BLOG ENCIK SUAMI

Monday, February 14, 2011

KAMI Tak Sambut...K.A.M.I...


Isu Valentine's Day siap masuk paper lagi. Tadi pun bincang dengan senior & housemate tentang isu ni. Macam-macam...

Mereka tak puas hati bila pihak kerajaan pun tak bagi sambut Valentine. Malah, ada yang bising mengatakan seorang ustazah ni tak berapa betul hujahnya tentang Valentine.

Bukan sekadar tu, ada juga yang pertikaikan, kenapa kempen ni diadakan, sedangkan esoknya Maulidur Rasul. Tenggelam terus Maulidur Rasul bila ada kempen ni sebab sana-sini sibuk cakap pasal Valentine. Ada pihak mempertahankan dengan mengatakan fiqh awlawiyat kena apply kat sini. Mana yang utama, diutamakan dulu. Ada juga yang kata, biarlah seimbang kedua-duanya.


Ya, macam-macam pendapat ada...dan saya juga ada pendapat saya. Alhamdulillah, nampaknya masyarakat semakin cakna, tindakan pihak JAKIM melarang umat Islam di Malaysia menyambutnya betul, cuma penjelasan yang betul itu perlu. Mengenai kenapa umat Islam tak boleh sambut...bagi mereka benar-benar faham.

Tapi...terkilan juga bila baca komen-komen di media online tentang hujah pihak yang kurang bernas. Ada benarnya juga kat situ. Tersilap dalam berkata-kata tu bahaya...namun kata-kata yang silap tak boleh nak ditarik balik, kan? Melainkan memohon maaf pada pihak yang terasa.

Ya, Hari Valentine tidak pernah ada dalam kitab Bible, tetapi sejarah Valentine memang berkaitan dengan Islam dan Kristian di zaman silam. Disebabkan itu, ada halangan untuk UMAT ISLAM menyambutnya...untuk yang bukan Islam? Dipersilakan...selagi tiada isu moral yang timbul...

Dan sebab itu juga kempen ini dinamakan KAMI TAK SAMBUT HARI VALENTINE...bukan SAY NO TO VALENTINE...




8 comments:

AuTumN LeaVes said...

oh sangat setuju! bukan say no to valentine but xsambut valentine.

thumbsup writer!

Sunah Mohammad said...

@AuTumN LeaVes

terima kasih~

Bobo said...

mcm entry yg sy buat siang td laaa..kita xbleh halang penganut kristian utk sambut sbb itu sjrh dorg...:)

Sunah Mohammad said...

@Bobo

yup..ni yang jadi isu sekarang..kecoh semua pasal perkauman..hadoi...

... said...

as salam..
mengikut pandangan sahabat yang bermazhab imam Hanafi,

sebab sekarang ni, dunia akhir zaman kan..
jadi dulu perangi perkara2 yang ummat Nabi lakukan itu, telah menyekutukan Allah.basmi sebersih2nya.

mengikut pandangan sahabat yang bermazhab sama (imam Syafie), seimbangkan kedua-duanya.
kerana dalam 'berperang', kita menginsafi akan kelahiran Rasullulah.membawakan syiar Islam, mengeluarkan ummat dari kelompok kafir dan kufur.dengan cara ini, ummat Islam terus sedar akan kepentingan menegakkan agama-Nya dan pada masa yang sama, memuliakan Kekasih-Nys.dan dengan dengan cara ini juga, menarik minat orang2 kafir untuk berfikir.kenapa ummat Islam sanggup menentang dan pada masa yang sama, sanggup pula meraikan hari kelahiran Baginda junjungan Mulia pada masa yang sama. dan ini adalah sebahagian dari dakwah.

:)

Sunah Mohammad said...

@...

salam..yup, betul tu..that's why saya sangat berbesar hati bila Hakim menawarkan untuk berkempen bersama.. alhamdulillah.. :)

waveX said...

like..

Sunah Mohammad said...

@waveX

sila klik like..:D

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.