Ticker

6/recent/ticker-posts

Eh, Ustazah! : Sakit


Hujung minggu lepas, ustazah dengan Ustaz Fakhrul gi hospital bersama anak-anak murid. Ada salah seorang anak murid ustazah ditahan kat wad sebab demam denggi.

Ustazah: Nasri, ingat tak katil nombor berapa?

Nasri: 31, ustazah.

Ustazah: Orait. Kat sini lah rasanya.

Mereka mencari anak murid ustazah. Tak susah nak cari sebab setiap katil disusun ikut nombor. Senang, kalau tak jumpa boleh tanya jururawat yang bertugas.

Ustaz Fakhrul: Tuuuu! (sambil menunjuk ke arah katil nombor 31)

Ustazah: Aha... Assalamualaikum, Soleh!

Soleh: Eh, ustazah! Wa'alaikumussalam...

Nasri: Geng, cane hari ni?

Soleh: Alhamdulillah. Lebih baik dari semalam. Kawan-kawan pulak datang, makin sihat rasanya. Hehehe...

Eyra: Alhamdulillah... Mulut manis! Nah, buah epal! Bagi tambah manis! (Eyra menghulurkan buah epal yang dibawa bersama)

Soleh: Eh, susah-susah aje... Terima kasih...

Soleh menyambut buah epal yang diberi, kemudian meletakkannya di atas meja di sebelah katilnya. Tiba-tiba mereka disapa oleh seorang lelaki yang baru tiba.

Encik Adnan: Eh, ramainyaaa... (sambil melemparkan senyuman)

Soleh: Aha, ayah... Ni kawan-kawan sekolah. Ustaz dengan ustazah pun ade.

Encik Adnan bersalaman dengan Ustaz Fakhrul dan Nasri, kepada ustazah dan Eyra, Encik Adnan melemparkan senyuman manis.

Ustaz Fakhrul: Bila Soleh boleh keluar ni, pakcik?

Encik Adnan: Doktor kata tunggu sampai suhu badan stabil, ni asyik naik turun aje. Semalam da turun, lewat malam tu naik lagi.

Ustaz Fakhrul memegang tangan Soleh dan menyentuh dahinya.

Ustaz Fakhrul: Panas lagi ni. Cane leh tak stabil ni?

Encik Adnan: Dah dia lewat-lewat malam ngadap laptop dia tu aje kejenyeee... Bukan nak berehat.

Ustazah: Hamboiiii, update blog ke malam-malam? Patutlah ustazah tengok ada update walaupun kene tahan kat wad.

Soleh: Errr... Hehehe... Nak bagi cepat sihat, ustazah!

Eyra: Ye lah tuuu... Kang kitorang tak datang lawat lagi baru tahu!

Ustaz Fakhrul: Eh, mana boleh cakap macam tu... Kan melawat orang sakit ni sunat dan sangat digalakkan dalam Islam.


Eyra: Ops, minta maaf ustaz. Huhuhu... Saya bergurau je tadi.

Nasri: Haaa... Tu lerrr~ Kang makin tak sihat pulak Soleh sebab awak.

Ustazah: Dah, dah... Ade pulak bergaduh kat hospital ni. Kesian kat pesakit lain tu haa...

Nasri: Err... Maaf, ustazah. Terlebih emo pulak. Eh, pakcik, pesakit yang hujung tu sakit macam Soleh jugak ke?

Encik Adnan: A'ah... Tapi dia dah teruk sangat tu. Keluarga dia pun ramai yang datang dari jauh tu. Kesian...muda lagi tuu...

Ustaz Fakhrul: Kadang-kadang Allah turunkan sakit ni pakcik, bukan saja-saja... Sebenarnya Allah nak ampunkan dosa kita.


Encik Adnan: Iye lah kannn... Dari sakit ni kita dapat ganjaran pahala ye, ustaz? Tinggal kene sabar je, Soleh...

Soleh: Insya'Allah saya sabar lagi ayah...

Ustaz Fakhrul: Alhamdulillah...

Eyra: Eh, diorang tu baca Yaasiin, ustazah! Kenapa baca Yaasiin?

Ustazah: Sebenarnya, disunatkan untuk membaca mana-mana surah dalam al-Quran kepada orang yang sedang tenat. Moga dari pembacaan tu orang yang sakit ni dapat manfaat. Kan kita digalakkan untuk memperdengarkan ayat al-Quran kepada diri kita dan orang lain, apatah lagi yang sedang nazak. Daripada dia mendengar benda lain yang tak membantu dia untuk mengingati Allah ketika menghadapi sakaratulmaut, kan?

Ustaz Fakhrul: Yup, tak khusus kepada surah Yaasiin saje, Eyra. Dan Rasulullah s.a.w juga menggalakkan agar kita bertalqin kepada orang yang sedang nazak.


Nasri: Ooo... Dengan bacaan tu moga dipermudahkan urusannya menghadap Illahi kan, ustaz?

Ustaz Fakhrul: Insya'Allah macam tu lah.

Ustazah: Eh, dah nak habis waktu melawat ni. Ustaz, kita bacakan doa untuk Soleh dulu sebelum balik.

Ustaz Fakhrul: Oh, eloklah kita bacakan doa supaya cepat sembuh, al-Fatihah.


Ustaz Fakhrul: Ameen... Pakcik, kami gerak dulu ye. Soleh, jaga diri elok-elok.

Ustazah: Jangan lupa makan ikut waktu, dan jangan tido lewat. Bagi sihat badan tu dulu.

Soleh: Insya'Allah ustaz, ustazah. Terima kasih jugak, Nasri, Eyra, sebab datang melawat.

Nasri: Sama-sama... Takpe, ko makan je ubat banyak-banyak. Eh, makan je ubat ikut time, ye! Aku tunggu nak belajar flash sama-sama dengan ko ni. Leh wat header blog baru...

Ustazah: Haaaa... Blog lagi!

Nasri: Ops! Ehehe... Ok, ok... Saje nak bagi dia cepat sembuh, ustazah!

Eyra: Memandai je awak~ Dia ni memang camni, pakcik!

Encik Adnan hanya tersenyum melihat keletah kawan-kawan anaknya.

Ustaz Fakhrul: Ok, pakcik. Kami gerak dulu. Assalamualaikum.

Soleh dan Encik Adnan menjawab salam. Mereka saling bersalaman sebelum beredar meninggalkan wad.


"Barang siapa yang menjenguk orang sakit, maka ia akan selalu berada dalam kebun syurga." Orang-orang bertanya, "Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan kebun syurga itu?" Rasulullah menjawab, "Buah-buahnya." [HR Muslim] Dalam menziarahi pesakit pun ada adabnya. Teroka dan amalkanlah... Moga kita terdiri daripada golongan yang mendapat pahala dari amalan kita keranaNya. Ameen.

Post a Comment

24 Comments

  1. haha,haraplah saya tak macam tu :P

    ReplyDelete
  2. yeah terbaik ustazah

    tp nk jugak selit name ady ngn pcm

    nk jugakkkk

    ReplyDelete
  3. walaupun dlm bntuk dialog, masih bleh bygkn pewatakan masing dlm cter nih..byk perkara yg perlu amek berat ble lawat org skit..nice sharing Sunah.. :)

    P/s: aku jd baik dlm cter nih..hahha..pegang dahi ady, panas ke tak..hehehe.....

    ReplyDelete
  4. seronok baca... mmg baca yasin kat org sakit mmg biasa..tp klu baca talkin tu mcm pelik je...hehehe...selalu org dah meninggal je kita baca kan talqin kn....dah budaya...BTW...nice info...

    -Yok mampir diluk = gay dan bisex juga manusia biasa...jangan dihina...beri peluang mereka untuk berubah...

    ReplyDelete
  5. hehe bagus tol entry neh (^_^)
    i like ur way

    ReplyDelete
  6. kak sunah.. terima kasih untuk entry ni.. insyaALLAh saya akan sentiasa menziarah orang yang sakit..

    ^__^v

    ReplyDelete
  7. Sabar itu penting...
    Kesabaran itu akan mendekatkan diri kita lebih dekat kepadaNya.

    Jika semasa sakit asyik merungut dan mengeluh sahaja, pasti kita jadi semakin sakit. Banyakkan bersabar, tenang, dan ingatlah kepada ALLAH. Pasti dengan kesabaran itu akan membuatkan kita lebih tabah menghadapi penyakit yang dihadapi.

    Kekadang, bila sakit baru kita teringatkan DIA. Justeru, sakit adalah pemberianNya kepada kita supaya kita kembali kepadaNya dan tidak terus leka dengan keindahan dunia...

    ReplyDelete
  8. Salam,

    - TQ follow.

    - Nice sharing.

    ReplyDelete
  9. moga kita tak mengeluh lagi jika sakit :)

    ReplyDelete
  10. yep! betul3!

    kadang2 sedih jugak bila tengok kat fesbuk atau twitter, asyik mengadu mengeluh pasal sakit.

    padahal selama ni tuhan bagi sihat senyap je... xde pulak nak heboh2...

    ReplyDelete
  11. ustajah..ekeke..bagus2..nanti ustajah bagi n3 adap2 melawat orang sakit lak ek

    ReplyDelete
  12. waaa suka entri ni..=)thanx akak... camat malam..ngeee

    ReplyDelete
  13. baik ustazah..:)
    suka,semua entri kak sunah mmg terbaik.. penuh dgn ilmu..:)

    Jom Terjah Sini :)

    ReplyDelete
  14. yes, boleh online

    nak gak bace eh ustazah

    errrrrr, kite tinggal blog rindu gak nie

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com