BLOG ENCIK SUAMI

Monday, April 4, 2011

Rasanya.......Hati Ini...


Kamu-kamu semua, perasan tak suasana dan budaya sekarang dah lain...lain macam mana tu? Macam ni... Kalau dulu-dulu orang kita sound anak-anak solat lambat, nak rotan dan halau dari rumah je sebab tak jaga tiang agama tu...tapi sekarang benda tu da jadi biasa, kan? Semua da jadi lali, solat lambat-lambat pun takpe, asalkan solat...tak kisah la kalau kat kubur nanti soklan pertama Dia memang tentang solat punnnn...

Kalau dulu-dulu orang kita segan sangat-sangat nak keluar dengan pakwe dan makwe berdua, tapi sekarang benda tu da jadi biasa, kan? Semua da jadi lali, kalau keluar sorang-sorang pulak jadi satu benda yang pelik, keluar dengan pakwe kena bawak kawan sesama mahram pun jadi kekok...

Kalau dulu-dulu orang kita segan sangat-sangat tengok orang tak tutup aurat betul-betul, tengok perempuan seksi pun rasa malu, tengok lelaki tak pakai baju pun tutup mata terus...tapi sekarang benda tu da jadi biasa, kan? Semua da jadi lali, macam takde pape dah rasa, dah takde manisnya menutup aurat secara sempurna tu...

Kalau dulu-dulu orang kita segan sangat-sangat tengok maksiat depan mata, rasa berbara je dalam hati, menyumpah seranah bagai, dan kalau boleh nak je gi sergah orang tu...tapi sekarang benda tu da jadi biasa, kan? Semua da jadi lali, macam dah takde rasa bertanggungjawab dengan sedara seagama dan tak rasa bersalah bila hanya boleh tengok je...kekadang tengok cite ade maksiat ringan-ringan pun da takde rasa apa...

Kamu-kamu, kalau perkara-perkara macam ni pun dah tak buat kita rasa ape-ape, tu tandanya hati kita mati...sedihnya kan bila hati yang Allah bagi kat kita dulu dah mati. Sedangkan hati tu lah tunjang segala perkara dalam kehidupan kita.


Kamu-kamu...kalau rasa hati kita dah mati, janganlah bersedih. Allah Maha Pengampun dan Maha  Pengasih. Berbicaralah dengan-Nya dari hati ke hati...kerana Dia juga Maha Pemurah dan Maha Pemberi... Mati hati, boleh hidupkan semula...bak kata Imam Ghazali...


Maka, apa yang perlu kita buat sekarang? Biarkan hati itu terus mati?

Tepuk dada, tanya iman dalam hati...



13 comments:

aliarosli said...

takmo hati mati
jap-jap, dah kol 3 lah
solat jap

Pembawa_Wacana said...

Hidupkan hati dengan lafaz kalam suci...:)

Along Usop said...

bila hati kita mati..

amal ibadah ikut mati..

tempat di neraka itu pasti..

cepatlah taubat sebelum mati..

coretan cerita hati said...

dunia di akhir zaman !

Izamir Ridzwan said...

kawan IR sorng tuh siap gtau mak dia yang dia nk keluar dgn balak.. huh

Mira Amirudin said...

Ya Allah.semoga dijauhkan perkara ini.amin~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

hati akak x mati.tp akak x mampu menegah.hr geleng kepala dan tau itu salah.bkn semua org kita leh tegur kan..huhu

suri solehah said...

salam sunah..dunia dah akhir zaman..kadang benda yg dulu taboo..sekarang dah tak jadi kisah lagi...sampai tahap anak luar nikahpun bukan masalah besar..nauzubillah..takutnya membesar anak zaman sekarang

mynameismy said...

u rite babe!!!

NadiRah said...

semoga ditetapkan iman..
amin~

cik pulau said...

ya Allah... ampunkah dosa-dosaku yang lalu,,.
berikanlah aku petunjuk dan hidayah MU..amin..
^^,

Nisa' Pasir Gudang said...

boleh buat usrah blogger ni =)

... said...

as salam..
thanks.
suka entri tazkirah =)
moga dosa2 kita semua diampunkan-Nya.
ameen..

dunia dah nazak..macam2..haih..

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.