjadi sakit kepala hanya pada sebelah kepala sahaja. Ia boleh terjadi kepada semua orang tidak kira umur. Saluran darah di dalam otak akan membesar dan bersama dengan ransangan saraf berhampiran dengan saluran darah. Apabila ia terjadi bermakna perubahan pada saluran darah itu kemungkinan disebabkan kesakitan tersebut. Sumber: SINI.

Diagnosis tentang Migrain

Penghidap migrain dan sakit kepala seharusnya mengelak penggunaan seperti alkohol, makanan yang menyebabkan serangan seperti kaffein, makanan sejuk dan pastikan anda mempunyai tidur yang cukup.

Untuk memudahkan diagnosis tentang migrain dan sakit kepala dibuat, anda haruslah mengambil tahu keadaan penyakit ini seperti di bawah:

1. Migrain akan menyerang sekitar 4 hingga 72 jam.

2. Sekurang-kurangnya mesti ada 2 ciri tersebut:

*sakit hanya pada sebelah kepala sahaja.
*Satu gegaran di dalam kepala
*Sakit kepala daripada sederhana menjadi lebih teruk.
*Mual dan/atau muntah
*Amat sensitif kepada cahaya dan suara, kes yang serius, seseorang itu mungkin akan pengsan.

Dari SINI pulak, dia bagi tips untuk meredakan migrain macam kat bawah:

Tips Meredakan Sakit Kepala/Migrain
  1. Berehat seketika dengan berbaring dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam.
  2. Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari. (silau, silau!!!)
  3. Berehat di dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan sakit kepala.
  4. Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.
  5. Jika keadaan sejuk tidak meredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata dalam masa setengah jam.
  6. Kurangkan makan daging kambing! (errr...hari tu baru je makan...)
  7. Amalkan tidur yang mencukupi. Jangan tidur lewat! (errr...yang ni...hurmmm...)
  8. Kurangkan minuman yang mengandungi kafein contontohnya Nescafe, Ali Cafe, etc. (memang kurang minum pun...)
  9. Kawal stress dan fikirkan perkara yang positif kerana sebahagian besar sakit kepala disebabkan oleh tekanan perasaan dan gangguan. Contohnya tekanan bekerja, belajar, etc. (errr...huhuhu... >_<)
  10. Have a healthy lifestyle! Banyakkan senaman dan melakukan aktiviti riadah. (hurmmm....senaman mata dan blogwalking selalu diamalkan...)
  11. Banyakkan solat tahajud dan berzikir.

So, kamu-kamu ade simptom migrain? Atau kamu memang penghidap migrain macam dak NI? Jadi...lepas ni, jaga kesihatan yeee...(untuk Jeneral SSS.com jugak...)


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



9 comments:

Miss Ran said...

ye

mmg!

6,7,8,9 kene tepat batang idung

adekah migrain?

mne nk tahu kite mgrain ke tak...

simpton de

ubtnye telan actfast tdo

Rahmad said...

owh begitu rupanya..

nice info..

risa said...

thnks for sharing..
akak kalo kena migrain akak mandi air sejuk..lepas tu tdur..

Sunah Mohammad said...

@Miss Ran

erk..nape kene ade nombor2..??

Sunah Mohammad said...

@Rahmad

thanks for dropping by..:)

Sunah Mohammad said...

@risa

ouh...mandi air sejuk ye kak..

Izamir Ridzwan said...

IR jarang kena migrain.. cmne ek rasanya?? sakit sgt tak??

Sunah Mohammad said...

@Izamir Ridzwan

sakit yang berdenyut2 sampai ke tengkuk dan urat leher...belum lagi side effect dia pada mata dan lain2..erk..melampau tak explaination ni? tak kan...memang betul pun...

dulu akak selalu de simptom dulu, penglihatan zigzag..lepas tu memang da get ready la nak migrain...ni tetiba je..adoiiii...sampai skang tak reda lagi..

Liza @ Adzriel AB said...

ada-ada.. biasa kena awal nak period dgn end. dah lali.

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.