BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, July 6, 2011

Cemburu Dengan Dia...


Thin Blue Flame by ~small-things on deviantART

"Sejujurnya Irfan bukanlah lelaki yang memiliki ciri-ciri yang kuidamkan selama ini. Dia juga bukanlah lelaki yang kuimpikan untuk dijadikan imam dan suamiku. Sesungguhnya aku mengimpikan seorang lelaki soleh yang boleh kutumpang bahtera iman dan takwa yang dikemudi olehnya. Sedangkan Irfan bukanlah lelaki yang berada dalam bayangan mimpi indahku itu. Mimpi yang ternyata begitu jauh untuk bertukar menjadi realiti hidupku.

Bukan senang untuk aku menerima Irfan dalam hidupku. Bukan senang untuk aku meletakkan Irfan dalam posisi hatiku yang sebelum ini telah pun kuisi dengan satu nama. Satu nama lain yang aku sungguh berharap untuk menjadi bidadarinya di dunia dan di syurga. Seorang pemuda yang berjaya mengetuk pintu hatiku dengan cintanya. Sesungguhnya terlalu banyak aku memujuk hati ini untuk belajar menerima Irfan dan redha bahawa dialah jodoh yang dikirim Allah buatku."

Antara isi dalam Prolog novel Stanza Cinta inilah yang membuatkan saya tertarik untuk memiliki novel ini dan mendalaminya...

***

Pernahkah satu saat kamu rasa diri kamu begitu kurang dari segala segi, sedangkan dia begitu melangit tinggi kelebihannya. Ilmu dan iman dalam dada masih terlalu kurang jika dibandingkan dengan dia yang setiap tingkahnya mengingatkan kamu kepada Allah. Subhanallah, rasa diri begitu kerdil. Rasa cemburu kerana cinta dia kepada Allah sangat tinggi berbanding kamu. Tapi rasa cemburu itu menimbulkan satu perasaan lain yang tidak kurang baiknya, iaitu ingin menjadi sepertinya!

Bersyukurlah kerana kamu diberi satu hati yang mahu menjadi insan yang lebih baik, yang terdetik walau satu saat untuk bersama-sama mencari keredhaan Allah di muka bumi ini...kerana hidupnya kita di dunia ini tidak lain hanyalah untuk mencapai redha di sisi Allah...maka teruskan usaha itu! Insya'Allah satu hari nanti kamu juga akan menjadi hamba yang mencintaiNya melebihi segala-galanya...


25 comments:

syarifahsidrus said...

allah sentiasa tentukan yang terbaik. siapa yang dia kurniakan sesungguhnya ada sebabnya kan :)

Iffah Afeefah said...

betul ramai y masih tercari2 hati tu

niena shopping2u said...

wahh.. akak rasa cam nk dptkannye jugak lah, mcm best cite tu.. dlu akak hantu novel tpi skang ni.. erm, akak da 2 taun xbca novel..

NadiRah said...

sume dh jtoh hati ngn stanza cinta..huhuhu

nuruashia ♥ said...

kak limah tersentuh dgn ayat last tu..:(Insya'Allah satu hari nanti kamu juga akan menjadi hamba yang mencintaiNya melebihi segala-galanya...

Подтверждаю said...

as salam..
subhanAllah..
sesungguhnya ia sebahagian dari peringatan-Nya kepada kita untuk saling berlumba-lumba mendapatkan redha-Nya.

lumba-lumba tu, bermaksud, kita sama-sama, bukan seorang, malah semua umat Nabi Muhammad..

bila sebut cemburu mengejar redha-Nya, pakcik teringat arwah rakan seperjuangan..mungkin sukar nak mengejar apa yang mereka perjuangkan. tapi jangan sekali-kali kita berputus asa.

melainkan 2 perkara ini memutuskan kita dengan dunia.. maut, kiamat.

wah! mana nak download novel stanza cinta? suka prolog bait2nya..

=)

erk. dah azan. huhu..pakcik datang kembali lagi nanti ;)

JIJI YU said...

ehehe..ade cite sal ni dulu2..mmber aku senirii..dapt husband hancos..tapi tak putus2 die doa..sekang ni husband die..dah ajdi cam ostad rock gitu

FasiHaH SupiaN said...

hmm..betul tu....berdoa untuk menjadi yg lebih baik...

SoLy SoLicious said...

carilah husband yg boleh bw kite k jalan kebaikan ^__________^

suhaili sarif said...

akk ada juga rasa mcm amni sorfina
rasa segan je org yg tinggi ilmu..
tp bak kata ustaz pahrol mohd joi,
kalau nak soleh kena jadi solehah..huhu
insyaALLAH sama-sama kita baiki diri utk mendapat yg soleh :)

sergeant keroro said...

sentiasa tanamkan hasrat untuk menjadi lebih baik, dan sentiasa amalkan.

p/s : ala, nanti dia terima jugak ke irfan tu? baru nak ikut drama punye T.T

kiera'sakura said...

kira sendiri tengah berusaha jadi lebih baek.. sbb untuk mendapat yang terbaek kita sendiri kena jadi yang terbaek... =)

mas saari said...

sangat puitis bait2 kata novel ini...mesti best kan?

Cik Aqilah Wardah said...

ptg tadi... baca Bismillah... then bukak novel stanza cinta...

then, tutup balik... x sihat, bimbang x mampu menghayati.. hikhikhik...

tergendala lagik.. ^_^

Sarah Sayuri Hartnett said...

tak semua yg kita dapat adalah apa yang kita mahukan tapi kita slalu dapat semua yang kita perlukan :))

*errr best ke novel tu?*

Adam Zulhilmi said...

adam datang nak senyum je.. ^_^

belog amiyo said...

kena bersyukur dengan apa yang dah kita dapat ni. :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tak pandai nak komen apa.tp..akak rasa bak atau buruk yg kita dpt pasti ada hikmahnya.mungkin smpi mati ada org tak bahagia..tp syurga jaminan buatnya.dan org yg bahagia blm tentu dpt ke syurga kan dik?

Fathin Fazila Razali said...

wow!!! bes. tapi bagi zyla kita ni mmg kurang dari segala segi. dan kenapa kita selalu rasa kekurg sebab nanti akan ditemukan dengan pasanagn yang boleh melengkapkan kekurangan itu.

Ain_ Suke Senyum said...

ain singgah sini .
nk mintk tlg cument entry ni leh ?

http://zurain93.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

tq .

cik pulau said...

wahh. stanza cinta.heheh.

rasa diri ni serba kekurangan untuk dapatkan yang terbaek..
tapi masih berdoa agar dipertemukan dengan insan yang boleh bawa kita ke jalan Allah..^^,

aimie amalina said...

=) moge hati ni x berbelah bagi untuk-Nya...sentiasa mahu dan mahu...

Подтверждаю said...
This comment has been removed by the author.
tamlegend said...

tolong jawabkan untuk cik fazila...yer sakura yer...kekurangan yang dilengkapi oleh pasangan itu adalah fitrah...kekurangan yang cik sakura maksudkan kat sini kekurangan iman...agaknya lah...ckp cik fazila mungkin btoi...sbb aku pernah baca quote "perkahwinan sempurnakan iman"..may be this not ordinary quote...wallahualam...he

b a m b a m ' s said...

sunah...akak x baca2 pon lagi novel stanza 'kasih' nie..kekekekekeke..beli ke main.. baca x sempat lak..huhuhu

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.