BLOG ENCIK SUAMI

Friday, July 1, 2011

Mahukah Kamu Menghulurkan Tangan?


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Bersyukurlah kerana saat ini, pada detik ini, kamu masih mampu untuk duduk di hadapan skrin komputer untuk membaca entri ini. Bersyukurlah kerana kamu masih lagi diberikan kekuatan tubuh badan untuk mengambil sedikit mesej yang ingin disampaikan dalam entri ini.

Bayangkan jika tiba-tiba Allah menjadikan sesuatu yang tidak kamu jangkakan. Nikmat yang kamu ada selama ini ditarik semula, sebagai menduga kekuatan kamu sebagai seorang hamba. Tiba-tiba kamu tidak lagi mampu untuk duduk menghadap skrin komputer kamu, tiba-tiba kamu tidak lagi mampu untuk menggunakan jari-jemari kamu untuk menaip dan berkongsi pandangan, tiba-tiba segala yang Dia pinjamkan kepada kamu diambil semula.

Perit bukan? Menyedihkan dan memilukan... Pada saat seperti inilah kamu begitu memerlukan insan-insan yang disayangi, ahli keluarga dan teman-teman yang sudi bersama kamu. Kerana kamu tidak mampu untuk berdiri sendiri, Allah berikan orang-orang yang ada di samping kamu sebagai pengubat sendu. Mungkin juga Dia hadirkan insan yang tidak pernah kamu kenali sebagai penolong di kalangan kamu. Alhamdulillah, ada insan yang baik budi dan sudi menghulurkan tangan untuk membantu.

Bila masanya tiba untuk mereka pula, kamu akan bergilir untuk membantu mereka. Mahukah kamu menjadi antara yang menghulurkan bantuan?


Saudari Norma, seorang penghidap kanser, perlukan bantuan kamu...

Ikuti kisah benar Norma, suami dan anaknya di SINI.

Sumbangan ikhlas daripada kamu boleh dihulurkan ke akaun:

CIMB


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif

Moga Allah memberi kebaikan kepada hamba-hambaNya yang berbuat kebaikan. Ameen...


20 comments:

sergeant keroro said...

semoga norma cepat sembuh.

mynameismy said...

sedih la citer ni..T_T

SoLy SoLicious said...

sependapat nan keroro..moga cepat sembuh..

mama comel said...

sedih baca cerita dia tadi..tak sampai hati nak baca dan baca lagi..kesian kat suami dan anak kecik yang baru nak kenal erti hidup..kuat sungguh dugaan untuk mereka..semoga cepat sembuh buat saudari norma..

senyumSOYA said...

semoga diberikan semangt untuk sembuh dan tersenyum..insyaALLAH..

Adzriel @ Liza AB said...

pantas... kak liza belum copy paste lagi... sedih sgt dgn penderitaannya.

Faaein Talip Roy said...

Bersyukurlah dengan nikmat yang masih diberikan kepada kita..

sedih.. semoga saudari norma diizinkan-Nya untuk sembuh..

NadiRah said...

semoga kakak norma cepat sembuh...
amin~
baby tu... T_T

niena shopping2u said...

moga bereka sekeluarga takkan pernah putus asa..

niena shopping2u said...

kte ringan2 je
http://www.my-shopping2u.com/2011/07/kita-ringan-ringan-je-sayang.html

BeloG MTT said...

Tengah leka update list segmen Mista Sifu tadi ternampak satu entri dekat blogger tu..Sebijik bulat2 mcm entri yang sis link kan tu..Dia copy jela kot ekk?

Bergenang air mata baca kisah dia.. Semoga beliau di berikan peluang untuk membesarkan anaknya..Aminnn..:(

mas saari said...

kita tak tahu lagi nasib kita camne kan? moga insan bernama norma ini cepat sembuh...

::blog anak jawer:: said...

besar nye dugaan kakak ni,.... harap mereka tabah... betul..nikmat ni boleh di tarik bila2 je...

-Yok mampir diluk = hari “udin” sedunia...best.....

Pojiekyra said...

semoga mereka tabah huhu

JIJI YU said...

T_T

suhaili sarif said...

thanx sunah for d info..
insyaALLAH sama-sama kita doakan dan hulurkan bantuan pada kak normah ya

efa nur said...

sedihnya..semoga beliau cepat sembuh..di beri kekuatan dan di panjangkan umur..aminn T_T

FasiHaH SupiaN said...

semoga dia dipermudahkan urusan dan cepat sembuh...

Iffah Afeefah said...

doakan y terbaik

msih tak mampu membantu selain doakan

Miss Moon said...

thanks dear ..moon tak tahu cam na nak ucap terima kasih sebab u sudi share kan kat your lovely blog ..moon ucapkan jutaan terima kasih

alhamdulillah Allah telah bukak kan banyak pintu utk kami n salah satunya adalah membukak pintu2 hati semer saudara saudara Islam ..moon tak sangka ia akan berkembang ngan pantas sangat and bersyukur pada yg membantu ...


and many many thanks for your support

Love
Moon

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.