Gambar dari SINI

Kamu diberi dua jalan...

Pertama, jalan yang sangat lurus, beratap bumbung bagi mengelakkan panas terik matahari, namun di hujungnya berbahang panas tiba-tiba dek bumbung yang dah habis di penghujung jalan. Kamu bakal rasa terbakar.

Kedua, jalan yang berliku-liku tajam, tidak berbumbung kerana masih belum ada pihak yang mulakan langkah untuk memajukannya, tetapi nun dihujung sana ada rumah rehat menanti, dengan penghawa dingin yang akan menyejukkan. Kamu bakal rasa tenang dan damai.

Mana yang akan kamu pilih? Yang mudah tetapi hujungnya sengsara, atau yang sukar tetapi hujungnya bahagia?

Mana-mana jalan yang kita pilih dalam hidup ni, Allah bagi kita hak untuk pilih yang mana, tapi semuanya juga dalam pilihan Allah. Kerana Dia Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya. Dia bagi petunjuk bila kita mintak petunjuk. Kalau kita tak mampu nak memilih sendiri, Allah anjurkan solat istikharah dan musyawwarah. Solat sunat dua rakaat untuk mohon petunjuk, dan bertanya pada yang 'ilmu untuk meminta pendapat.

Namun... Untuk mencapai bahagia di hujung jalan, bukan kerja mudah! Sedangkan mujahadah pun perlu pada perngorbanan, apatah lagi hidup kita sebagai manusia yang mencari redhaNya di muka bumi...

Wallahu'alam.