BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, July 19, 2011

Hisap Darah...


Dalam kata yang sepatutnya, berbekam.

Ramai yang tanya saya tentang ni, jadi meh la kita sharing-maring yeee~


Bekam (al-Hijamah) ni merupakan salah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah s.a.w untuk umat Islam. Tujuan dia adalah untuk keluarkan darah yang ade toksid berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Bekam ni antara salah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi umat Islam.


Antara kebaikan berbekam ni adalah macam kat bawah:
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki
  • Membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
  • Membantu meringankan tubuh (darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas)
  • Membantu menajamkan penglihatan (peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur)
  • Membuang segala gangguan makhluk halus

Itu ape yang tertulis dalam risalah yang saya dapat masa berprogram di Lubuk Buntin hari tu. Saya turut mengambil kesempatan tu untuk rasa sekali pengalaman berbekam. Untuk berbekam ni, perawat akan bukak dulu laluan bekam kat tengkuk kita, bila da bukak laluan ni, baru leh bekam kawasan yang sakit.

Perawat ni akan cek kawasan yang sakit masa bukak laluan darah dengan buat urutan ringan kat belakang kita. Dia tekan-tekan, akan ada bahagian yang ditekan tu rasa sakit. Saya bekam bahagian urat leher dan bahu yang tegang (sebab banyak mengadap lappy kot~), siyes banyak darah kotor keluar dengan derasnya... Pekat lak tu... =.=

Tentang darah yang keluar lak, perawat ni berkongsi dengan penduduk kampung, ada macam-macam jenis darah kotor keluar dari tempat yang dibekam. Ada yang berketul-ketul dan ada yang bertali-tali, bergantung pada penyakit dalam badan kita. Pesakit gout selalunya darah yang keluar tu bertali-tali.

Proses membekam lak bukan dengan cara tradisional dulu-dulu. Kalo dulu-dulu kita guna pisau yang dipanaskan, sekarang da ade alat moden sikit untuk sedut darah ke permukaan kulit sebelum 'tebuk' guna pen berjarum khas. Cup dia pun ada macam-macam saiz. Hari tu perawat dia buat lima cups kat bahu saya.

Gambar amek kat google, lebih kurang camni lah alatnye...

Sakit ke tak? Masa disedut tu rasa macam kulit tegang lerr... Sebab kene sedut. Tapi bila da siap bekam, rasa legaaaaa... Alhamdulillah ringan sikit rasa bahu. Hehehe... Dan yang penting, bekam jangan dipaksa, kena bersedia untuk dibekam dengan ikhlas dan rela hati. Untuk membekam lak, perawat wanita untuk pesakit wanita, perawat lelaki untuk pesakit lelaki.

Ni kan Sunnah Rasulullah s.a.w. Nak amalkan sunnah baginda, haram lah untuk kita mencampur dengan yang haram di sisi Allah... Buat ikut syariat, insya'Allah dapat pahala... :)


45 comments:

H.J said...

berapa kos utk satu sesi yer??

nuruashia ♥ said...

semalam doktor bekam dtg umah kak limah sebab abh, abg dan abg ipar kak limah berbekam heheheh

waN Mohd Salim said...

akak amende ni ?

Niena Pengembara Ilahi said...

erm... hosmet akak naik sejenis bisul.. kami bekam sndiri, tapi rosak sbb cup tu direndam lam air brcampur dettol yg terlampau panas..tpi lps berbekam ni insyaAllah badan kte akan rasa mcm ringan,

Sunah Sakura said...

@H.J

kalo kira bisnes, dia bekam 1 cup RM5...

mizzkechique said...

tkt nk berbekam..huhu

senyumSOYA said...

x sedia nak berbekam.. nanati dah ready nak juga buat sebab sunnah Nabi kita.. insyaALLAH~

Idah said...

syoknya kalu dpt bekam cam tu...nak suruh tubuh jadi ringan...silap2 boleh terbang pulak...

syarifahsidrus said...

macam best je.hehe

Aku Ibu Muda said...

pernah temankan husband berbekam dgn kawan lama dia, perempuan..tapi dia buat depan kita lah dan tukang bekam tu pon pakai glove :)

YAYA AZURA said...

owh..berbekam..kak yaya ingat ape td..hikhik ^^

Sunah Sakura said...

@Aku Ibu Muda

aurat wanita dan lelaki berbeza...dan dalam hal aurat lak yang banyak kena jaga adalah mata kita... ;)

aimie amalina said...

dah lame nak cube..tap taaaaatottttt, huhuh.,mest resdung cepat pulih ni..huhuhu..n cepat kurus..kikiki..=p

tamlegend said...

wah...baru tnya best pasal bekan...terus buat entri...hehehe.bagus2

Nora Shahaira said...

betul tu ..kena ikhlas nak berbekam ni..tengah2 ni rasa macam tak ikhlas je...haha..macam sakit je..lama pula tu..huhu..

~..Lesung Batu..~ said...

tak penah try lagik..tringin nk try..=)

Tentang Kita said...

teringin gak nk berbekam nie..kat kepala leh x?

::blog anak jawer:: said...

laki bagus berbekam... Salah 1 cara nk buang darah kotor,..cara lain, rajin2 la derma darah..

Iffah Afeefah said...

erkkk ai mmg tak sedia sokmo..hah? ym?

ai on9 kite ym kalau tak mknenye ai bizi atau kua

Sunah Sakura said...

@Tentang Kita

boleh...untuk legakan sakit kepala dan migrain..

belog|amiyo said...

ingat nak try la kat kepala. kepala aku selalu sakit2.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

5 ke dik?akak teringin nak cubalah..huhu.sgt berat rasa bahu ni

Qaseh dalia adelia said...

huhu tengok dalam tb , byk darah kuar .. takutt tgk

sergeant keroro said...

nak try, kat utm ade tak?? hehe

p/s : baru balik ni, nak terjah semua entri :P

JIJI YU said...

wat ngn lintah mmg menjadik gak..

tamlegend said...

popup window...?ape tu???sunah tolong ajar le...

tamlegend said...

ape gunanya pop window ni???

efa nur said...

waahh..boleh hilangkan malas rupanya..nak rajin2kn berbekam laa..hee :D
tenkiu sis..misSssss u!! :)

mas saari said...

akak teringin nak cuba...tapi takut lah! hehehehe

mynameismy said...

My dah lama sangat nak cuba bekam ni Sunah sebab My ni selalu sakit badan n ada migrain...

tp tak buat2 lagi sebab tak berkesempatan.. pastu ada rasa takut2 gak..-.-'

MERAH said...

SALAM, Teringin nak buat tp kat mane nk dpt nye.amik masa lama ke tak?

cik pulau said...

tak pernah buat lg..uhuhu

Kalamhati said...

akak blum cuba lagi..abang akak aritu bawak anak dia yg resdung pegi..

zuwaidah said...

kak zu ni penakut sikit, even nak suntik pun kena pejam mata, tak berapa langsung nak tengok jarum

Fiqas said...

teringin gak nak berbekam.. tapi rasa gerun la..

b a m b a m ' s said...

paling menarik kesan dia adalahhhh!!

Membantu memecahkan lemak

okeh nak cuba!! hahahaha.. :P

blog-tips-kurus said...

sedang mencari masa yang sesuai utk try. opismet dah p kusus bekam ni so nak buat dgn beliau je. :-)

FasiHaH SupiaN said...

xpernah berbekam....tapi abang sy selalu berbekam...dia kata seronok, rasa lega dan ringan...

suhaili sarif said...

ngilu rasanya,hehe
wah teringin juga nak berbekam
mesti membuak buak darah keluar
gulp!!!

thanx for sharing maring sunah

rosmina samin said...

tak pernah cuba, tapi teringin pula ;)

syaimz said...

wah, sebelum ni tak jelas sgt pasal berbekam (:

pasni nak mencuba lah. bagi buang itu darah (:

cucu umie said...

ayie tak pernah cuba but member pernah cuba..sem lepas dekt upsi ad pogram and then ad orng bt rawtn bekam nie kt kolej..care islmanyer mcm dekt atas tu..

Siti Arfah said...

Salam ziarah k.sunnah. :). Entri yg bermanfaat buat semua. Tq ya !

Mutiara Bernilai said...

bebrekam rupanya..ingatkan anagh yg hisap darah :P

logorithm said...

I think... untuk meredakan/mencegah sakit tengkuk/leher, boleh lah try makan pisang untuk breakfast. Ini menerusi pengalaman sendiri...

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.