BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, July 27, 2011

Antara Dua Jalan... Kamu Pilih!


Gambar dari SINI

Kamu diberi dua jalan...

Pertama, jalan yang sangat lurus, beratap bumbung bagi mengelakkan panas terik matahari, namun di hujungnya berbahang panas tiba-tiba dek bumbung yang dah habis di penghujung jalan. Kamu bakal rasa terbakar.

Kedua, jalan yang berliku-liku tajam, tidak berbumbung kerana masih belum ada pihak yang mulakan langkah untuk memajukannya, tetapi nun dihujung sana ada rumah rehat menanti, dengan penghawa dingin yang akan menyejukkan. Kamu bakal rasa tenang dan damai.

Mana yang akan kamu pilih? Yang mudah tetapi hujungnya sengsara, atau yang sukar tetapi hujungnya bahagia?

Mana-mana jalan yang kita pilih dalam hidup ni, Allah bagi kita hak untuk pilih yang mana, tapi semuanya juga dalam pilihan Allah. Kerana Dia Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya. Dia bagi petunjuk bila kita mintak petunjuk. Kalau kita tak mampu nak memilih sendiri, Allah anjurkan solat istikharah dan musyawwarah. Solat sunat dua rakaat untuk mohon petunjuk, dan bertanya pada yang 'ilmu untuk meminta pendapat.

Namun... Untuk mencapai bahagia di hujung jalan, bukan kerja mudah! Sedangkan mujahadah pun perlu pada perngorbanan, apatah lagi hidup kita sebagai manusia yang mencari redhaNya di muka bumi...

Wallahu'alam.


30 comments:

Iffah Afeefah said...

erm sejuk je hati baca entry yu

betul2

kite ade pilihan

mstila nk y kdue

Cheq Sue said...

Semoga Allah memberikan yang terbaik

cucu umie said...

semoga kita mendapat pilihan yg terbaik..incya-Allah..yg pntg yakin dan selalu lah berdoa kepada Allah

FasiHaH SupiaN said...

mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah.... ada akak senior selalu pesan camtu...

suhaili sarif said...

semoga jalan yg dipilih diredhai Allah...

mas saari said...

insyAllah...jika kita mohon pentunjuk dariNya kita boleh pilih jalan yang terbaik utk kehidupan kita...

aimie amalina said...

>_____<
betol!
bak kate spiderman bile tgk pakcik die kene tembak, die cakap kat pembunuh tu..
"no matter wat happen..u owes have a choice!"
heee~ sama ada jalan yg kite pilih tu betol ataw x..bergantung pada diri ni..=))

semoga~ kite pilih jalan yg betol =))

sergeant keroro said...

setiap kebahagiaan pasti ada kepahitan sebelumnya :)

~..Lesung Batu..~ said...

Dia Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya.=) semoga kita dijalan yang diredhaiNya....

fa said...

bukan mudah utk mendpt kebahagiaan... semuanya memerlukan pengorbanan n usaha..

Luqeem™ said...

setiap perjalanan yang kita ambil akan ada dugaan. sama ada kita nak mengambil peluang ataupun sia2kan..

H.J said...

amat susah untuk memilih jalan jika masih kabur apa yang di penghujungnya..

SoLy SoLicious said...

pengisian yang sungguh bermakna ^_______^




P/s : jemput join segmen di belog sy kalo ade mase ..^___^

::blog anak jawer:: said...

suka entry ni... petunjuk akan sentiasa diberi.. asalkan kita minta...

shahjiehan said...

nak kebahagiaan~

shahjiehan said...

hidup sentiasa di persimpangan..pilihan yang tepat

nazirulhazwan~ said...

nak jalan highway berbumbung tp di hujungnya kenikmatan boleh??:DD

msredcheesecake said...

Biasanya benda yg senang kita dapat tak kekal lama....yang susah dapat tu lebih membahagiakan dan kekal...

Anies Anessa said...

teringat literature msa kat sekolah menengah dulu2 bila bca entry akak yg ini

Ibnu Abbas As-Syakirin said...

Islam menghendaki kemudahan dalam berbagai urusan.Bahkan tatkala Nabi SAW dihadapkan pada pilihan-pilihan,maka amat tegas apa yang beliau tunjukkan melalui kata-kata daripada Aisyah ra : "Tidaklah Rasulullah SAW dihadapkan pada pilihan antara dua hal,kecuali beliau mengambil yang lebih mudah,asalkan bukan dosa." (Bukhari Muslim).

Apapun..istikharah amat diperlukan dalam membuat apa2 pilihan supaya jika berlaku tidak seperti apa yang diharapkan tidaklah menyebabkan kita mengalami kekecewaan dan putus asa yang melampau-lampau kerana telah menyerahkan urusan tersebut kepada Allah dgn usaha dan kemampuan kita.. :)

saiazuan said...

stick to bersusah dahulu, brsenang kemudian :)

::contengan hati::)) said...

buat pilihan memang susah kan,
semoga setiap pilihan akan diberkati insyallah ;)

Syahir Ramli said...

Better amek jln yg hujungnya kita x sengsare...maybe jwpn agk klisye, tp tulah hkikatnye kn..bersusah2 dahulu bersenang2 kmudian... =)

Isteri Encek Bard said...

Mudah-mudahan kita menuju jalan yang riredhaiNYA......

Aina said...

Kekadang Allah memberikan jalan yang susah buat hambaNYA. Kenapa? supaya hambaNYA lebih dekat padaNYA dan bersyukur kerana mendapat peluang melipat gandakan pahala... tinggal lagi hamba kena percaya pada qada' dan qadar kerana rahsia Allah tiada siapa yg tahu. derita di dunia mungkin bahagia di akhirat...tapi manusia yg lemah tak larat untuk menderita lama-lama.makanya, ramai yang memilih jalan yg pertama itu...

mynameismy said...

nak jalan yang lurus yang diredhai Allah..;)

Fiqas said...

betul.. kita ada pilihan, pilihan ditgn kita, tapi penghujungnya , semua Allah tentukan..

athirah said...

saya nak jalan kedua . heee .
semoga hidup kita ini diberkati olej yang Maha Esa hendakNya . Amin !


visit my page if u like
http://athirahshariffudin.blogspot.com/

aDisH.sHidA said...

sunah...... :)
mcm kena je dgn akak nie huhuhuu..apa pun thanks ye..

aizamia3 said...

tepuk dada tanyalah hati..
jalan mana yang terbaik pada diri..

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.