BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, February 13, 2011

Derhaka Kepada Mat Gebu!

Saya derhaka! Maaf Che Mat! Saya terpaksa!

Bukan saya sengaja...

Tidak terniat di hati saya untuk melukai Che Mat!

Sungguh!

Err... Err... Sebab....

Sebab...

Sebab...susu pekat manis kat rumah saya tinggal sikit jek~~ Hahaha! Okie~ pagi tadi borak-borak ngan Che Mat kat SB pasal bingka labunye. Tiba-tiba cakap kat Che Mat nak wat Kek Batik. Che Mat pon bagilah link resepi yang dia derhakakan kat SINI. Maka, saya pon apa lagi...gi la try kan~ alang-alang memang dah beli bahan-bahannya. Kebetolan lak, biskut sama brand ngan yang Che Mat guna. :D

Cuma...saya derhakakan sikit...meh tengok ni...

Tiru kabus-kabus macam Che Mat! Hahaha~


*IKLAN*
Mereka juga join kempen~ 
Ammar Yasir & ♥ LT Gadis Senjakala ♥
Ade lagi...yang nak autopublish tengah-tengah malam ni gak...
Sama-sama kita tunggu diorang..

Bahan-bahan:

300 gram biskut marie, dipatah 4
125 gram mentega
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan VICO
1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
1/3 cawan susu HL (saya tukar air dan vanilla ye Che Mat~~)

Cara Menderhaka: Hahaha~ :D

Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam kuali, kacau dengan garpu hingga semua sebati.
Kemudian, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata-rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
Tuang dalam loyang bulat yang telah dialas dengan plastik (ni jek yang ada...takde plastik cling tu Che Mat~ Huhu~), tekan adunan tadi padat2 dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.

Hurm...menjadi jugak, alhamdulillah...mood awal-awal entry tadi gembira...sekarang tak bape nak gembira...sebab lalat la...hurm..sabar je la...lepas ni mungkin entry macam takde mood je...





13 comments:

ijam ismail said...

wow...ko wat aq lpr la..hm,,,nyum3...

Sunah Mohammad said...

@ijam ismail

ko tengah makan ke tu? cane ko makan?

yna fazlyna said...

sedapnye..lame dah tak makan kek batik buatan bkal kak ipar..

Sunah Mohammad said...

@yna fazlyna

ha? sape bakal kak ipar yna?

Mat Gebu said...

Perghhh..caya lahhh....terima kasih sudi mencuba...

hamihemo said...

best nya...lama x makan kek batik...nak sikit

hamihemo said...

best nya...lama x makan kek batik...nak sikit

logorithm said...

Sepanjang hidup I, I tak pernah dengar pasal kek batik, apatah lagik merasa. Namun tiba-tiba jer minggu nih I banyak mendengar/membaca pasal kek batik. Apakah?

masterfaiz.com said...

kek batik bukan susah..asal jangan terlebih mentega sudah... (mode: eksyen) ~

Sunah Mohammad said...

@Mat Gebu

terima kasih cikgu mat~ :D

Sunah Mohammad said...

@hamihemo

sila-sila amek...:D

Sunah Mohammad said...

@logorithm

john, tu tandanya u kena buat satu! haha~

Sunah Mohammad said...

@masterfaiz.com

o..yeke..jadi akak takyah antar ke blok faiz ye..sila buat sendiri~ :)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.