BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, July 14, 2011

Bila Remy Ishak Cakap Tentang Kahwin


Huk aloh.

Letak tajuk ni mesti kene serang dengan anon. Sama macam dulu, letak nama abang Fahrin...padahal memang panggil papa Ben guna nama tu pun. Sekarang da tukar, takmo dah abang Fahrin, guna papa Ben je... Macam teddy bear kannn? Teringat lagu papa Ben, mama Ben, teddy Ben... Erkk! Habis la kene sekeh kepala sat gi~ Hahaha~

Copet gambo kat fanpage dia yang tak bape popular (sebab ade lagi satu fanpage yang popular sikit)

Sebenarnya tadi baru pas baca berita kat utusan, pasal wanita pilihan Remy. Ingatkan ada la senarai wanita pilihan tu, rupanya takde. Dia just cakap je kalo bakal isteri dia tu seorang artis, dia akan suh wanita tu kurangkan aktiviti seninya.

"Ujar Remy lagi, jika jodohnya itu dengan seorang artis, dia mahu isterinya itu kelak akan mengurangkan aktiviti seni dan lebih menumpukan perhatian kepada keluarga untuk mendalami tanggungjawab sebagai seorang isteri." [Utusan, 2011]

Haa... Tengok, Remy pun nak isteri yang mampu jaga keluarga dia elok-elok. Korang tak nak ke??? Semalam hangat gak isu tentang isteri lebih sesuai duk rumah ni bila encik jiran bukak sesi perbincangan kat FB. Saya ada bagi pandangan saya sendiri tentang ni...

"tentulah saya setuju bila bergelar isteri lebih SESUAI tempatnya di rumah... salah seorang pensyarah saya (merangkap PA), selalu berpesan dan berkongsi dengan kami bahawa dia lebih senang meletakkan tanggungjawab isteri itu di rumah, mendidik anak-anak dan menjaga rumahtangga... yesss, isteri dia isteri yang berdegree dan berpendidikan... dengan itu, dia lebih faham untuk mendidik anak2 dia macam mana...

tapi jika aspek ekonomi yang nak ditekankan kat sini, tak salah kalau isteri bekerja bersama-sama, saling membantu menjaga ekonomi keluarga...tapi bila sampai hadnya (da ada anak untuk dibimbing), lebih elok berhenti bekerja untuk jaga anak2 pulak... jangan nanti bila bekerja, suami ke mana, anak2 ke mana.. wallahu'alam.." [kalau kamu friend saya di FB, boleh ke SINI untuk baca pandangan sahabat-sahabat lain jugak]

Pandangan kamu pulak?


29 comments:

Rafidah Farhana said...

Nak kahwin memang banyak komitmen kan? Sekadar pendapat sayalah, saya lebih suka wanita sekarang ada kelulusan sekurang-kurangnya sebelum berkahwin. Tentang kehendak suami nak isteri di rumah macam hmmm.. hahaha.. saya suka kerja..*gatai

Iffah Afeefah said...

betul

bila tak keje

laki mula ungkit sy je keje

sy pnt kat keje mne awk tahu

kan da kene



nak cerite kawen lagi la...

Niena Pengembara Ilahi said...

sebelum baca abis.. FAHRIN tu akak yg punye tau!

Niena Pengembara Ilahi said...

betul.. kalau bekerja pn msti kna utamakan keluarga.. tpi risau jugak sbb keja mcm ni.. akak rasa akak mmg xlama, mungkin 10 taun lgi berenti la kot.. :D

Niena Pengembara Ilahi said...

erk...utk Remy Ishak akak sanggup berenti keja skang gak.. (~.~)

JIJI YU said...

reny tiru aku ke pe weyh

FasiHaH SupiaN said...

Pandangan saya: bila kedudukan ekonomi suami kukuh, isteri di rumah itu terbaik, anak2 membesar terjaga... tapi kalau ekonomi tak kukuh, isteri boleh bekerjasama..tapi jgn smpi anak2 terabai...terpulang pada individu...

JIJI YU said...

nape ek ngn temptlate baghu aku..ade sumthing wrong ke..gitau le weyh..

Sari Yusa Ibrahim said...

kewangan memaksaku bekerja... huk huk

syarifahsidrus said...

sekarang isteri selalunya nak kerja, sebab rasa sayang dah belajar tinggi2 kan. tak salah pun nak kerja, janji pandai bahagi tanggungjawab antara rumah dan kerjaya. jangan sampai anak2 nanti yang terabai

suhaili sarif said...

akak sokong pendapat2 semua..
tp ape pun,if isteri tu x kerja and stay rumah,hope jangan stop bekerja.meaning online working mom
mcm2 akak tgk org buat skrg.maybe leh bukak small bisnes mcm kek,biskut jahit baju dll..
sbb apa akk rasa sbgai seorang isteri kena ada back up.nauzubillah apa2 akan jadi pada para suami..mungkin something boleh berlaku mcm kematian,hilang,penceraian dan sbgainya tp mcm akak ckp nauzubillah.hehe

sbb akk tgk ramai juga lelaki meninggal muda dan ada kes cerai awal.jadi,jangan stopkan diri kita dari cari nafkah..

suhaili sarif said...

p/s: remy ishak!!!!!!!!!!!!

::blog anak jawer:: said...

walau tinggi mana jawatan isteri... atau se popular mana pun dy... jgn lupa tanggungjawab sebenar seorg isteri...

mynameismy said...

standardla tu sume lelaki nk pmpuan yg solehah, baik leh jg die..

sdgkn lelaki yg jahat yg byk buat dosa pun dambakan isteri sesempurna Khadijah... kdg2 kalau die bercinta dgn pmpuan krg elok ni last2 die nk buat bini mesti nk yg perfekto punyeeee... kan kan..

p/s: My dah email kat Ady pasal tu.. lum berjawab lagi.

iLa VaNiLLa said...

kene jalani kehidupan tu dulu bawu tawu erti sebenar.. :)

aizamia3 said...

bergantung pada keadaan dan kewangan dalam membina institusi kekeluargaan.. sejauh mana suami boleh membimbing isteri dalam mengharungi susah dan senang..

isteri bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.. tapi dalam masa yang sama suami juga perlulah memainkan peranan dalam mendidik anak-anak.. jangan 100% letak di bahu isteri..

kalau nak juga isteri berhenti kerja dan duduk dirumah, make sure GAJI BULANAN tu cukup untuk bayar semua yang berkaitan.. kalau tak mampu jangan pandai nak mengata isteri sedangkan diri sendiri belum betul..

psstt: apa yang penting kerjasama dan komunikasi 2 hala.. insyaAllah hubungan itu kekal sepanjang hayat.. ;)

mynameismy said...

My hantar kat emel die yg @tv3.com tu die still can view kan?

ececece tahu je cik abe die pi melaka..auuwww..;D

Anwy thanks for the info Sunah!

tamlegend said...

apsl asyik cerita pasal nikah kawin je ni sunah...???hehe...seru dah sampai ke???

kiera'sakura said...

betol tempat isteri disis suaminya..
tapi tak salah isteri nak bantu ringankan bebanan suami..

asalkan suami izinkan isteri bekerja.. tue x menjadi masalah.. janji si isteri tau tanggungjawab die dalam menguruskan rumah tangga..

Подтверждаю said...

as salam..
page fb tu :
this content is currently unavaiable?

ok, pandangan pakcik pun lebih kurang dengan yang lain. tapi pakcik mengutamakan pendidikan anak2. ekonomi rumah tangga, soal yang lain.

yang penting, apa saja yang berkait dengan hal anak2 patut dikawal selia sebaik mungkin..

soal siapa menjaga perihal dirumah, jika ia berkait dengan ekonomi, ambil pandangan give and take. tapi pada pasangan, jangan diambil kesempatan dari sudut mencari sumber ekonomi tu eg, overtime.

selain kehidupan sendiri dan isteri, kehidupan anak-anak (gaya hidup) akan datang, patut dijaga sedari kecil..

walaupun dalam Islam, telah diberikan sumber sumber sahih menjaga keharmonian rumah tangga, dengan cabaran hidup sekarang yang semakin mencabar, pasangan harus ada keserasian terhadap pasangannya.

masa tidak menunggu, mana ada masa yang terluang, pasangan yang tidak berbuat apa2, ambil alih tugas. tugas mwnjaga keluarga, bukan terletak pada satu pihak saja. betul acuannya, insya' Allah anak-anak dan keturunan yang akan datang akan mengikut acuan yang sama. dan mungkin lebih baik.

wallahua'lam.

=)

siti kektus said...

kalau kite di beri pilihan, kite nak jadi suri rumah sepenuh masa je kak. ;)

BeloG MTT said...

Ura ura mengatakan dia dengan Tiz Zakiyah ekk? hehe Tergosip pulak kat sini.. :D

aimie amalina said...

wa...topik hangitt! nih..hehehe...isteri bekerja tu ade pro n cons nyela...pro nye tolong krgkn bebankan suami bg yg krg berkemampuan, so, dpat menyelamatkan ekonomi rumah tangga, dpt mengurgkan ketensi an dalam hidup..yela..sekarang ni sume dueeeeeeeeet jek,,nak berak pon kene duet..heee..ape ckp pasal berak ni..ish2..sori kak sunah! hehehe..tap betolla kan...tu dari sudut pro nyela..

dari sudut cons nye, tula, kalo dah beranak pinak, anak ramai, anak-anak itu akan kekurangan bukn saje dr aspek kash syg, segala aspek la..terutama, keharmonian islam itu sendiri yg sepatotnye, diterapkan dr kecik smp beso..barula ble gune pepatah melentur buluh biarlah dr rebungnye =) kalo due2 bz keje smp x de mase utk anak..itu agak berat disitu...

walaubagaimanapun, bende ni boleh diatasi dengan permuafakatan suami isteri la..mungkin isteri bole kurgkan mse keje, mean, cri keje yg membolehkan die senang juga untuk urus anak2 tu~ sebab anak selalu dekat dgn ibu kan..dr ibu, boleh terap kasih syg selembut sutera supaya menghormati si ayah dan lain2 =)

waa..pnjgnye aku merepek ni..hihihi..~luahan dari hati kecik saye! =))

Munna said...

ada betulnya jgk tu...skrg2nya da boleh jwb kata2 org 'blaja tinggi2 last2 ke dapo)..kan?

kalau pndptn suami da boleh sediakan serba serbi,sy pun nk ddk rumah juga...didik anak sendiri lg selamat...

mcm sunah ckp td..dok kejar kerjaya sgt...nnti anak ke mana suami ke mana...isy3..tak sanggup...

yg pnting ada tolak ansur n masing2 sdr tgg jwb masing2 kan...perbetulkan niat plg utama. =)

mas saari said...

pendapat akak, zaman sekarang ni tak boleh seorang je bekerja... mesti tak cukup! bukanlah nak kejar harta tapi untuk kesenangan bersama dalam membesarkan anak2..

sebagai suami isteri kita kenalah pandai bahagikan masa antara kerjaya dan rumahtangga! dahulukan mana yang lebih penting...

macam akak dan husband dua2 bekerja dah hampir 10 tahun tapi kami boleh besarkan anak2 dgn sempurna... cukup makan pakai dan didikan..alhamdulillah!

alinac lover said...

yong rasa yong nk dok rumah jerk heheh

[sutera kasih] said...

semua tu bergantung kpd ekonomi sesebuah keluarga jgk kot hehe..

kalo ekonomi stabil, lg elok isteri d rmh..blh jgk buat kerja sampingan kalo bosan2, cthnya blogging ke hihi bisnes online ke..ye tak?

b a m b a m ' s said...

i lar tuhhh~

muahahahhahahahahhaha

sergeant keroro said...

setuju!!

dan juga bergantung kepada individu tersebut.

p/s : bini doktor, susah kot. kan?

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.