BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, February 19, 2011

Eh, Ustazah! : Dhuha


Di suatu pagi yang macam mendung-mendung nak hujan...

Nasri: Ustazah, kenapa tiap-tiap pagi saya nampak ustazah keluar gi surau?

Ustazah: Hurm? Tiap-tiap pagi kamu nampak? Kamu intai ustazah ke tiap-tiap pagi?

Nasri: Err...alamak, bukanlah ustazah! Saya memang ter-ter-ter-nampak-lah sebab kelas saya kan letak paling hujung, dekat dengan surau... (cover line)

Ustazah: O...okie-okie, ustazah percaya tu...kamu nak tahu sangat ke?

Nasri: Ye, ustazah...

Ustazah: Okie...tau tak Allah yang bagi rezeki kepada sekalian manusia?

Nasri: Tau, ustazah... Allah Maha Pemberi Rezeki...dalam asmaul husna, nama Allah yang berkaitan adalah ar-Razzaq...

Ustazah: Betul...pandai pun kamu, dah boleh jadi ustaz dah ni..meh ustazah nak cerita cara-cara nak dapatkan rezeki sambil menambah amal...

Nasri: Betul da boleh, ustazah? Wee~~ cepat cer citer~

Ustazah: Ye, ye... Rasulullah s.a.w bagi satu panduan untuk kita murahkan rezeki dan menolak kepapaan, iaitu solat sunat dua rakaat yang kita sebut sebagai Solat Dhuha.

Nasri: O...Solat Dhuha. Macam mana boleh dapat rezeki pulak, ustazah?

Ustazah: Ha...ustazah ada bawak gambar special ni~ Rasulullah s.a.w pernah bersabda..


Nasri: Apa kaitannya pulak dengan sedekah, ustazah?

Ustazah: Cuba Nasri renungkan pulak sabda baginda dalam gambor ni...


Nasri: Wah, banyaknye yang Allah bagi kalau solat sunat Dhuha! DIA Maha Pemurah kan ustazah?

Ustazah: Ye, betul tu..

Nasri: Oh, tapi... kena buat hari-hari ke ustazah?

Ustazah: Solat sunat Dhuha ni sunat yang sangat dituntut, tapi tak diwajibkan buat hari-hari... Macam dalam gambor kata-kata Aisyah r.a ni pulok...



Nasri: O...dah faham dah ustazah! Tak konsisten tak apa, tapi lebih elok kalau kita buat solat sunat Dhuha ni pagi-pagi kan?

Ustazah: Yezza~ Solat sunat Dhuha ni lebih afdal jika dilaksanakan ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya...masa ni lah badan kita memerlukan rehat barang seketika lepas penat bekerja.

Nasri: O...ustazah, ustazah...penat tak jawab soalan saya ni?

Ustazah: Eh, kenapa tanya macam tu?

Nasri: Mesti penat kan, ustazah? Jom kita gi solat sunat Dhuha! Saya nak Allah murahkan rezeki saya jugak!

Ustazah: Hehe...bagus-bagus. Jom lah...esok boleh ajak kawan-kawan lain jugak ye, ajak je Atikah dengan Ismail tu...:D


ENTRY CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!




24 comments:

~...AmALinA....~ said...

suka la entri ni..=)

anies anessa said...

tanx akak sunah...nice info...terutamanya kat saya dan semua umat Islam yg tidak tahu akan erti di sebalik solat dhuha ni

Qaseh dalia adelia said...

thanx dear

Sunah Mohammad said...

@~...AmALinA....~

share ngan yang lain amat dialu-alukan.. :)

Sunah Mohammad said...

@anies anessa

sama-sama sayang...:)

Sunah Mohammad said...

@Qaseh dalia adelia

u're welcome, dear..:)

putERi-kAtEk said...

assamualaikum ustzah sunah :D

NadiRah said...

wah!! bagus2..lamanya tak ngomental kat sini...rindu pulak.. =)

ιѕмaιl pυтra aιdιl adнa said...

cam perli kite je =P

Sunah Mohammad said...

@putERi-kAtEk

wa'alaikumussalam anak murid baru~ :D

Sunah Mohammad said...

@NadiRah

betul! lama sangat dah! huhuhu~

Sunah Mohammad said...

@ιѕмaιl pυтra aιdιl adнa

mana da perli-perli~ haha~

waveX said...

~like~

z a k w a n said...

yessssssssss. ana memegang watak utama di situ.
lakonan yang mantap. menyentuh hati.

kepada pelakun extra. nah ambik gaji ni ...heeeeeee

tapi yang penting nya disini ambik pengajaran ya.

Sunah Mohammad said...

@waveX

like gak!

Sunah Mohammad said...

@z a k w a n

dia berlakon, dia memuji..memang bagus lah! :D

yup, amek pengajaran, ok?

... said...

as salam..
suka entri ni ;) keep going!~


peringatan untuk terus beramal..walaupun cuma amalan sunat

:)

Sunah Mohammad said...

@...

terima kasih!

Inayatullah said...

Sayang sunah... Syukran for precious info

Sunah Mohammad said...

@Inayatullah

sayang kamu juga~ afwan~

udin said...

hurm.. nice info.. selamat beramal.. :)

Sunah Mohammad said...

@udin

terima kasih udin~

Hafriz Mohamad said...

suke entri ni..
bila bace yg wataknya name nasri.. trbayang wajah nasri kwn sy.. hihi.

Sunah Mohammad said...

@Hafriz Mohamad

o..sama nama.. :)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.