BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, July 10, 2011

Saya Nak Yang Sempurna!


"Ya Tuhanku...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna.
Namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
Sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu.
Seorang ikhwah yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seorang ikhwah yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna."
[Stanza Cinta, pg: 230]

Yup, Stanza Cinta lagi... Tak ramai yang mampu berfikir seperti Amni. Lebih ramai yang mahukan teman hidup yang sempurna dari segala segi.

"Eh, mana ada! I tak demand sangat, okehhhhhh!"

Yeke? Kamu pasti? Bukan kamu ke yang siap ada list jejaka idaman:
  1. Kacak macam Mitzushima Hiro
  2. Romantik macam Seth Tan
  3. Rambut pacak-pacak
  4. Bermata bening, auwww~
  5. Hidung mancung sikit
  6. Dah bekerja tetap
  7. Kaya macam Bill Gates
  8. Kulit sawo matang
  9. Lebih tinggi, so balance lah~
  10. Tak gemuk sangat, sedang-sedang aje
  11. Pakai spek pun ok, nampak ceghedikkk...
  12. Nak yang pakai kopiah, ada tak?
  13. dot dot dot

Haiyooo... Tu sape???

"Errr..."

Kita selalu mahukan yang sempurna... Tapi kita selalu terlupa bahawa diri kita sendiri ada kelebihan dan kekurangan. Sebenarnya tidak ada yang betul-betul sempurna kat dunia ni. Setiap orang ada bahagiannya masing-masing. Wahai lelaki dan wanita, sempurnanya kamu adalah apabila bertemu dengan jodoh kamu yang menyempurnakan kamu berdua...

"Seandainya dirimu tidak memiliki sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki." [Stanza Cinta, pg: 246]


28 comments:

Cik Asma BLuppy said...

manusia xperfect...
hanya ALLAH yg perfect=)

Iffah Afeefah said...

erm dlu pernah

skng tak da

tkde spe nk pun

Nazzue said...

Bukan semua yg dipandang cantik itu menjamin kebahagiaan...kadang2 yg nampak kurang itu adalah yg terbaik buat kita...... :)

Adam Zulhilmi said...

errr mcm Bill gates? errr sy cuma tukang buat gates.. ^_^

Kalamhati said...

sahih!sebab tu Allah jadikan kita ni tak sempurna..utk saling lengkap melengkapi..ingat mengingati..
janji dia dekat dgn Allah dan punya kerjaya yang boleh bagi kita makan pakai yg halal..=)

Sis-Lin said...

Novel eh? klu ye, Novel Stanza ni sis xde..tp dr kata2 tulisan ko ni..mcm best jek....ermmm nak cr mana ek????

AdyBudika said...

hehehe..nanti cari :P

SoLy SoLicious said...

manusia xsmpurna... tapi pasangan kita la yg akan menjadi pelengkap kesempurnaan pada kita.. Kadang kita marah,dia cool je...mcm seth tan...hahhaa

Niena Pengembara Ilahi said...

14. Badan ketak-ketan cam Ben Ashaari
hehe

suhaili sarif said...

kdg2 kan sunah kte x memilih pun tp org ingat kite memilih sebab kite single lagi..
asla single je ingat memilih T___T

xpe dik..thanx sgt2 utk entry ni ya
akk pn hrp ketidaksempurnaan akak akan berubah.hehe

kembatolo™ said...

fuiyoh2.. *kipas2*

like dis! =D

..cik gugu.. said...

ske n3 nih..!!!!! ayat kt atas tuh best sgt!

yad'z said...

thats why Allah ciptakan kita berpasangan.. untuk hidup saling melengkapi.. =)


kita pun ade entry pasal ni.. sudi baca.. =)

http://azyaleeya92.blogspot.com/2011/05/berusaha-ke-arah-kesempurnaan.html

JIJI YU said...

aku nak yg cantik..'cantik' bagi aku

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

GK selalu berpegang pada

"kelemahan kamu adalah kelebihan bagi dia dan kelebihan kamu mungkin adalah kelemahan bagi dia.."

jadi saling melengkapi

latest entry

Filem sekali lagi | 1st time jumpa dengan bakal mak mertua??

cik pulau said...

xtau nk yg camne..
hahaha

Mylady said...

FUh..terkesima sebentar bila akak membaca kata2 ustazah..betul tu..biarlah tidak sempurna di mata manusia, tetapi sempurna di mata Allah S.W.T...

MerLe said...

mencari yang sempurna maknanya menempah tiket utk jadi gila.. sbb takde manusia yg sempurna serba serbi.. kekurangan orang lainlah yang boleh jd pelengkap diri kita..

yaya_flanella said...

tipulah kalau kata taknak yang ada seperti yg sunah listkan tu..

insyaAllah kita sama2 akan dikurniakan dengan pasangan terbaik untuk kita dari Allah. Amin :')

aimie amalina said...

heee~ suke sgt entri ini..(dh bape byk entri dh saye suke..heheh) credit to my sister~ sunah! =)

syarifahsidrus said...

kita jatuh cinta bukan sebab berjumpa dengan orang yang sempurna,tapi setelah kita belajar menerima segala yang ada pada dia, yang menjadikan dia sempurna di mata kita

mynameismy said...

hee~ semua org kalau boleh inginkan kesempurnaan kan?

if i could be......hurm...

missina said...

tengok jugkla ketidak sempurnaan dia camne,,,masihkah boleh di terima akal atau tak,,klu sekadar biasa2 tu takpelah kan,,hehehe,,klu terlalu bnyk ketidak sempurnaan,,tak mungkin juga melengkapi kelebihan kita,,,kerja berat sebelah pihak tu,,,hehe

haslinda said...

salam...
linda datang singgah sini...

jemput datang blog linda pulak :)
http://cthaslinda.blogspot.com/2011/07/singgah-blog-aku-sat-bleh.html

::blog anak jawer:: said...

manusia..selalu nk yg perfect..tp diri sndri tak cuba diperbaiki pn...manusia saling melengkapi..

Bru tgk stanza cinta kt tv..kurg feeling..myb sbb dh tau real life amni yg kt tv ni..sekadar lakonan..

FasiHaH SupiaN said...

hmm...nobody is perfect..........

thanx angah..


p/s:baru muncul..

sergeant keroro said...

cintai lah alien keroro XD

Подтверждаю said...

as salam..
yeah. khilaf..pada pakcik, lebih baik sempurnakan iman dari mencari kesempurnaan dalam baitulmuslim yang kita sendiri tak yakin kita mampu memikulnya atau tak..

bila tengok yang dah ada keluarga, bila ditanya mengenai tanggungjawab, ada sedikit perbezaan dari sebelum baitulmuslim tu dibina.

risau pun ada.tapi bila melihat hidup alim ulama', pendapatnya, takut tak dapat memikul tanggungjawab seperti sunnah Nabi.

hm..fikir2, pakcik pun takut. haha~
erk.

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.