BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, July 5, 2011

Memutuskan Silaturrahim, Satu Dosa Besar



Huraian:
  1. Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
  2. Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: "Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari."
  3. Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
  4. Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
  5. Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Sumber: e-Hadith

P/S: Cici tak gaduh pun dengan Akob & Mirah...


40 comments:

Anies Anessa said...

err..tak suka gaduh2 pastu putus saudara..huhu

mizzkechique said...

br td kwn sepejabat cerita mslh ni kt sy.. maknya membeza2kn antara adik beradik..pernah dihalau... semua gara2 warna kulit tak secerah maknya.. sehinggakan harta pusaka pun diagihkan secara tak adil.. sikap berat sebelah tu buatkan kwn terasa n kalau dia xblik kg sekalipun, maknya xkisah.. ni dikira memutuskan silaturrahim x?

Kalamhati said...

syukran atas perkongsian ilmu ni..
salah faham tu kdg2 mmg terjadi dlm hidup kita kan..yg penting kita beralah dan sudi memaafkan..

sergeant keroro said...

cici comel, mane leh gaduh :P

nice sharing :)

Isteri Encek Bard said...

tapi budaya memutuskan silaturahim macam banyak berlaku du sekeliling kita.. Nauzubillahhiminzaliq

FasiHaH SupiaN said...

haa baik benar cici ngan akob ngan mirah tu..bagus...hehe

niena shopping2u said...

yer btul tu..erm, tpi skang ni akak selisih fhm ngan sorg hmba Allah, dh lebih sminggu.. akak tau bnda tu slh tpi ,ntah...bla ckp ngan dia mst dia tengking blk.. sbb slalu camtu.. diam lebih baik kot.. -.-'

Sunah Sakura said...

@mizzkechique

seharusnya kawan mizzkechique berusaha untuk pulihkan semula silaturrahim tu... kalau ibunya tak menerima sekalipun, wanita itu tetap adalah ibu yang melahirkan dia... syurga dia juga adalah di bawah telapak kaki wanita itu.. moga dilembutkan dan dibuka hati ibunya untuk menerima anaknya seadanya dia...

kawan tu, teruskan usaha dan berbudi dengan sepatutnya dia sebagai anak, terpulang kepada ibunya pula untuk menerima atau tidak...

muz said...

semoga mereka sedar hakikat ini, kenapa harus bermusuh sedangkan kita semua saudara...

aimie amalina said...

hee..suke entri ini =)
hee..tap kak sunah..sy nk tye..huu..kalo kite tidak lagi berkwn dengan seorg yg mungkin mmbwa kite mngulangi kesalahan yg beso yg dahulu..cm ne ek kak?bukn niat nak bezakan kawan cume..tawu..diri x cukup kuat lag nk hadapi bende yg bukn dibwh kawalan kite..so..cr nak elak nye, x nak la kwan dgn org cm tu..bole ke..ke ade cr lain?huhu..

Citarasa Rinduan said...

suka dgn setiap entry ilmiah dari sunnah..
thanks sayang

mama comel said...

thx kak...baru2 ni pun jadi kat diri sendiri...perang dingin ngn seseorang dlm family...sekarang dah ok sikit...boleh la cakap2..tapi tak semesra dulu...hati macam ade sarang syaitan...cm suka tak suka je...nak buat macam mana ek?

SoLy SoLicious said...

3hari tak bertegur sapa(bergaduh)
yg tu dah boleh putus silaturahim

Iffah Afeefah said...

Akhirnya!

i tunggu entry begini

hope si dia dan dia membaca nye

aDisH.sHidA said...

thanks sunah atas perkongsian ini....

harap jugak tali persaudaraan kita akan kekal hingga akhir hayat

Sunah Sakura said...

@aimie amalina

berkawan la sekadarnya...tanpa memutuskan silaturrahim...yang penting teruskan memberi nasihat secara halus...

ce rujuk entri Eh, Ustazah! : Sahabat untuk faham lebih lanjut... :)

suhaili sarif said...

sunah,ade orang suka sakitkan hati akak..boleh tak kalau akak x nak kwn dgn die?akak da reMove fb and da x layan die sbb setiap kali kami b'ckp mst akak sakit hati.da tegur banyak kali die x paham jugak. T_____T

Sunah Sakura said...

@suhaili sarif

ermmm...untuk situasi akak ni, kalau akak rasa dengan remove friend tu boleh kurangkan rasa sakit hati akak dan elakkan dosa masing2 bertambah, mungkin itu jalan yang terbaik buat masa ni...

tapi berusahalah untuk baiki hubungan tu...mungkin perlukan orang ketiga untuk beritahu kawan tu elok2...saya doakan akak dan kawan tu kembali berbaik semula.. ameen...

suhaili sarif said...

tiba-tiba sebak sbb buat mcm 2
insyaALLAH akak cuba ikut nasihat sunah
terima kasih banyak2 ya dik :)
akak nak cuba sambung balik silaturrahim yg terputus ni
harapnya kami dpt berkawan semula dengan aman damai.hehe

nuruashia ♥ said...

aww..kak limah bersetuju bebenor ala ngn sys sunah ni haa..
mmg berdosa besauuu pts hbgn ni huhuhu//.tq for sharing :)

KinosKoko said...

selalu gak rasa macam da diriject dari list kawan2...salah sendiri gak kot..tapi bila xtaw salah kita apa, susah gak la nak tawu apa masalah sebenarnya...

aimie amalina said...

heee..baek kak sunah! dah bace..heee..saya arap saya dapt buat la..huu...sgt memerlukan kekuatan untuk buat bende ni sebb x nak pisag berbua 2 kali..huu..doakan saya ye kak ! maceeeeh akak sunah =.<

♥yaya budak suka embun♥ said...

takotnya kalau terputus saudara ni...selalu jer gadoh adik beradik tapi harap harap tak la membawa sampai putus saudara :)

P/S : pasal entry letak password tu betul lah akak..hehehe..ce tgk ni http://embunmenitis-yaya.blogspot.com/2011/07/entry-terpenjara-3-ku-sangka-panas.html

نور عملينا زهافيرح said...

♡ this entry :)

::blog anak jawer:: said...

terima kasih atas peringatan.. Hubungan sesama manusia ni xkan pernah putus..mcm air..

siti kektus said...

kite pernah gaduh ngan clasmate, sampai la ni tak tegur sapa. bukan tak pernah cuba berbaik, prnah.

bila kite cuba nak mesra2, nak baik2, dia cari pasal lagi. sape yg tahan. sobs~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tq adik atas peringatan.

Pojiekyra said...

jadilah seorang yang pemaaf hehe

Bella Bell said...

saudara saya even dok satu rumah pon tak pernah bercakap selama 3 tahun.. dok satu rumah tu.. tapi sekarang dah ok rasanya.. :)

cik pulau said...

tak bestkan putuskan tali persaudaraan ni.
apatah lagi kalau kaum kerabat sendiri..

tapi orang kata.. air dicincang takkan putus..

air la.. kalau ais memang la putus..^^,

ghab van hal said...

biasa ego yang buat benda ni bermula kan??

udin said...

thanks sunah 4 this info.. :)

mas saari said...

nice info..
eratkan lagi silaturrahim semasa kita

Подтверждаю said...

as salam..
alhamdulillah..
terima kasih~
yup. lebih baik mengeratkan silaturrahim sebelum terjadinya 2 perkara. apa itu?

maut dan kiamat ;)

tamlegend said...

tumpang lalu jer la...

kiera'sakura said...

Allah x redha tempat tue kalau kita ptuskan silaturahim kt situ... =)

syarifahsidrus said...

tak ramai yang nak fikir hakikat ni kalau bergaduh ..T__T

Fathin Fazila Razali said...

alhamdulillah.. zyla sokong sangat.. zyla pun nak smbgkan silaturrahim dgn kwn yang blm berbuka hati berbaik.. zyla tak ambil hati, cuma perlu sabar sikit je lagi.. :")

Anonymous said...

salam... saya ada 1 pertanyaan.. seandainya seseorg A itu sudah minta maaf pada sahabat nya B berkali2, namun ditolak berkali2 sehingga di hina oleh sahabat B tersebut.. Sedangkan masalah tersebut adalah slh shbt B tersebut.. Shbt B selalu bersikap tidak menegur, brckp, dn mengamuk dgn kata lain IGNORE 100% ketika mngalami perselisihan faham...apakah yg perlu sahabat A lakukan??

Sunah Sakura said...

@Anonymous

wa'alaikumussalam..

alhamdulillah jika A sudah tergerak untuk meminta maaf...kerana sebaik-baik manusia itu adalah yang terlebih dahulu meminta maaf dan memaafkan...jika dia sudah berusaha meminta maaf tetapi tidak diendahkan, pintalah pula kepada yang melembutkan hati sekalian manusia, ALLAH s.w.t...berdoa banyak2 kepada Allah, moga2 DIA lembutkan hati B untuk memaafkan A...selebihnya serahkan kepada ALLAH...

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.