BLOG ENCIK SUAMI

Monday, July 18, 2011

Jaga Baik-baik...!


"Eeee...tengok sikit..." Hosmet yang datang menjemput kami di airport bersuara semasa saya melihat bekas bekam pada cermin besar dalam surau Jusco Bukit Indah.

"Eh, eh..." Aunty macam geli-geli melihat bekas bekam (saya memang panggil hosmet yang ini sebagai aunty). Disentuhnya sedikit, saya terus menjauh ke hadapan. Sakit. Ya, masih terasa lagi sakitnya bekas bekam itu.

"Sakit ke?" tanya Aunty. "Aiyok... Sorry, sorry!"

"Rasa macam sakit lebam tu lah... Macam kecik-kecik dulu, kita tiba-tiba ada kesan lebam-lebam kat badan, orang-orang tua kata kene hisap dek hantu... Ekekeke..." Saya berseloroh sambil tersengih.

"Aha... Lebam macam tu, sama la kan... Darah kene hisap... Hahaha~" Kami tergelak.

"Eh, kenal tak kak Midah?" tanya Aunty. Saya menggeleng.

"Ala...dia tu orang HPA, pandai tengok jari-jari kita ni pasal bab-bab kesihatan. Aunty takut lah..." kata Aunty sambil melihat kedua-dua belah tangannya.

"Dik!!!" Tiba-tiba perbualan kami terganggu oleh suara seorang kakak yang sedang memilih telekung. Kami menoleh.

"Sape punya purse kat sini ngan kat situ?" tanya dia. 'Eh, akak ni...awat garang semacam aje...' Saya tertanya-tanya dalam hati.

"Kitorang punya, kak..." Aunty menjawab.

"Jangan letak sini, dik. Bahaya... Kang hilang."

"Owh, kitorang nak letak sekejap je tadi, tengah borak-borak jap."

"Kejap pun bahaya dik, adik akak dengan kawan dia, tiga orang masa kat XXX punya surau, sekaligus hilang handbag tiga-tiga masa tengah solat sebab letak macam ni je."

"Ye ke... Ish, bahayanye..." Perbualan diteruskan dengan perkongsian oleh akak tu tentang kisah kecurian yang lepas...

Terima kasih kat akak tu yang bagi peringatan. Kamu-kamu semua, pun kena jaga-jaga barangan berharga masa dalam surau or masjid kat mana-mana. Sekarang ni dalam rumah Allah pun orang berani buat dosa tanpa rasa malu! Macam kisah CA Nadh dulu la...


31 comments:

Syat0za Zai said...

semua tempat dah bahaya skang ni >_< sobss~

Iffah Afeefah said...

huiiii skitnye

serius ke buat????


duit mmbutakan mata mnusia

akoo said...

huhu btol3.
skang ni senang je org nak curik2 kan..
kat surau pon same.
takot nak tggl barang wpon sekejap.
=)

::blog anak jawer:: said...

di tempat kami, tempat paling bahaya ialah masjid...terbalikkan..sebab banyak sgt jembalang bertopengkn manusia mencuri time org tengah solat..

~cik emmie~ said...

surau dah tak selamat dah... kena hati2.. my mom penah kena kat surau sogo..sekelip mata handbag hilang..tengah pakai stoking handbag ka tepi kena kebas.....

JIJI YU said...

bile dah nafsu memandu akal dan hati..loceng tuhan tak dihiraukan lagi..cam tu le jadi

aiman said...

betoi2.. saya xlarat beli selipar dah..

FasiHaH SupiaN said...

bila dunia di hati, mudah tersasar...

ya Allah jauhkanlah kami daripada perkara2 yang tidak bermanfaat bagi kami juga masyarakat, agama dan bangsa..

Citarasa Rinduan said...

betul tu sunah..
kat kedai makan pun sama........

jgn letak beg, lepas tu cuci tangan..
tak semua orang sama perangai..
kadangkala kita tak perasan pun..

mas saari said...

memang ada terjadi perkara camni..
orang kalau dah panjang tangan ni tak kira kat tempat mana pun!

suhaili sarif said...

betul 2 sunah
kite rasa rmh ALLAH 2 da slmt,tp x semestinya
kt stula tmpt paling ramai potensi utk kena curik..
jaga baik2 ya

suhaili sarif said...

sunah,da balik johor ke?
ke kt kuching lagi?
awk berbekam ke?
sakit x?

msredcheesecake said...

Cik sakura,
Msred tak pernah hilang brg dalam surau ke masjid ke, tapi kawan msred ada. Pelik tul. Agaknya org tu pegi surau dgn niat nak buat dosa ke hape?

Niena Pengembara Ilahi said...

jga semua barang2.. jga diri bebaik,,, salam :)

ariana's said...

Salam Sunah Sakura..Kelas akak didalam Masjid, memang kerap juga berlaku kehilangan..selain hilang kasut, duit pun ada..nampaknya manusia macam terdesak sgt..tak kita dimana..
http://arianasstorys.blogspot.com/2011/03/dalam-masjid-pun-buat-perkara-tak-baik.html

syarifahsidrus said...

orang nak buat jahat tak kira tempat da

aimaniman said...

mmg btol tu sunah.. akak kalu pi surau kat pudu dulu2 time blaja ukm .. akak ltak sume barang kat depan akak pas tu tutup ngan tudung.. br semayang.. ltak tepi mcm x konfiden...

cucu umie said...

bila nafsu yg mula menguasai fikirn pasti semua itu sanggup dilkukan tidak kire dimana shje...

diana said...

dalam rumah Allah pun boleh
dirasuk setan..
tipis sangt iman orang islam sekarang...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

hati2 adik cumil...kadang2 kita tak risau psl duit,sbb bkn selalu angkut duit byk2 pun.tp kad2 smua tu mmg susah klu hilang kan?

H.J said...

dah terdesak macam2 boleh jadi

aimie amalina said...

baeeeknye tlg ingatkn eyh..hehehe...

logorithm said...

Memang tak leh leka bab nih. Nanti menyesal tak sudah...


Terbaru dari Logokoko:

[13SX] Makcik bertudung labuh KENTUT dalam lift!

[U] I menang lagi!

[U] Tikus mondok yang peramah

tamlegend said...

bekam???best ke bekam???mcm nak try...

aizamia3 said...

beringat sebelum kena.. walau tempat tu bagi kita selamat jangan terlalu yakin akan 'selamat'nya itu..

aDisH.sHidA said...

AKAK TERINGIN NAK BUAT BEKAM TP ORG KATA SAKIT.,...HUHUHU...

zuwaidah said...

selalu kalau sembahyang di shopping kompleks, bergilir2 dgn husband. suruh dia pegang handbag bila nak sembahyang kat surau. handphone letak dlm poket surau and silence mode. elok kita syorkan kat mgmt building shopping complex letak CCTV, senang leh pantau atau letak sorang security pompuan time peak period. kat klcc rasanya ada kot, security pompuan standby kat belakang jemaah.

Aku Ibu Muda said...

Salam...

1st time kot komen kat sini :)

sekarang ni bahaya kt mana2 kan..penjenayah ni tak kira dah rumah suci atau tidak

sergeant keroro said...

tu la, kena berhati-hati setiap masa. walaupon di surau XD

cik pulau said...

betoll..
kat mana2 pn bahaya skang ni..^^,

Idah said...

suami SL pernah kena curi topi keledar dan beg sandang masa letak kat motor utk solat jumaat...tak kira tmpt diarong ni curikan...dah terdesak mcm tulah..

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.